Rumah / Bilik

Saya bergelandangan sejak projek di Putrajaya. Eh. Bergelandangan tu dah jadi perkataan biasa. Apa kata kita luar biasa kan sikit. Saya pengembaran jalanan. Wah kau. Macam lah pergi mengembara ke serata dunia. Padahal pergi mengembara dalam Klang Valley saja.😀

Mula-mula tu memang seronok. Okay. Siapa tak faham boleh duduk diam-diam. Saya tahu tak semua orang faham. Apa seronoknya pergi duduk rumah orang. Kena angkut baju dan segala keperluan. Lepas tu ada saja barang yang tak cukup sebab tertinggal di rumah. Lepas tu barang-barang senang ‘lost’ sebab tak pasti ada di mana. Lepas tu.. okay cukup! Dah faham memang tak seronok.

Tapi yang seronoknya, saya boleh laluan kehidupan yang lain. Wah kau, lain manalah sangat. Tahukan kehidupan ni kalau dilalui rutin yang sama setiap hari, ia akan menjana kehidupan yang sangat bosan. Jadi bila ada sesuatu yang ‘lain’ berlaku, kehidupan menjadi sedikit lain dan.. mungkin seronok. Lagi pun, di rumah makcik saya tu, ada ramai orang. Maka kehidupan pun menjadi meriah.

Tapi lama-lama, saya mula merindui balik katil dan almari IKEA ku. Apakah kau pergi beli mahal-mahal tapi tak guna? Jadi rasanya, setelah beberapa bulan ‘lari dari rumah’ (atau dah hampir setahun? HOHO), marilah kita pulang ke pangkal jalan. Kesian bilik ku itu. Dah cat cantik-cantik warna biru, tapi tuan dia tak ada pulak tinggal kat situ. Meja study ni pun dah lama tak berkemas. Penuh dengan majalah. Rak yang sepatutnya saya sangkut di dinding pun tak pasang-pasang lagi. Dan paling penting, boleh kembali ke kehidupan asal.

kebersepahan.. betul-betul ada ruang untuk letak laptop je!

kebersepahan.. betul-betul ada ruang untuk letak laptop je!

Kerja

Kami telah bertukar bos awal tahun ni. Seseorang yang dikenali. Tapi takda lah kenal sangat. Perasaan adalah default. Sebab bukan suka sangat dengan bos lama. Dan walaupun kenal secara baik dengan bos baru, tapi masih belum kenal hati budi lagi. Jadi perasaan adalah di paras biasa-biasa saja.

Kalau dulu bos lama, sentiasa cuba letakkan sempadan. Walaupun encik bos sibuk je nak join perbincangan kami. Pertama kerana dia lelaki. Oh lelaki mana boleh masuk dalam acara bincang perempuan. Memang tak akan in. Kedua, kerana pengalaman bergaduh yang lepas, susah pula nak ‘baik-baik’ sangat macam kawan dah. Ketiga, saya pernah baca yang kita tak boleh berkongsi banyak perkara peribadi dengan bos. Takut nanti ada ‘conflict of interest‘ dan mungkin akan mengganggu privasi plak.

Tapi rupanya kami tak perasan yang kami sebenarnya bukan letakkan sempadan sangat pun. Walaupun taknak share dan kononnya nak skema-skema, tapi tak skema pun sebenarnya.

Jadi bila dengan bos baru, baru perasan semua tu. Perkara yang kami ambil secara mudah, rupanya dah menimbulkan isu. Contohnya pasal claim dan cuti. Dan banyak lagi benda lain. Saya tak kata bos baru ni salah. Apa yang dia buat tu betul. Walaupun agak strict dan menimbulkan rasa tak best, tapi itu memang hak dia. Cuma kami saja yang dah terlupa!

Kalau nak cerita pasal pro dan cons bos dulu dan sekarang, panjang pulak dan di lain entri sajalah kalau rajin. Cuma nak cakap, baiklah, saya sudah sedar.

Sekarang, saya akan lebih skema. Maksud saya, I follow the rules. Lagipun, saya pun tak menyusahkan orang lain. Sekarang bukan lagi konsep asalkan kerja siap. Sekarang kita pakai konsep baru, kerja bila masa kerja, dan cuti adalah milik kita.

HAHA. Tak tak.. saya tak buat macam ni..

HAHA. Tak tak.. saya tak buat macam ni..

Training

Projek Semeru tahun depan. Duit dah bayar 50%. Tapi tiket masih belum beli. Tengah tunggu Air Asia sale.

Itu satu. Satu lagi, training pun harus bermula. Bermula di tahap kosong. (-_-“) Jogging dan panjat bukit dan gunung.

.

Diet

Oleh sebab nak training naik gunung, diet juga perlu dilakukan. Pertama.

Keduanya, diet untuk kesihatan juga perlu. Kurangkan makan benda yang bukan-bukan dan yang banyak perasa dan pewarna tiruan.

Ketiga, berharap dengan diet, saya dapat berjimat.

Diet

Planner

Lately mengalami masalah lupa yang sangat dasyat, sampai rasa mahu pukul diri sendiri. (T_T)

Jadi salah satu cara mahu atasi masalah ni adalah pergi membeli planner. Eh. Planner dah ada. Tapi letak atas meja opis saja. (-_-“) Digunakan hanya untuk kerja saja. Baiklah. Mari menggunakan planner ini sebaik-baiknya. Tinggal lagi 2 bulan saja planner ini akan digunakan. Lepas tu kena beli yang baru.

.

Buku

Saya ada berbelas-belas buku yang belum dibaca. Terima kasih kepada perasaan tamak haloba semasa di Big Bad Wolf Sale. Itu belum campur majalah-majalah yang dibeli setiap bulan. Mari habiskan bacaan, supaya otak ni tak jadi macam tin kosong!

captured_by_snapseed_9_1

ade la 2-3 buku je yang dah baca.. ~buku yang kecik-kecik tu je.. HAHA.

Salam Maal Hijrah.

.

Regards,

~Ha~