Tags

, ,

Tahukah anda, dalam recent draft saya sudah ada 2 draft entri yang tak tahu bilalah akan siap. Itu belum lagi dalam otak saya, setiap kali tengok gallery dalam hp saya, terus fikir oh ade 18 cerita yang tak cerita lagi kat blog. HAHA. Okay.. saya ekzejerit! Saya takda la pergi kira berapa banyak. Tapi memang betul ada sungguh banyak cerita!

So sempena merdeka kelmarin saya pergi berlari, saya nak cerita 2 event larian yang saya gabungkan dalam satu entry. Lantaklah entri-entri ni dah jadi kejap ke depan kejap kebelakang. Pedulikan. Nak tunggu bercerita ikut turutan tarikh.. saya rasa mesti saya tak cerita terus.

Intro: Saya sebenarnya memang tak into langsung acara larian neh. Tak tahu orang lain, tapi kalau saya berlari, mesti rasa dada macam nak pecah bila jantung pam laju-laju. Lepas tu rasa nak pitam. Lepas tu sakit perut. HAHA. Datanglah acara apa pun, penyakit ‘sakit perut’ tu memang tak boleh ditinggalkan. Kawan-kawan pun memang tahu saya jenis register, bayar, amik goodie beg, tapi ‘hilang’ di hari larian. HAHA. Maaflah atas kelakuan kurang senonoh saya neh. Siapa suruh paksa-paksa.

Tapi kalau kene gaya dan cara memujuk saya berlari, atau mungkin Tuhan memang telah membuka pintu hati saya untuk pergi berlari, here I am, berlarilah dengan penuh semangat. HAHA. Semangat pun takde lah semangat sangat. Kira boleh boleh lah..

.

NTV7 Feel Good Run 2013

Date: 7 July 2013

Venue: Seri Pentas, Bandar Utama.

Distance: 7km

Rasanya inilah larian pertama yang saya join. Eh kejap nak pikir. Pernah ke sebelum ni? Rasanya yelah. Tak pernah join larian!

Anyway, tahun lepas pun nak join jugak. Sempat register tapi lambat bayar payment, terus tak dah tak boleh join. Jadi tahun ni saya join. Dan paling rare.. acara larian ini diajak oleh ex-officemate. HEH. Rare sangat kan? Tu yang saya plak tetiba jadi bersemangat. Kalau anda minat acara larian dan nak tahu latest event, dan dah tentulah nak join, register saja kat http://www.hooha.asia/. Ada banyak event larian yang bukan saja anda boleh berlarian, tapi anda boleh buat aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Contohnya, dapat jumpa artis (contoh yang tak baik), dapat minuman free, dapat goodie beg, dapat voucher, dapat join karnival jualan dan macam-macam lagi lah, bergantung kepada event apa yang anda join dan siapa penaja event.

Saya masuk larian 7km. Ini jarak yang paling pendek. Ada lagi pendek, 3km kot, tapi itu untuk kanak-kanak. Nervous bukan main. Saya mana pernah join acara larian. Start-start terus 7km. Selalunya, fun run pun 5km saja. 5km pun tak pernah, tiba-tiba terus 7km. Tapi hidup harus diteruskan..

Biasanya setiap event larian, memang akan bermula awal pagi. Dan nak-nak pulak event NTV7, dibuat pulak kat Seri Pentas, silalah datang seawal yang boleh. Boleh solat Subuh kat surau yang disediakan. Datang lambat, jalan tutup, parking takde, jammed sebab ramai dan pelbagai masalah lain. Saya pulak, kelam kabut nak pergi awal, last-last tertinggal bib. Diorang cakap, takde benda ni, tak boleh collect goodie beg, medal and cert. Apakah maknanya berlari kalau tak dapat benda-benda neh? Saya bukannya berlari sebab nak jaga kesihatan. HAHA. Anyway, macam biasa, hidup perlu diteruskan..

2013-07-07 20.48.21

Boleh tak saya tinggal benda ni kat atas meja!!

15km start pukul 7 pagi. 7km start 7.30 pagi. Lebih kurang lah. Sebenarnya dah tak ingat pun. Menteri Belia dan Sukan, YB Khairi Jamaluddin yang merasmikan acara. Tapi dia takda lah pergi berlari sama. Yang anehnya, hampir kebanyakkan peserta akan pergi menangkap gambar menteri dulu sebelum meneruskan larian. HAHA. Sampai MC terpaksa menenangkan keadaan. Macam-macam hal.😀

Awal pagi..

Awal pagi..

Kawan-kawan ku..

Kawan-kawan ku..

Sibuk diorang nak bergambar dengan KJ kat atas pentas..

Sibuk diorang nak bergambar dengan KJ kat atas pentas..

Berlarilah kami secara santai-santai saja.

2013-07-07 07.29.28

Seri Pentas

2013-07-07 07.29.36

Para peserta..

2013-07-07 07.34.05

Ade maskot?? okay.. bukan maskot. Panggil pakaian beragam ke?

2013-07-07 07.45.32

2km sudah..

2013-07-07 07.50.16

route 7km dan 15km terpisah..

