Tags

, , , ,

So, after reading people’s blog and got inspired by them, I finally decided to create entry for Mt. Rinjani’s xpdc. I know some of you might be really waiting to hear this story. Alah.. nak tengok how dramatic I can make this story kan?😛 Okay, kalau tak teringin nak baca pun takpe. Bleh tengok gambar je. Heh!

Anyway.. I decided to join this trip 2012. Dah tak ingat bulan brapa I finally decided to go. The thing saya memang takut gila nak commit this trip. Dengan stamina yang tak cukup mantap, I really believe that I cannot make it. Tak kiralah apa yang kawan-kawan cakap a.k.a pujuk. Tapi ntah macam mana, akhirnya saya termakan pujuk. There must be something trigger me. Contohnya macam tahun ni punya trip la ke Semeru, I decided to go sebab saya takut saya takkan exercise nanti tiba-tiba tengok badan dah besar. Eh. Tiba-tiba dah terbongkar cerita lain pulak. HEH!

.

Let’s introduce a bit about Mount Rinjani. This mount is located at Lombok, err.. somewhere near Bali Island in Indonesia. Err.. what else.. the high is.. Oh crap!! Forget about writing within my knowledge, and let copy paste from wikipedia instead.😉

Mount Rinjani or Gunung Rinjani is an activevolcano in Indonesia on the island of Lombok. Administratively the mountain is in the Regency of North Lombok, West Nusa Tenggara (Indonesian: Nusa Tenggara Barat, NTB). It rises to 3,726 metres (12,224 ft), making it the second highest volcano in Indonesia.[2]

-from Wikipedia

Here we go. Wikipedia is so much with information, why must waste it. Now let see what wikitravel said..

At 3,726 m, Rinjani is the second highest volcano in Indonesia, second only to Mount Kerinci on Sumatra, and it dominates the landscape of the relatively small island of Lombok.

Within its huge 50 km² caldera sits the crater lake Segara Anak (Child of the Sea). Eruptions within the caldera have formed a new small cone called appropriately enough, Gunung Baru (New Mountain). Segara Anak has a natural hot spring.

The mountain and its satellites form the Mount Rinjani National Park (Taman Nasional Gunung Rinjani)[1] – officially 41,000 hectares within the park boundaries and a further 66,000 hectares of protected forest outside.

-from Wikitravel

.

6 May 2013 (Monday)

Flight kitorang waktu malam. I think, it was 8 something-something in the evening. Couldn’t remember much. Heh! Cuma ingat, ada orang tertinggal passport. Tapi dia berjaya pergi ambil passport dan datang balik airport. Hebat! And flight delay. And also  remember that I was feeling so nervous. Standard lah nervous bila nak naik gunung. Nervous that I couldn’t make it. Nervous sebab the last time I went to Indonesia, I have no appetite. And also nervous sebab dapat tahu ade otai ikut sekali. No, I don’t mean my team. My team pun memang dasyat, but they know me well. Tapi kalau somebody else yang tak kenal ikut, nervous dia memang lain macam.

Haih.. ingatan dah semakin hilang, macam mana nak cerita ni..

So we arrived there at 10 something. HAHA. Maaf lah. I can’t remember this event well. It was already half year past. But I try as much as I could to crack my head, remember the details.

Arrived at

#1 Denpasar Ngurah Rai, Bali Airport.

Bali Airport #2

#2 Bali Airport

HOHO. Lucky the pictures got a few details!! So we actually arrived there at 11.40pm. As everybody keep telling us to get rest wherever and whenever you can as this trip might drain all your energy from the beginning to end, so I went sleep all the way from KL to Bali. From the airport, the van took us 2 hours to jetty to get a ferry to Lombok Island. Then I sleep again until we arrived jetty.

#3

#3 still in Bali Airport

#4 still in Bali Airport, see how happy they are.. ;)

#4 still in Bali Airport, see how happy they are when it comes to shopping..😉

7 May 2013 (Thursday)

Dalam kegelapan malam, dari jeti, kitorang naik feri. Besar. Besar sampai 2 tingkat. Kadang-kadang ada juga yang membawa ke 3 tingkat. Tapi yang kitorang naik malam tu 2 tingkat saja. Bahagian bawah letak kereta, lori dan segala kenderaan yang boleh masuk. Macam feri Penang. Cuma rupa saja tak sama. Tingkat atas ada kerusi, pangkin dan ada juga tilam untuk penumpang. Tapi kalau pilih tilam kena bayar lebih skit. kitorang yang perempuan semua pilih pangkin biasa je, sebab tak sanggup nak fikir apa yang dah pernah terjadi kat tilam tu. Lagipun tak perlu bayar lebih. HAHA. Condition tilam pun bukanlah okay sangat.😛 Tapi ada saja geng lelaki yang tidur atas tilam. Alah biasalah diorang, main belasah je.

