Tags

, , , ,

8 May 2013 (Wednesday)

Oh ya.. saya baru check itinerary, nama camp site ni Pada Balong.

Esok pagi, dengan penuh susah payahnya kitorang basuh muka dan gosok gigi. Oh tuhan, dasyat betul kesejukan dia! Suhu rendah, angin kuat, air sejuk macam ais, ubat gigi ade mint, pencuci muka pun ada mint. Baiklah. Yang kau pegi bawak pencuci muka ade mint tu buat apa? HAHA. Memang mencari nahas betul! Lepas tu nak amik wudhuk lagi, oh kalau ada sumber yang air banyak pun memang sumpah saya tak mandi pagi-pagi kat sini.

Seperti yang dijangka, selera saya hilang bila menjejak kaki ke sini. Roti yang saya beli dari semalam tu pun tak makan-makan. Apatah lagilah makanan yang disediakan. Memang boleh turun berat badanlah nampaknya. Makan pun sekadar takut takde tenaga nak mendaki nanti.

muka pagi-pagi mengadap sarapan..

#1 – muka pagi-pagi mengadap sarapan..

inilah sarapannya.. eh dah hilang sayur dah pinggan sorg2.. mesti g bg kat sorg tu..

#2 – inilah sarapannya.. yg nmpk habis tu bknnya habis mkn.. habis bg kt org lain..

Pendakian bermula pukul 7.30 pagi. Itupun hari dah cerah dan terang benderang. Kali ni, dah tak ada savannah sangat. Dah nampak banyak pokok. Kadang-kadang dah macam kawasan iklan rokok Salem tu. Tapi pendakian pun semakin hazab. Kalau semalam mendatar, sekarang dah mula mencanak.

pendakian hari ke-2

#3 – pendakian hari ke-2

#4 - ni otai ni..

#4 – ni otai ni..

#5 - kwnku yg suka ambik gambar..

#5 – kwnku yg suka ambik gambar..

#6

#6

# - cuaca cerah.. dan matahari boleh tahan terik.. padahal baru pukul 9pg

#7 – cuaca cerah.. dan matahari boleh tahan terik.. padahal baru pukul 9pg

Scenary memang sangat cantik. Terutamanya, bila awan mendung datang. Tiba-tiba saja kawasan pendakian berubah menjadi foggy dan sangat mysterious. Okay. Bukan semua orang suka. Tapi saya sangat suka and excited tengok keadaan macam ni. So walaupun penat mendaki, tempat ni memang sangat cantik dan best!

#7 - tiba-tiba berkabus..

#8 – tiba-tiba berkabus.. (kiri saya)

#8 - dari panas terus menjadi redup dan chilly..

#9 – dari panas terus menjadi redup dan chilly.. (kanan saya)

#8 - didepan ku.. ohho.. tinggi lagi..

#10 – didepan ku.. ohho.. tinggi lagi..

#11 - tgh duduk kepenatan.. pastu ambil gambar rumput kat sebelah muka.. HAHA..

#11 – tgh duduk kepenatan.. pastu ambil gambar rumput kat sebelah muka.. HAHA..

Kalau tak silap saya, kawasan yang kitorang daki pada hari kedua tu dipanggil Gunung Penyesalan. HAHA. Memang agak menyesal la jugak. Tapi nak buat cemana. Hidup mesti diteruskan. Dan memang ‘pesen’nya daki gunung kat Indonesia ni naik laluan lain, turun laluan lain kot. Dulu masa kat Medan pun macam tu jugak.

Last track sebelum sampai tapak khemah adalah yang paling mencuakkan. Perlu meniti di kawasan yang macam permatang di sawah. Masalahnya, kalau permatang di sawah, di kiri dan kanan adalah petak padi, dan kalau jatuh cuma akan basah. Tapi yang ini, di kiri dan kanan adalah gaung, dan tak payah fikir lah pasal kalau terjatuh.. Huhu. Nama tempat ni Pelawangan Sembalun. Actually, permatang ni agak lebar juga sebenarnya. Luas sampai ke tahap boleh didirikan khemah di sepanjang permatang. Tapi kalau dah memang ada masalah gayat, imaginasi untuk jatuh tu memang boleh terjangkau difikiran jua.

#12 - baru lepas track mencanak.. muka lega gila!

#12 – baru lepas track mencanak.. muka lega gila!

#13 - track ni agak santai skit.. tapi lereng gaung tu yang tak tahan..

#13 – track ni agak santai skit.. tapi lereng gaung tu yang tak tahan..

#14

#14 – tu guide yg temankan saya..

