Tags
Salam kawan-kawan..
Sebenarnya tengah work out entry for Trip Rinjani. Tapi suatu kegembiraan telah berlaku petang ni, jadi nak cerita pasal itu dulu.
Akhirnya saya berjaya selesaikan urusan pemabyaran balik PTPTN! Kalau segalanya dipermudahkan Allah, saya sempat bayar sebelum 30 Sept 2013. Jadi dapatlah saya 20% diskaun yang ditawarkan tu. Kalau tak, redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ada hikmah setiap perkara tu berlaku. Dijadikan musababnya.. tentulah salah saya! Eh paham ke ayat ni? Main belasah je penggunaan bahasa. Sayalah punca kalau tak sempat nak kejar diskaun tu. Siapa suruh buat lambat-lambat! Tapi hakikatnya, Allah lah yang menggerakkan hati saya menguruskan semua ni, sama ada cepat ataupun lambat.
Walaupun macam dah terlambat, nak cerita juga peristiwa kegembiraan ini secara details. Harap semua paham.. HEHE.
.
Saya kan sibuk nak menyelesaikan pinjaman ni. Bulan August lepas baru dapat kesedaran. Padahal offer PTPTN ni dah buat lama. Ntahlah, boleh tak saya tak perasan selama ni? Dengar iklan PTPTN pun macam buat tak kisah je. Tiba-tiba bila kawan saya sebut pasal hal ni baru tersedar. Itu pun masih terfikir-fikir lagi, sayang nak guna duit KWSP tu.
Tapi bila tekad telah dibulatkan nak bayar hutang, barulah saya buat tindakan bulan lepas. Nasib baik bulan lepas, kalau bulan ni baru rasa nak buat, memang bye bye lah diskaun 20% tu.
.
Apa yang diperlukan untuk membuat bayaran PTPTN melalui tabung kedua KWSP?
1. Borang Permohonan KWSP 9H (AHL) – Pengeluaran pendidikan
Borang ni saya dapatkan dari petugas kaunter KWSP. Saya fill up form tu then and there.
2. Dapatkan salinan perjanjian yang telah disahkan
Syaratnya pula, tarikh perjanjian mestilah pada tahun 2000 dan ke atas. Ini syarat KWSP. Sayang saya ada satu pinjaman tahun 1999. Jadi tak dapatlah nak bayar. Saya cuma dapat jelaskan untuk pengajian Ijazah saja.
Kalau dah hilangkan dokumen perjanjian (macam saya), boleh mintak salinan dari PTPTN. Tapi mula-mula kena download dulu borang 20. Lepas tu pergilah ke PTPTN bersama cash RM90 di tangan. Bila dah bayar duit, urusan akan diselesaikan dalam 14 hari bekerja, kalau tak silap. Takpun 21 hari. Mereka cakap mereka boleh tolong poskan. Tapi ntah kenapa saya tak yakin dengan urusan pos, jadi saya request nak pergi ambil sendiri. Kalau nak pergi ambil sendiri, kena maklumkan dekat petugas kaunter yang kita nak ambil sendiri borang tu. Nanti dia noted dalam borang kita. Bila dokumen dah siap, anda akan di-inform melalui SMS. Sila jangan hilangkan resit bayaran, sebab kena tunjukkan bukti masa nak collect dokumen perjanjian.
Oh panjang lebar saya explain. Tahu tak ada sekali tu saya datang PTPTN dengan sia-sia sebab terlupa bawak resit bayaran. HEH. Persediaan dan pengetahuan awal tu penting juga supaya kita dapat limitkan masa urusan. Duit minyak pun dapat dijimatkan. ๐
3. Salinan Transrip yang telah disahkan
Ntah kenapa bila dia cakap transkrip, saya bayangkan sijil yang ada nama subject dan CGPA tu. Dah buat salinan yang tu dan tunjukkan pada petugas di KWSP tu, baru tahu salah. Sebenarnya sijil ijazah/scroll yang kita dapat masa konvo tu. Nasib baik saya angkut file sijil tu kemana-mana. Cepat-cepat ambil dalam kereta, pergi fotostat dan serah pada dia. Tapi last-last dia ambil dua-dua sekali. *konpius*
Kalaulah tak sempat nak sahkan salinan transkrip tu, bagi saja sijil asal dan salinan pada orang kat KWSP, nanti mereka akan sahkan sendiri.