#5 pangkin dalam feri

#5 pangkin dalam feri

#6 Bersedia dengan sleeping beg masing-masing..

#6 Bersedia dengan sleeping beg masing-masing..

#7

#7 Nampak tak tilam di hujung tu..

Macam biasalah. Bila ada peluang kitorang akan cuba tidur dan berehat. Perjalanan feri ni memang lama betul. Dari pukul 2 pagi kitorang naik, sampai 8 pagi baru sampai Pulau Lombok. Sampai dah tak tahu nak buat apa atas feri. Kalau tak biasa naik bot/feri lama-lama, memang boleh mabuk laut dan muntah-muntah. Tapi sebab organizer dah remind awal-awal, saya dah siap-siap makan ubat tahan muntah sebelum tidur. Jadi keadaan diri agak stable masa pergi.

Sebelum tidur saya sempat mandi dulu. Persediaan sebab tahu lepas tu mesti tak mandi-mandi sampai 2-3 hari. Nak mandi waktu Subuh, takut ramai pulak menunggu nak ambil wudhuk. Condition bilik air Alhamdulillah memuaskan.

Pagi-pagi, saya cepat-cepat bangun sebelum ramai orang bangun. Maklumlah, feri ni bukan group trip ni saja yang ada, orang Lombok pun ramai. Lepas sembahyang subuh, tengok sunrise. Lepas tu main daun terup dan segala macam kad (Uno dan monopoly). Okay. kitorang tidak berjudi. Tiada duit atau kerugian terlibat disitu. Kalau ada pun, sekadar kerugian masa dan perasaan. Ini adalah sekadar hiburan semata. Heh.

#8 Fajar mula menyising

#8 Fajar mula menyising

#9 Sunrise in Lombok Island

#9 Sunrise in Lombok Island

#10 Subhanallah!

#10 Subhanallah!

Sampai di Lombok, kitorang naik van pulak. Perjalanan 2 jam. Kalau ikut plan asal, perjalanan takdelah lama sangat, sebab kitorang akan pit stop kat sebuah rumah ni untuk sarapan. Organizer dah deal dengan orang tempatan mintak tolong masakkan makanan, instead of pergi sarapan di kedai. Tapi sarapan pun dah pkul 10.30 pagi. Mungkin salah percaturan dimana-mana kot.

#11 Di Lombok ni sebenarnya terdapat banyak masjid. Terkenal dengan Pulau 1000 masjid.

#11 Di Lombok ni sebenarnya terdapat banyak masjid. Terkenal dengan Pulau 1000 masjid.

#12 Sepanjang perjalanan..

#12 Sepanjang perjalanan..

#13

#13 sawah padi

#14 Sarapan yang dah bertukar menjadi brunch

#14 Sarapan yang dah bertukar menjadi brunch

#15 brunch

#15 brunch yang mewah

Lepas makan, beli sim kad dan apa-apa keperluan tambahan kat kawasan berdekatan, kitorang pun gerak ke kaki gunung. Bila dah masuk kawasan gunung tu, memang cantik tak terkata. Sumpah tak sama langsung dengan lanskap gunung kat Malaysia! Maha suci Allah!

#16 Muka kekenyangan..

#16 Muka kekenyangan..

#17 Layan hobi..

#17 Layan hobi..

#18 HAHA.. beratur panjang untuk membeli sim kad..

#18 HAHA.. beratur panjang untuk membeli sim kad..

#19 Yang tak beli simkad.. boleh layan gambar..

#19 Yang tak beli sim kad.. boleh layan gambar..

#20 Di kaki gunung..

#20 Di kaki gunung..

#21 spechless..

#21 speechless..

#22 Subhanallah..

#22 Subhanallah..

