*Wohohoo.. lamanya tak menulis.

Okay.. kali ni memang betul-betul lama tak menulis. Hampir sebulan lebih. Saya sibuk sangat ke?? Rasa macam takdelah sibuk sangat. Kerja memanglah sentiasa ada. Tapi bukannya sibuk macam sistem baru nak LIVE pun. Lost momentum may be.

So what’s new? Nothing. Kerja masih di tempat yang sama. Travel pun takde. Hiking pun adelah sikit-sikit. Last month pergi Gunung Bujang Melaka. Tapi skala kekerapan menaiki gunung sangat lah besar. Bulan lepas aktif, bulan ni sunyi sepi. Haih.. tak consistant!!

Walaupun saya takdelah down, tapi ntah kenapa, kehidupan dijalani dengan sangat mendatar. Eh kau. Tuhan bagi roller coaster life baru tahu! (*_*) Tak tak. Bukan begitu maksud saya. Maksud saya, keinginan menempuh kehidupan seperti di tahap pasrah saja. Bukan lagi bersemangat seperti dulu. Something missing in my life. Tapi tak tahu apa. Kena cari ni!!

Tahun 2014 bakal menjelma. Meletakkan azam itu dikira sangat cliche. Tapi.. perlukah hidup tanpa azam dan hala tuju hidup. Bukankah hidup tidak berarah itu lebih dasyat? Atau.. azam itu bukan diperbaharui ketika awal tahun, tapi ketika azam itu telah berjaya dicapai? Persoalannya, berapa banyak azam yang dah dicapai? Dan berapa banyak lagi yang masih belum?

Hmmm…

Let’s do some thinking.

moe-164581-sample

Regards,

~Ha~