4. Penyata Baki Pinjaman dari PTPTN
Penyata ni mesti dikeluarkan oleh PTPTN dan bukannya yang kita print sendiri. Jadi sila dapatkan borang 14. Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) Online dari list borang ni. Sama juga, kalau nak ambil sendiri borang tu, kena inform dekat petugas kaunter PTPTN tu. Nanti dokumen siap, mereka akan inform melalui call atau email. Saya tak pasti mereka akan pilih salah satu method, atau mereka buat dua-dua sekali. Sebab PTPTN cuba contact saya, tapi saya tak angkat sebab tengah training. Lepas tu dia email pulak. Lepas tu last-last kitorang berhubung melalui call.
.
Bila dah siap ke-empat-empat dokumen, maka bolehlah ke KWSP berdekatan untuk urusan pengeluaran duit. Eh tak. Anda tak dapat duit tu. Duit tu nanti akan terus dimasukkan dalam akaun PTPTN. Urusan tu mengambil masa 21 hari. Huhuhu. Kalau 21 hari memang tak sempat lah. Tapi petugas tu senyum-senyum cakap, selalunya cepat, dalam 14 hari dah boleh siap. Alhamdulillah! Tapi saya tetap menanti dengan debar. Selagi tak confirm, ia tetap suatu yang tidak pasti. HUHU. Jadi saya menanti SMS dari PTPTN dengan debar. Eh. Dari PTPTN ke dari KWSP? (*_*)
Oh ya, ada satu lagi perkara penting. Untuk dapatkan 20% diskaun, hutang mesti dibayar penuh, berdasarkan penyata baki pinjaman. Nanti baki 20% PTPTN akan pulangkan kemudian. Mungkin bank in terus kot. Oh itu nanti dulu. Yang penting, saya sempat bayar sebelum 30 Sept tu.
.
Alhamdulillah. Akhirnya selesai satu hutang. Happy sangat. Betullah macam yang saya pernah baca dan kawan saya Mel pernah cakap. Petua nak langsaikan hutang.
1. Mula-mula kita kena niat berazam untuk membayar hutang.
2. Kemudian bertekun dan istiqamah dalam membayar hutang.
3. Bordoalah kepada Allah supaya dipermudahkan urusan pembayaran hutang, dan dicukupkan rezeki untuk kita.
Insya-Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Paling penting, kena yakinlah dengan pertolongan Allah.
*Saya juga nak cakap KWSP Kajang adalah sangat best! Dah la tak ramai orang, baik pulak tu. So far, urusan saya sangat dipermudahkan. Terima kasih!!!
Regards,
~HA~
Pernah pegi kwsp kajang tu.. Memang best. Tak ramai orang. So memang boleh keluarkan kwsp la utk bayar ptptn? Haha.. Aku pun tatau..
HAHAHA. Boleh! guna tabung kedua untuk pendidikan. Kalau ko bayar lamsam sblm 30 sept ni, ko dpt potongan 20%. So untung la jugak.. kalau dah lepas 30 sept ni pun, aku rasa ko still bleh keluarkan jugak, cuma x dpt la diskaun 20% tu.
Agreement signed on yr 2000, blh ke?
tahun 2000 dan ke atas boleh! itu syarat yg ditetapkan KWSP.
Nak tanya, bila PTPTN bank in 20% balik kepada kamu? PTPTN mintak no akaun kita bila untuk bank in balik 20% itu?