#15 - khemah-khemah di permatang / pelawangan.. katakanlah ko mamai2.. pastu keluar khemah.. trus gaung.. gaaa..

#15 – khemah-khemah di permatang / pelawangan.. katakanlah ko mamai2.. pastu keluar khemah.. jalan-jalan terus jatuh gaung.. gaaa..

#15

#15

Tak seperti semalam, masih ada orang di belakang saya, hari ni sayalah orang terakhir yang sampai. Ada seorang guide temankan saya sebab saya yang terakhir. Huhu.. Jadi bila sampai, semua orang dah menunggu. Siap tolong ambilkan air. Khemah pun dah siap terpasang. Lepas rehat mengeringkan peluh, kebanyakan kami cuba merehatkan badan dengan tidur. Satu khemah dikongsi 2 orang. Tapi kalau dah khemah sebelah kau excited buka cerita, ingat senang ke nak diulit mimpi. Mula-mula tu ingat nak buat-buat tak tahu je. Tapi tak dapat der.. sebiji-sebiji perkataan jelas boleh khadam dalam otak. Makin lama makin ramai berkumpul kat luar khemah tu bersembang. Last-last saya give up, join the group. Yang mengirap tu, lepas kitorang semua keluar, yang tukang buka cerita masuk khemah dan sambung tidur. Huhu.. sabar jelah.

#16 - makan time.. tengok dah la masak.. pastu tolong hidang lagi.. kitorang? tolong amik gambar je.. hehe..

#16 – makan time.. tengok dah la masak.. pastu tolong hidang lagi.. kitorang? tolong amik gambar je.. hehe..

#17 - baju dia ni memang inspired kitorang..

#17 – baju dia ni memang inspired kitorang..

Tak lama lepas tu, semua pun masuk khemah dan tidur. Cuaca agak dingin dan a bit chilly memang sedap dibawa tidur. Kabus pun hampir menutupi ruang pemandangan sekitar. Tak berapa lama kemudian, kedengaran kecoh di luar. Rupanya kabus mula hilang, dan kelihatan pemandangan indah dari kawasan perkhemahan. Group kitorang berlari keluar tak nak terlepas pemandangan indah. Rupanya, bukan kitorang saja, group-group lain pun sama, rasanya, angkara kekecohan kitorang lah tu.

Peta menunjukkan kedudukan tasik yang kitorang tengok dari atas..

Peta menunjukkan kedudukan tasik yang kitorang tengok dari atas.. Kitorang gerak dari Sembalun Lawang..

#18 - kabus yang menutupi kawasan tasik semakin berkurang..

#18 – kabus yang menutupi kawasan tasik semakin berkurang..

#19

#19 – Danau Segara Anak

#20 - kabus clear.. tasik yang berkedudukan tinggi dari aras laut.. dan dikelilingi gunung..

#20 – kabus clear.. tasik yang berkedudukan tinggi dari aras laut.. dan dikelilingi gunung..

#21

#21

#22

#22

#23 - habis.. dah kena tutup kabus balik..

#23 – habis.. dah kena tutup kabus balik..

#24 - bila dah berkabus.. makanya jadilah macam2 aktiviti..

#24 – bila dah berkabus balik.. makanya jadilah macam2 aktiviti lain pulak..

#25 - ade yang pose tak ketahuan hala..

#25 – ade yang pose tak ketahuan hala..

#26 - ade yang masih bingung..

#26 – ade yang masih bingung.. kabus makin byk nampaknya..

#27 - ada yg just stand there.. dan tak kurang juga yg sibuk amik gambar orang lain..

#27 – ada yg just stand there.. dan tak kurang juga yg sibuk amik gambar orang lain..

#28 - dan yg masih tak habis2 nak melompat..

#28 – dan ada yg masih tak habis2 nak melompat..

Untuk trip kali ni, layanan guide-guide dan porter-porter memang dasyat sungguh. Sudahlah beg diorang tolong angkatkan. Khemah pun mereka dah sediakan, malah siap tolong pasangkan. Makan pun mereka tolong masakkan, sampai tahap tolong hidangkan. Jamban diorang tolong buatkan, siap tolong timbuskan. Apa lagi yang kau nak?? Hehe. Memang betul lah organizer dan ramai blogger cakap, dilayan bak anak raja. Tinggal tak tolong suap makanan masuk dalam mulut je lagi.

#29 - sementara menunggu dinner siap.. kitorang layan gambar.. haih.. tangan tak bedung guide ni.. angel senget..

#29 – sementara menunggu dinner siap.. kitorang layan gambar.. haih.. guide tangan tak bedung.. angel senget!

#30 - guide dan porter sibuk memasak..

#30 – guide dan porter sibuk memasak..

