I am so emotional right now. The unhandle emotion create unrest feeling inside my heart.. later make me feel stress and angry at the same time. Seriously this is not good and not healthy.

Don’t know what make me be like this. The hormon.. or it just the inner me. Let’s do some thinking..

1. Last week, saya pergi naik Gunung Irau utk kedua kali. Kali pertama, bersama org yg tidak dekat di hati, hanya tolong ambil gambar, dan melihat pemandangan, dengan harapan untuk kali kedua ini, dapat ambil gambar bersama rakan2 yang dekat di hati. Malangnya.. itu tidak terjadi. Memang dah kecewa di hati. Tapi lebih kecewa, bila lihat ada gambar-gambar yang jadi. Saya tahu, saya tak boleh terlalu beremosi. Ini suratan. Tapi tetap hati ini degil. Rasa macam jauh hati.

2. Adakah saya ini dalam middle-age crisis? Saya berasa seperti mahu kecil hati saja. Berasa seperti kawan-kawan sudah tidak sehati sejiwa dengan saya. Saya mahu berlapang dada. Tapi perasaan ini selalu menekan-nekan. Seperti mahu saya memberontak dan marah pada dunia. Oh.. atau mungkinkah saya sudah gila??

3. Sekarang ni saya berada di Umai Cafe. Ye.. saya update blog through phone saja. Oleh kerana terlalu ramai manusia, servis menjadi sangat lembab. Lebih menambah radang, kami seramai 6 org ini tak mendapat meja yang sesuai dan meja yang sesuai asyik di ambil orang. Saya menjadi kecewa, sebab saya sedang bawa orang bukan Malaysia visit Putrajaya, dan ini yang terpaksa saya persembahkan kepada mereka. Terus saya rasa tak mahu makan.

4. Rumah sewa masih tak jumpa lagi. Titik.

5. Kerja juga tidak memberansangkan.

Okay.. mungkin kehidupan juga tidak menyumbang kepada keselesaan hati ni. Mungkin saya perlu lebih bertenang. Saya perlu lebih matang. Matang menghadapi kesukaran dan masalah.

Hidup ini ada naik dan turunnya. Ada pasang dan surutnya.

Regars,
~Ha~