Saya suka baca blog Cik Hanis Zalikha. Despite of dia seorang artis, selebriti dan mungkin banyak lagi gaya hidup yang tak bersesuaian dengan saya, tapi ada nilai-nilai baik yang boleh kita share sama-sama. Salah satu yang selalu Keknis (panggilan manja Hanis Zalikha, padahal dia lagi muda dari saya!) adalah kebaikan rambang. Go read this entry.

Kebaikan Rambang? Apakah itu? Kata Keknis..

Kebaikan rambang ini macam, kita buat sesuatu kebaikan kepada orang yang kita langsung tidak kenal, tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain kegembiraan orang itu. Macam tiba-tiba je nak buat orang happy.

Sebenarnyakan, ada nama lain untuk kebaikan rambang ni (direct translation from Random Act of Kindness). Dalam Islam, ini dipanggil.. berakhlak mulia! Kan Islam menyeru kita berakhlak mulia. Berakhlak mulia tu bukan saja buat baik dengan orang yang dikenali, tapi yang tak dikenali, binatang, pokok dan segala benda dalam dunia ni. ~Haih.. dah macam nak bagi kuliah pulak.

Anyway, saya bukanlah nak bagi ceramah pasal akhlak mulia ni. Cuma nak ajak kita sama-sama berakhlak baik je. Saya seorang buat tanpa anda semua, mungkin saya akan jadi tak kuat. Kalau semua orang buat kan seronok. Nanti kita semua akan jadi happy je kalau semua orang buat baik dengan kita. Kita pun jadi happy sebab berjaya buat baik kat orang lain, dan orang tu pun jadi happy sebab kita! ~faham tak? ayat dah terpusing-pusing neh..

Kenapa tiba-tiba excited nak ajak orang berakhlak baik pulak ni?

Sebab saya dah rasa keseronokkan bila dikelilingi orang-orang yang baik. Walaupun terpaksa menunggu lama, tapi still dapat bersabar sebab ada orang tengah buat baik dengan kita ni. HEHE. Jadi terus rasa kita kena berusaha mulakan berakhlak baik dengan orang disekeliling. Kalau dah mula pulak, mari kita cuba kekalkan akhlak tersebut dalam diri masing-masing. Barulah semua orang pun akan jadi happy. Dan percayalah, bila kita baik, Tuhan pun permudahkan urusan kita.

Ni antara contoh-contoh akhlak mulia/kebaikan..

Kejadian di PTPTN

Tahukan saya tengah sibuk nak melangsaikan hutang PTPTN. Jadi last week pergilah ke PTPTN Damansara nak uruskan apa-apa yang patut. Hari tu mood saya agak baik juga, jadi saya pun dah prepare diri siap-siap kalau-kalau urusan tak went smoothly.

Jadi bila saya nombor giliran saya dipanggil, urusan pun bermula. Ada 2 benda saya nak collect dari PTPTN, dan dua-dua benda tu dari jabatan yang berlainan. Memang ada sedikit masalah masa di kaunter sebab orang kaunter tu tak dapat nak contact department berkenaan. Saya pun cuba memberi kerjasama sebaik yang boleh..

Lama betul saya tunggu. Saya ada juga offer diri, biar saya sajalah pergi ke tingkat atas tu ambilkan dokumen tu. Tapi petugas kaunter tu tetap nak tolong buatkan semua. Saya sampai pergi beli air kat Secret Recepi kat luar office tu sebab dah dahaga dan tunggu lama sangat. Ada satu petugas PTPTN tu, siap turun jumpa saya depan kaunter untuk serahkan dokumen. Satu lagi dokumen, petugas kaunter tu yang tolong ambil kat tingkat atas.

Twitter-Customer-Service-thinkfaculty

Mungkin ada yang nak cakap, itu dah memang kerja dia. Please noted that, sebelum tu ada customer PTPTN yang tolong explain macam mana saya boleh dapatkan dokumen tu, dan sebenarnya saya kena naik tingkat 6 dan tingkat 9 dan kena ambil sendiri. Jadi maknanya, petugas kaunter tu bersungguh-sungguh tolong saya tanpa saya perlu bersusah payah banyak sangat. Saya cuma perlu tunggu dengan penuh kesabaran je.

customer-service

Terus rasa blessed. Tak kisahlah apa perasaan saya terhadap PTPTN, tapi orang yang kerja kat PTPTN tu tetap manusia biasa, jadi mereka tak patut kena marah-marah.πŸ˜‰

Kejadian di Parking

Mencari parking kosong kadang-kadang boleh mendatangkan lelah. Nak-nak pulak time-time sibuk. Lepas tu pantang nampak orang keluar dari bangunan shopping complex, nanti mula la mengekori macam stalker, sebab nak dapatkan parking orang tu. Tapi lagi rasa blessed kalau tengah-tengah sibuk cari parking kosong, tiba-tiba ada orang ketuk pintu kereta, atau lambai-lambai bagi tahu dia nak keluar parking.