#31 - dan kitorang buat2 sibuk kat situ jugak..

#31 – dan kitorang buat2 sibuk kat situ jugak..

#32 - itu Kak Aisyah.. organizer kitorg.. cum guider kitorang.. cum isteri Uncle Karat.. dasyat kakak ni.. Rinjani ni makanan dia je.. keje turun naik bawak orang je..

#32 – itu Kak Aisyah.. organizer kitorg.. cum guider kitorang.. cum isteri Uncle Karat. Dasyat kakak ni.. Rinjani ni makanan dia je.. keje turun naik bawak orang je!

#33 - tudung huru hara.. HAHA.. tu mesti bangun tidur kelam kabut pakai tudung.. maklumla.. takde cermin! HAHA..

#33 – tudung huru hara.. HAHA.. tu mesti bangun tidur kelam kabut pakai tudung.. maklumla.. takde cermin! HAHA..

#34 - Ni doktor aka pensyarah kt UIA.. ni pun Otai ni. Otai2 ni kire 1st time join trip ngan kitorang.. apa la diorg ni pk pasal kitorang agaknya..

#34 – Ni doktor aka pensyarah kt UIA.. ni pun Otai ni. Otai2 ni kire 1st time join trip ngan kitorang.. apa la diorg ni pk pasal kitorang agaknya..

#35 - Merenung kabus.. bila la nasi nak masak.. HAHA..

#35 – Merenung kabus.. bila la nasi nak masak.. HAHA..

#36 - Gigil habis korang.. siap keluar asap kat mulut tu.. huhuhu..

#36 – Gigil habis korang.. siap keluar asap kat mulut tu.. huhuhu..

#37 -  Ni pun otai.. iskh.. panjat gunung main lompat-lompat je.. haih.. dia la yg buat bising kat khemah sebelah tu..

#37 – Ni pun otai.. iskh.. panjat gunung main lompat-lompat je.. haih.. dia la yg buat bising kat khemah sebelah tu..

Part layan-layan ni, kitorang memang ada sedikit kecuakan jugak lah. HAHA. Maklumlah, sejarah Lombok dengan gadis Malaysia kan banyak. Tapi nak buat sombong sangat pun tak boleh jugak. Ni kes gawat darurat. HAHA. Jadi we just play safe.

#37 - Dinner ready..

#37 – Dinner ready..

#38 - Makan awal.. pastu tidur pun awal..

#38 – Makan awal.. pastu tidur pun awal ye korang..

#39 - Pelik skit dinner dia.. nasi putih + mee segera sedap + telur goreng + ikan bilik.. (nasi putih dgn megi sup???)

#39 – Pelik skit dinner dia.. nasi putih + mee segera sup jenama Sedap + telur goreng + ikan bilis.. (nasi putih dgn megi sup???)

#40 - pelik pun pelik lah.. hentam sajalah.. (eleh.. macam lah aku makan byk pun..)

#40 – pelik pun pelik lah.. hentam sajalah.. (eleh.. macam lah aku makan byk pun..)

Kak Aisyah, as our organizer dah nasihatkan kitorang supaya tidur awal, sebab esok nak daki puncak start pukul 1 pagi. Oleh sebab saya orang terakhir, kawan-kawan saya maha hebat sampai kemain awal, saya dah jadi goyang. Mula berkira-kira tak nak naik puncak. Ntah kenapa, perkara yang paling saya takutkan adalah menyusahkan orang lain. Mungkin masih teringat cerita kawan saya yang injured waktu turun Kinabalu dulu, sampai dipapah turun. Oh my.. kalau boleh saya tak mahulah sampai kena papah. Perkara kedua yang menakutkan saya, adalah gaung di kiri dan kanan pendakian. Kali ni, pendakian adalah lebih bahaya, dan saya takut saya tak mampu kawal fikiran saya, dan terkandas ditengah jalan sebab kegayatan. I know it’s all about mind controlling, but I do know myself very well too. Sometimes, I’m a bit unrational. Huhu…

Anyway, saya memang mudah dipengaruhi. Dipendekkan cerita, saya pun mendaki sampai ke puncak juga, akibat termakan pujukan Kak Aisyah, dan janji seorang guide nak temankan saya sepanjang perjalanan. But seriously, saya tak tahulah sama ada saya patut menyesal atau tak atas keputusan saya ni. Something happened, and I’m very displease until now, tapi I guess ini pengajaran hidup. Harap ia tak berulang lagi.

So, pukul 7 malam semua dah masuk tidur. Nasib lah maghrib masuk awal. Tapi ingat senang ke nak tidur seawal tu.

To be continued..

Regards,

~Ha~