• Percaya atau tidak, dalam otak saya ni, ada beribu-ribu idea perkara yang nak ditulis. Bukan setakat tempat-tempat menarik yang saya pergi, tapi banyak jugak benda-benda lain yang menarik dan tak menarik.
  • Percaya atau tidak, sudah lebih dari 5 kali saya cuba tulis sesuatu dalam blog ni dan kemudian saya delete. Sebab akhirnya saya berasa tulisan saya ini seperti sampah. (-_-“)
  • Percaya atau tidak, dari beribu-ribu idea yang saya yang ada dalam otak ni, pada saat point yang ke-3 ini saya sudah mula kehilangan idea dan tak tahu nak tulis apa. Dan perkara ini sentiasa berlaku pada setiap kali.
  • Percaya atau tidak, kalau mengikut hari-hari yang lalu, pada saat keadaan ini berlaku, saya akan mula termenung memikirkan apalah saya nak tulis lagi ni. Dan akhirnya saya akan tekan butang pangkah di bahagian kanan atas mozilla ni. Maka tamatlah impian membuat entri pada hari itu.
  • Percaya atau tidak, sehingga ke tulisan ini dibaca, saya sedang memaksa diri menulis walaupun saya dapat menjangkakan ‘how crappy this entry must be‘. Menulis dengan tiada jiwa!! (T_T)
  • Setelah lama berfikir, saya tahu saya ini seorang yang mudah hilang fokus. Maka, terlalu banyak perkara yang dirancang hancur lebur di tengah jalan. Kadang tak sampai tengah jalan, baru di tepi jalan saja. *Harap faham metafora ini*
  • Oh hidup ini sangat susah. Kata jiwa yang malas. Oh jiwa, bangkitlah dikau! Apa kau fikir dunia ini selamanya begini. Terlalu banyak yang perlu dikejar. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan difahami. Patutlah agama menyuruh kau mengejar dunia dan akhirat.
  • Apakah ini masalah krisis umur pertengahan??? (TT_TT) *Selalu cuba merasa diri masih muda, padahal..*
  • Percaya atau tidak, saya sengaja memaksa diri menulis, sebab saya mahu mengajar jiwa ini supaya buat kerja sampai habis. Bermula dengan entri yang tak berarah ini, lepas tu boleh mula habiskan entri-entri dalam draft tu pula. Life must go on!!

Feeling-Lost-4df607dd8f36b

Regards,

~Ha~