Saya tukar themes lagi. Saja tukar sebab boring. Bila boring, mulalah mencari pekerjaan yang orang tak suruh buat. Yang suruh buat taknak buat. Harap themes cheerful ini bakal men-cheer-kan saya.

Tadi sudah pergi ke PTPTN. Baru selesai hantar borang permohonan pengesahan baki dan borang permohonan bayaran melalui KWSP. Ingatkan nak tulis cerita pasal ni. Tapi tiba-tiba takde mood. Dan jugak kekurangan maklumat. Jadi saya nak cerita pasal lainlah.

Tadi saya pergi solat Zohor di surau. Lepas solat tu, saya baring-baring sekejap. Ntah kenapa sakit perut lah pulak. Beberapa hari sebelum ni puasa okay saja. Takkan tiba-tiba mahu gastrik pulak?

Tak sampai seminit saya berbaring, ada kakak cleaner masuk. Heheh. Terus saya bangun. Segan lah pulak nak tidur bila ada orang. Lepas tu kakak yang peramah ni terus bersembang-sembang dengan saya.

Macam tak percaya saya dengar cerita kakak ni. Asalnya dia tanya saya dah kahwin ke belum lah. Haih.. soalan cepu cemas btul!😛

Lepas tu kakak tu pun cerita pasal diri dia. Kakak tu asal Surabaya. Dia bertunang masa umur 6 tahun lagi. :O Berapa kali bertunang tak jadi. Oh, dia cakap dia tak tahu pun dia bertunang. Kiranya mak sama mak punya kiralah ni. Akhirnya, umur 14 tahun kahwin. Hoho. Saya masa tu tengah melompat-lompat lagi kot! Okay.. tingkatan 2 tak mungkinlah melompat-lompat sangat. HAHA. Tapi mungkin masa tu saya tengah stress sebab makcik dan pakcik saya asyik suruh belajar rajin-rajin masuk boarding school. Huhu.

Kata kakak tu, dia tak kenal pun suami dia. Tapi suami dia tu adalah nampak dia sebelum tu. Siap cakap, biasalah lelaki, playboy!😛 Lepas tu cakap dekat mak dia berkenan dengan seorang perempuan.

“Orangnya taklah cantik, tapi ada ciri-ciri perempuan sopan.” ~HAHA. siap copy paste ayat kakak tu.

Kakak tu cakap lagi, husband dia tu kata, cari perempuan cantik pun belum tentu serasi (okay.. ayat ni saya edit skit sebab tak ingat ayat sebenar). Lebih kurang mengikut pemahaman saya, husband kakak tu pun dah bertunang dua tiga kali jugaklah kot. Ye ke cerita dia neh? Saya plak dah konpius cerita kakak ni. Maklumlah, saya bukannya pandai bahasa Indonesia. Kakak tu yang bertunang 2-3 kali ke, ke husband dia? Ke memang dua-dua pun bertunang 2-3 kali? HAHAH. Takpe, part tu tak penting sangat. Yang penting kakak tu dah kahwin dan dah ada 2 anak.

By the way, kakak tu datang sini dengan suami dia, and anak diorang mak dia jaga kat Indon.

Sebab nak elak kakak tu tanya soalan banyak-banyak lagi, so saya tanya lagi soalan, siapa yang suruh dia datang kerja kat sini.

Konpius sikit jawapan kakak ni. Jawapan dia:

1. Kita ini mengikut jemaah – masa tu saya fikir, kakak ni masuk kumpulan ajaran mana pulak. :O Tapi bila lama-lama sembang saya rasa mungkin maksud dia, dia ikut suami dia datang sini.

2. Kita datang sini mencari rezeki yang halal.

3. Suami dia ajak pergi merantau Malaysia, tengok Malaysia ni macam mana. Suami dia pun tak pernah datang Malaysia. Siap cakap Malaysia ni banyak hutan. HAHA. Bukan Indonesia lagi banyak hutan ke? Lepas tu siap cakap, dulu bibik (sape plak bibik neh? makcik sedara-mara dia kot..) cakap Malaysia bukan macam ni. Dulu tak ada bandar. Sekarang ni dah banyak bandar. Dulu lagi banyak hutan. Haihh.. kakak ni rasa Indonesia lagi maju ke? Dah macam Malaysia ni baru nak membangun plak. HAHA. Tak kesah la kakak…

Korang rasa, apa moral of the story?😉 Kakak tu asyik nasihat je, jodoh tu ketentuan Tuhan. Ye kak, saya paham. (-_-)

Dan saya rasa juga, kakak cleaner tu silap-silap lagi muda dari saya! HAHA.

images

Regards,

~Ha~