Masa kat garisan penamat, saya sudah panik, sebab saya nampak mereka akan tanda kat Message Bib kepada sesiapa yang mereka dah bagi cert dan medal. Saya dah berdoa banyak-banyak. Dan pikir nak reka alasan. Siap ada plan nak pergi balik rumah ambil bib tu, dan datang balik event, sebab nak kan goodie beg dan barang-barang lain tu.

masa ni berdebar-debar dah.. dalam hati fikir, nak bagi alasan apa yang paling meyakinkan.. HAHA.

masa ni berdebar-debar dah.. dalam hati fikir, nak bagi alasan apa yang paling meyakinkan.. HAHA.

Tengok-tengok, bila sampai garisan penamat, orang tu bagi medal dan cert selamba je. Tak sempat pun nak cakap “Saya terlupa bawak bib!”. HAHA. Mungkin sebab saya pakai t-shirt larian kot. Yelah. Cemaner ko dapat t-shirt tak dapat bib pulak kan. Cuma bila sampai kat orang yang pegang marker tu, baru saya cakap, then orang tu okay je. Ceh! Buat penat je saya cuak-cuak. Ingatkan dia nak ambil balik medal dan cert saya!

2013-07-07 08.38.27

The rest.. kitorang bersantai-santai di padang. Okay.. sila tengok gambar.

Ade icon LINE. Comel lah! Ada jugak maskot lain.. tapi saya tak larat nak pergi ambil. Ni kebetulan dia lalu sebelah!

Ade icon LINE. Comel lah! Ada jugak maskot lain.. tapi tak larat nak pergi ambil. Nipun kebetulan dia lalu sebelah!

Pastu ada pancaragam mana tah. Seksi betul budak-budak tu menari kat belakang..

Pastu ada pancaragam mana tah. Seksi betul budak-budak tu menari kat belakang..

*sebenarnya, saya clash dengan larian Solomon pada hari yang sama. Boleh check sini untuk details. Solomon Run tu kawan-kawan gunung ajak. Mula tu dah serba salah nak join yang mana satu. Tapi bila organizer tukar route jadi 11km (sebelum tu 7km), okay that’s it. Tak mungkin la saya nak pergi menyusahkan diri. Tapi saya tetap tak cancelkan registration, sebab nakkan baju Salomon tu. Heh!

.

Kpac Run 2013

Date: 31 August 2013

Venue: Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Klang.

Distance: 12km (3km X 4 runners)

Kejadian ini baru je berlaku kelmarin. Ini adalah larian yang saya sangat clueless. Semuanya kawan saya yang buat. Langsung tak baca sedikit details pun. Sekadar masuk sebab nak cukupkan korum. Maklumlah, ini larian relay. Perlu ada 4 orang orang untuk complete-kan larian. Berlari sejauh 3.4km (bila check hp, guna apps utk kiraan jarak, rupanya lebih dari 3km kami berlari). Tiada had masa.

baton yang digunakan

baton yang digunakan

menunggu peserta pertama habiskan larian..

menunggu peserta pertama habiskan larian..

Larian bermula petang. Register pukul 2-3 petang. Tapi kami sampai lambat. Nasib baik ada kawan yang boleh ambilkan bib. Hari pula hujan. Jadi semua sudah bersedia lari di dalam hujan. Pukul 4 petang, larian pun bermula. Ade 2 group. Pertama, Open category. Group saya lah tu. Group kedua, Mixed category.

Puma..

Puma..

Saya memang tiada persediaan. Tiada sebarang work out. Berharap menjadikan ini seperti acara berjoging atau exercise saja. Sekali.. hah!! Macam nak pengsan. Tahu tak, kami perlu lari naik turun bukit, naik turun  tangga, kemudian naik turun bukit lagi, kemudian naik turun tangga lagi..  (T____T) Siapa sangka nasib larian begini dasyat sekali. Walaupun 3.4km, tapi ia lebih dasyat dari 7km Feel Good Run. Saya memang sudah rasa nak pitam.. (*_*)

Tapi mengenangkan amaran Pae yang tak bagi saya lari lebih dari 1 jam, kelam kabut saya cuba juga lari sedaya upaya. Okay tipu. Tak lari sepanjang masa pun. Lepas naik satu bukit dan sebuah tangga, saya dah rasa mata berpinar-pinar. Lalu terus berjalan saja. Cuba jalan selaju mungkin. Memang ramai yang potong. Tapi nasiblah lelaki saja. Kalau perempuan, harus semangat pun menurun. Bila larat, saya cuba lari. Tapi baru je lari beberapa meter, tengok-tengok dah nampak bukit. Baru je nak lari turun bukit, tengok-tengok dah nampak tangga. Ya Allah.. hazabnya..

Akhirnya, setelah collect reben biru, barulah sampai ke garisan penamat. Nasib baik sudah simpan tenaga dipertengahan jalan. Jadi masa nak sampai tu saya pun berlari. Nasib baik cuma ada 2 perempuan saja yang potong saya. Dan di belakang saya ada peserta yang sama level dengan saya, jadi saya pasti group kami bukan group yang terakhir! Heh.

Peserta terakhir..

Peserta terakhir dalam group kami..

Gambar di sana sini..

Gambar di sana sini..

2013-08-31 18.55.09

Medal cantik. Tapi tak sangka hazabnya juga boleh tahan. Lesson learn.. jangan under estimate setiap larian. Kene work out jugak dulu.

IMG_20130901_133901

Sekian kisah pengalaman larian saya. Mungkin akan lari lagi. Tapi bukan secara serious. Kita main-main saja. HAHA. Saya tak minat lah lari. Untuk seronok-seronok saja bolehlah.

Regards,

~Ha~