Actually yes. Tapi tak sure macam mana. Tak ingat diorang ada mintak no account bank saya ke tak. Sorry…
Tapi untuk kes saya, saya tak dapat balik 20% tu sebab saya ade 2 account hutang dengan PTPTN, one diploma one degree. The one yang saya dapat selesaikan tu was for Degree. So PTPTN terus kreaditkan duit tu masuk dalam account hutang diploma saya. Huhuhu…
saya nak tanya kalau guna wang kwsp bapa untuk bayaran balik pinjaman boleh ke?
HAHAHA.. dah rasa mcm kaunter pertanyaan PTPTN pulak. Sorry Moona, saya gelak2 pulak. Logically speaking rasanya tak boleh.. tapi trylah tanya kat KWSP. Kot2 la boleh guna akaun kedua ke.
Boleh, bg degree perjanjian pembiayaan dr April 2000 ke atas.diploma, dari 17 JanJanuary 2006 ke atas.FAQ dari website ptptn ๐
Jikalau saya berasa duit KWSP saya banyak dan berlebihan, bolehkah saya membantu jiran2 dan rakan sekerja saya membayar ptptn dan loan rumah mereka?
Alhamdulillah (sila buat gaya Wahida Wasini becakap).. semoga tuhan merahmati kehidupan saudara Zul sekeluarga. Adapun memanglah sangat dialu-alukan saudara membantu rakan2 sesama Islam. Silalah.. silalah.. kalau nak bantu kawan-kawan yang dah terpisah sebab dah pergi bekerja ke company lain pun afdhal.. Hehehe.. ๐
Assalam..
thanks share..
alhamdulillah berkat tips awk ni sy dh settle diptptn.nk proceed ke kwsp plk.
Tk zabbbar nye nk dpt potongan 20% tu..hehe..tp dia bankin semula ke kwsp or akaun kita yek?..
Xpe,,xpe,,yg penting hutang kasi settle dulu..
Still valid lagikah tips saya ni? Masih ada lagi ke diskaun 20% tu? Saya ingat masa Sept 2013 tu je. Alhamdulillah kalau betul.. Pasal KWSP tu.. nanti tanya dekat KWSP, samada dia masuk dalam akaun awak.. atau dia masuk balik dlm KWSP. Huhuhu.. Tapi saya rasa masuk akaun awak. Double confirm lah.. ๐
Still valid sis,,.until mac 2015 seperti yg dibentangkan dlm budget 2015..so sy grap the chances..harini nk pg kwsp..wish me luck key..thankz sis..
Semoga urusan dipermudahkan Allah. Kalau nak tahu apa-apa, tanya je kat kaunter KWSP, insya Allah diorang baik.
Pingback: @Travel: Abu Dhabi kami datang.. | The Traveler..
how to apply for using the kwsp to settle ptptn via online?
I heard somebody say it can be done via online by filling form20?
Not sure about that, but sure there is and will be a lot of improvement, since i wrote this in 2013. Now 2015. ๐ Sorry for not helping.. but how about u call PTPTN, just like what I did before I settle with this thing and wrote an entry about it.
P/s: mungkin awak pun boleh tulis pasal bayar scara online lepas tu.. sure it will benefit others. Let’s spread the kindness. yeayy..
Salam. Sy nk tnye.. kna lampirkan no akaun sspn ke?
ntah, sebab saya takde akaun sspn.
Thanks for your post…sy baru nak hantar borang 14 n 20 to ptptn..doakan sy sempat yer…tarikh tutup hujung march…xpela akaun 2 hampir sifar..yg pntg hutang bayar…
Thanks for your post.. barakallahufik..
jazakallahu khairran kathiro..
salam,
nanti lps submit…mcm kita nk tau ptptn tu dah setel?n nak tau bapa byk kwsp da kena potong?
tq.
