I’ve been weighing either to write an entry or not. Then suddenly something happened. So I definitely gonna write about this thing. HAHA.

Tadi saya dapat satu mesej pasal awal muharam dalam group whatsapp. Malas pulak nak tulis mesej tu. Print screen sajalah.😀

2013-11-04 21.25.28

Sebenarnya, saya tak berapa nak ambil kisah sangat pun kalau dapat mesej-mesej sebegini. Sebab saya tak tahu pun sumbernya dari mana. Lagipun bukan sikap saya main forward je, walaupun info tu mungkin baik.

Anyway, tak lama selepas tu, saya terbaca di status fb Sham Kamikaze pasal ni.

2013-11-04 21.26.33

Saya pun terus macam, ‘eh ni mesej yang aku baca tadi’. So si penyibuk ni pun sibuklah print screen dan forward pada group tu balik. Huhu. Bukan apa, niat saya cuma nak bagitau pasal benda ni. Takde lah kita forward benda yang salah.

Memula tu feedback okay. Siap cakap terima kasih lagi. Tapi lepas tu dia pergi forward pulak screen shot dari fb UAI. Without any explaination.

IMG-20131104-WA0027Bila saya baca jawapan tu, saya ingat saya yang salah. Tapi bila saya baca betul-betul, baru saya perasan, this question is talking about bulan Syaaban. Not Muharram. Lepas saya ni pun gatal mulut pergi la tegur balik pasal bulan tu. Saya suruh diorang tengok balik soalan tu. It’s about Syaaban. Jadi maknanya semua orang pun salah. (Saya saja cakap macam tu supaya takdelah nampak sangat dia salah dan saya betul. Ni lebih kepada nak mencari kebenaran je.)

Suddenly, kawan saya tu terus cakap, (tapi sebenarnya saya pun tak tahu dia ni siapa. I mean ni group sekolah. So ramai gak la yang saya tak sure siapa diorang ni. Heh)

“Dah la.. tak payah la kita bincang pasal hadith ni. Kita bukan pakar. Takut salah je”

Okay. Terus saya sentap!

HAHA. Okaylah. Tadi jelah saya bengang. Sekarang dah cool down dan being rational dah. Mungkin kawan saya ni taknak panjang-panjang kan kisah. Tak nak bergaduh.

Tapi saya rasa saya pun dah faham beberapa perkara:

Pertama, kadang-kadang diorang ni tak baca dan fahami pun apa yang diorang hantar.

Kedua, diorang ni main hantar je ikut suka hati, tak kisah pun sumber tu sahih ke tak.

Ketiga, maklumat tu dibiar tergantung macam tu je. Takde ke niat nak finding the truth. Hadoi!

Macam-macam hal lah. Saya sebolehnya taknak jadi macam Judging Malaysian. Membuat kesimpulan yang melulu. Tapi tak dapat tidak, saya asyik berasa suspicious je dengan mereka-mereka ni. Betulkah mereka-mereka ni forward dengan keikhlasan, atau sekadar nak ‘forward’ je? Kalau penuh keikhlasan, kenapa tak baca betul-betul apa yang mereka forward? Dan kalau jumpa kekhilafan dalam mesej yang dah dihantar, kenapa takde rasa tanggungjawab nak mencari kebenaran?

Baiklah. Saya harap anda mendapat pengajaran. Seperti mana saya juga.

Regards,

~Ha~