#23

#23

Sampai di kaki gunung, kitorang singgah di sebuah rumah ni di perkampungan Sembalun, solat jamak zohor dan asar dan bahagikan beg kepada 2. Satu untuk kitorang bawa, dan satu lagi untuk beri pada porter. Beg yang kitorang bawa memang light gila, dan hanya ada barang-barang keperluan untuk hari tu punya pendakian je. Tujuannya supaya kitorang tak rasa terbeban dengan beg yang berat semasa pendakian. Selain dari air, baju sejuk, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan asas, semuanya kitorang lambakkan pada porter. Kesian gila porter tu bawak beg-beg yang maha berat. Like seriously berat!! Kalau saya, dah lama menangis di tepi gunung sebab beratnya beg-beg tu. Bayangkanlah, 4 hari punya barang kegunaan. Itu belum lagi botol air mineral saiz besar yang kitorang sumbat dalam beg tu. Maklumlah, kalau nak tidur kat tilam pun kitorang takut, inikan pula nak minum air dari sumber suka hati. Memang cari air mineral lah paling diyakini. Lagipun, belum tentu sumber air senang dijumpai.

Okay, enough pasal beg.

Pendakian dimulakan. Lalu kawasan rumah orang. Lalu kawasan kebun sayur. Lalu kawasan denai. Tapi kaki gunung belum betul-betul sampai. Padahal dah lama jalan nih. Memang mencuakkan. Tapi seriously cantik. Hutan savannah. Hutan yang takde pokok tinggi, cuma ada padang lalang saujana mata memandang. Iskh.. memang tak jumpa la kat Malaysia. Okay, mungkin ada sikit-sikit macam kat Broga Hill. Tapi persamaan dia mungkin Cuma 1% je kot. Silap-silap tak sampai 1% pun. Indah sungguh ciptaan Tuhan!

#24 Tracking hari pertama..

#24 Tracking hari pertama..

#25

#25

Tapi trekking kat kawasan savannah ni pun boleh tahan stress jugak. Bila tiada pokok yang nak lindung dari panas matahari, perjalanannya jauh dan mendatar. Itu pun nasib baiklah dah petang. Selain tu, kalau selama hari ni mendaki macam orang buta, daki saja tak hirau kat mana puncak, berharap puncak tu cuma sekangkang kera walaupun itu cuma mainan perasaan. ~Huh, panjangnya ayat! Tapi ini, bila takda pokok nak lindung puncak, kau jadi psycho la sebab boleh nampak puncak yang macam mustahil je nak sampai. Asyik cakap mampu ke aku nak sampai?  Mampu kah? Mampu kah?? Jadi terpaksa lah psycho diri, daki sajalah walaupun mustahil, walaupun sebulan selepas tu baru kau sampai. (T_T)

#27 panas terik..

#27 panas terik..

#28 puncak gunung yang jauh dan macam sangat mustahil dan dicapai..

#28 puncak gunung yang jauh dan macam sangat mustahil nak dicapai..

Eh. Panjang pulak cerita untuk hari ni. Anyway, kitorang start mendaki 2.30 petang. Kalau hebat, dalam 2-3 jam dah boleh sampai check point seterusnya. Tapi macam saya, pukul 6 lebih jugak baru sampai. Standard la saya suka berhenti banyak kali. Saya syak, mesti semua orang bajet saya tak boleh lepas. HAHA. Saya sendiri pun syak saya tak dapat nak lepas sampai puncak!

#29 hari dah mula gelap..

#29 di belakang saya.. hari dah mula gelap..

#30 Senja.. waktu saya sampai ke Post III, tempat khemah.

#30 Senja.. waktu saya sampai ke Post III, tempat khemah.

Sampai saja kat check point (Post III) untuk kitorang tidur malam tu, terus saya cepat-cepat salin baju tidur, sebab kitorang dah dipesan awal-awal dan berkali-kali supaya buat apa-apa pun sebelum matahari terbenam. Lepas matahari terbenam, temperature drop agak banyak jugak. Memang lain macam dia punya sejuk. Masa nak dinner tu pun, saya macam tak lalu je nak duduk luar dan makan. Asyik terfikir, boleh ke aku tidur neh?

Nota:

Cerita ini terpaksa dipecahkan ke beberapa hari sebab terlalu panjang. Boleh pitam baca entri panjang-panjang sangat!

Regards,

~Ha~