Car-Park-45327457

Lega sangat rasanya. Saya pun pernah buat. Orang tu senyum-senyum tak sudah. Siap nampak gerak mulut cakap terima kasih.πŸ™‚

Memandu dengan baik

Saya masih struggle tapi so far, saya rasa dah improve sikit, insya-Allah. Tahulah, kalau bawak kereta memang nak cepat dan laju saja. Itu satu hal. Lagi satu, saya pun letih juga kalau duduk di belakang orang yang memandu slow. Tapi saya kena ubah perangai ni. Be considerate pada orang lain, terutamanya penunggang motor. Bagilah mereka lalu dulu. Kena selalu aware tentang diorang. Kadang-kadang kita tak nampak diorang kat blind spot.

Satu lagi, kenalah banyak-banyakkan bertenang dan bersabar. Sebab, bila kita dalam keadaan tenang, emosi pun menjadi stabil. Jadi takde lah akan cepat marah. Bukan semua orang itu baik. Tapi bila jumpa orang yang suka hon-hon, atau cucuk-cucuk di belakang kereta kita, ataupun main masuk saja lane tak bagi signal, janganlah pulak kita pergi buat balik kat dia. Nanti kita pun tak ada beza dengan orang tu.

13557280-cartoon-driver

Lagipun, manalah tahu, bermula dengan kita berhemah di jalan raya, akan ada orang yang terkesan tengok tingkah kita, dan cakap, eh baiknya pemandu ‘macam ni’. Tak elok perangai orang ‘macam tu’, lepas tu terus rasa macam lebih baik dia buat perangai ‘macam ni’. Akhirnya makin kuranglah orang yang kurang ajar di jalan raya. Kita pun kenalah sentiasa berdoa semoga orangΒ ‘macam tu’ berubah ke arah kebaikan. Ntah-ntah, saya ni pun berubah, sebab ada orang doakan saya kot. ~dan mungkin juga saya pun tepengaruh dengan tingkah orang berhemah tanpa saya sedari. We never know..πŸ˜‰

Notes:

‘macam ni’ = perangai baik

‘macam tu’ = perangai buruk

Saya pun takde lah baik sangat tapi saya sedang berusaha memperbaiki diri.πŸ˜‰

driver1

Angkat Tangan bila dapat laluan

Asyik berkisar pasal kereta dan jalanraya saja kan?πŸ˜› Maklumlah, kehidupaan saya memang banyak di atas jalanraya. Anyway, ada satu lagi yang nak saya sarankan kepada pemandu/pengguna jalanraya. Kadang-kadang masuk line orang ni memang tak dapat dielakkanlah, terutamanya bila jalan jammed ya amat.

traffic_jam_by_kusodesign-d5rgx7x

Kalau anda yang masuk lane orang lain, pertama sekali jangan lupa beri signal. I know, ini bukan type of akhlak yang baik pun kan, ini memang wajib. Tapi berapa ramai yang lupa nak bagi signal as if signal tu pakai minyak. Tahulah minyak dah naik 20sen/litre, tapi bagi signal bukan pakai minyak pun.πŸ˜›

Kedua, dah lepas masuk lane orang tu, jangan la lupa angkat tangan. Yelah, orang tu dah berkorban bagi queue dia, rela hati duduk belakang awak (atau paksa rela? heheh.. :D), apa salahnya awak appriciate dan terima kasih pada orang tu dengan angkat tangan. Kuranglah sikit rasa marah atau bengang orang tu kan. Kot lah. Hehe. Saya tak tahu lah orang lain. Kalau saya, saya memang tak suka orang potong line saya. Tapi kalau ada orang angkat tangan tu, bengang saya takdelah berlarutan sangat.

Traffic Jams in KL

Senyum

Paling senang. Lagipun, senyum tu kan sedekah. Dengan senyuman kita yang ikhlas tu, mungkin dapat mengubah sedikit pengalaman kehidupan orang lain.πŸ˜‰

Anime-HD-0008

.

Sebab saya tengah sibuk training, saya dah tak dapat fikir apa lagi kebaikan yang orang pernah buat pada saya. Tapi memang sesungguhnya setiap kebaikan orang lain tu boleh mendatangkan kegembiraan pada diri, kan? Jadi, apa salahnya kita pun buat orang lain rasa gembira!

Sekian.

Regards,

~Ha~