Berhenti sekejap pikir dan update tentang cerita-cerita lepasku yang tak berkesudahan itu. Kita back to reality sekejap. Harga minyak naik!! (T__T) Semua orang dah mula predict future. Semuanya ada perkataan ‘naik’ dihujung ayat.

Saya? Apa lagi yang mampu dibuat selain pasrah. Nak menangis pun tak berair mata, macam lirik lagu P.Ramlee. ~eh ade kan lagu P.Ramlee macam ni? Nak marah pun, semua dah ‘well said’ kat status fb. Nak sokong, memang pun kenaikan ini menyusahkan rakyat aka saya. Jadi, tiada apa yang boleh dibuat melainkan persiapan mental dan fizikal.

1. Kurangkan langkah.

Saya memang kaki jalan. Dalam satu hari, saya mampu ukur tanah dalam Klang Valley ini. Itu belum lagi panjang langkah sampai ke negeri-negeri lain. Tapi hobi yang satu ini harus dikurangkan. Sebab bila kurang berjalan, kurang lah memandu. Bila kurang memandu, kuranglah pakai minyak. Kurang pakai minyak, kuranglah perbelanjaan.

gas

2. Berjimat cermat berbelanja.

Tak boleh dah nak shopping sesuka hati. Setiap pembelian perlu plan sebaik mungkin. Kalau ada rasa nak shopping, fikir berkali-kali apakah itu satu keperluan atau kehendak. Contohnya, spek Ray Ban Aviator yang saya teringin sangat tu *tiba-tiba*. Itu suatu kehendak. Harga pun sangat mahal walaupun dah diskaun 40%. Jadi, lupakan!!! (T__T)

Selamat tinggal kehendak! (T_T)

no-shopping

3. Plan breakfast, lunch dan dinner.

Tak boleh lagi membeli makanan sesuka hati dimana saja sampai membazir. Dulu ini habit saya. Saya akan beli makanan yang banyak. Kemudian tak lalu nak makan, lalu suruh/paksa kawan-kawan office habiskan. Habit ini perlu ditinggalkan!

food01_jpg_650x10000_q85

Pertama, breakfast jangan beli banyak-banyak. Beli ikut keperluan. Selain berjimat, saya jugak boleh berdiet. Kedua, lunch pula jangan nak belanja kat tempat mahal-mahal. Suka hati nak masuk Padi lah, Domino lah dan lain-lain. Makan saja di food court ~walaupun food court di Putrajaya neh lebih kurang harga makanan kat restoran je. Kalau nak jugak makan kat luar, hadkan kadar kekerapan kunjungan ke tempat-tempat mahal tuh! Dinner, since dah duduk dengan Mak Lang kat Kajang tu, makan jelah kat rumah. Save budget! Kalau balik rumah sendiri pun, masak jelah yang simple-simple.

Saya rasa itu sajalah kot. Saya tak dapat nak fikir apa lagi yang boleh dijimatkan. Lagipun itu saja aktiviti yang paling banyak menumpahkan duit saya dari bank.

Sekian dulu. Ini cara saya. Anda bagaimana?

Regards,

~Ha~