Alamak.. dah lupa dah. Cemaner eh tau dulu. Check je kot. After 2-3 weeks tu, check la ptptn website.
Assalammualaikum. Nak tanya psl pengeluaran kwsp utk byr pinjaman ptptn , yg 20% tu yg kita dpt kena pulang balik tak kpd kwsp?
hmm.. tak pasti. rasanya tak. dia akan bg kat kita. cume dia akan masukkan dlm acc trus kot. pun tak pasti. sbb saya punya baki pulangan 20% tu dia g byr utk perjanjian satu lg trus automatik. jadi tiadalah duit pulangan kt saya.
Bayaran balik ptptn dgn acc 2 kwsp..
Maaf x faham…
Hutang ptptn ada rm 26 k so acc2 kwsp pon perlu ada rm26k atau lebih kan…?
yup.. kalau ada cukup la.. kalau tak byr la brape yg ada.. ๐
Assalam,
Camana kalo sy ckp 3rd grade degree student blh dpt loan ptptnโฆpercuma!
mesti ade yg xpecaya.kan?
camni la..ape kata kalo korag google http://www.freeptptn.com
insyaallah method yg diterngkan dpt membantu mereka2 yg nk bayar loan ptptn
Assalamualaikum. thx for ur info! saya baru je dpt doc pengesahan baki dr ptptn. tazabarr nak setel perabih buang.. heheh.. tapi ada 1 kemusykilan.. kot2 awak boleh bantu saya.. utk submit ke KWSP tu, kena sertakan jugak ke Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar dari IPT.. sebab itu hari pegawai KWSP tu ada ckp, tgk contoh format di borang.. tapi kalau google blog2 xde pulak ckp pasal borg tu.. huhuu.. tq in advc!
Walaikumsalam. Kalau ikut syarat dulu, tak perlu pun Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar dr IPT. Tapi tak tahulah kalau ada syarat sekarang. Cuma, kalau dah kita dah ada yang no. 3. Salinan Transrip yang telah disahkan tu, rasanya confirmlah kan kita pelajar dari IPT berkenaan. Huhu. Maaf, baik awak tanya betul2. Sebab takut syarat2 dia dah bertukar.
By the way, bare in mind, bila awak nak collect info ni, info yg awak akan dapat tak straight forward dari one person, and probably awak macam berulang alik tanya dari org kat KWSP dgn org PTPTN. Banyakkan bersabar. ๐
hi sis..yang sedihnya saya tak dapat keluarkan akaun 2 kwsp saya untuk membuat pembayaran ptptn disebabkan saya mulakan pengajian tahun 2000.
Aik.. dah tak boleh ke bayaran guna kwsp untuk pengajian tahun 2000? Huhuh.. banyakkan bersabar. Dan banyakkan berdoa. Percayalah.. bila kita pasang niat nak langsaikan hutang dan kemudian berdoa, insya Allah, Allah akan bagi jalan.
Dulu, saya pun macam tak percaya saya boleh setelkan hutang ptptn ni. Sebab saya tak mampu nak byr mcm target ptptn, then oleh sebab tak terus bayar masa mula kerja, hutang saya teertunggak dan bertambah-tambah sebab interest. Tapi alhamdulillah, Allah bagi laluan yang tak disangka-sangka pulak.
So, pasang niat, doa banyak-banyak, dan cubalah kumpul duit dan bayar yang mana mampu. Eh panjang lebar plak saya komen. Hehehe. ๐
Sis nak tanye , transkrip tu memang btl btl sijil yg dalam skrol tu kan , dieorg mmg nak yg tu kan , bkn result yg ada cgpa and subject tu kan , bkn ape , sbb yg ade cgpa sye tu dah hilang , hmmm , balas asap , nak tahu , tq
aah.. btul. nk skrol tu. Tapi my experience ni a few years back, tatau la valid lagi ke tak. U better get confirmation dengan org PTPTN. Takut diorang dah tukar rules.