Hari ini hari terakhir bercuti. Esok dah tak boleh nak bergolek-golek atas katil lepas Subuh. Berakhirlah sudah sebuah kegembiraan. (T_T)

Walaubagaimanapun, saya pulang ke KL dengan sebuah azam. Ingin mengubah kehidupan. HAHA. ~Apa lah aku merepek ni.

Memang telah menanam azam pun. Harap azam ini dapat hidup dan berdaun dan berbunga. Harap saya tak terlupa siram dan baca pokok azam ni. Harap sejenis pokok azam ni tak mati bila lalang atau rumput kemalasan dan serangga keseronokkan datang menyerang.

Okay, mari lihat apa pokok azam saya!

1. Ingin melangsaikan hutang PTPTN.

Nampak saya macam tak kesah, sebab setiap kali balik kampung, pakcik tanya-tanya, saya jawab secara lebih kurang saja. Tapi ia memang sesuatu yang menstresskan. Stress sampai kadang-kadang tidur pun boleh terganggu. Jantung jadi berdebar-debar. Hati langsung tak tenang. Samalah macam dalam iklan tu. Haih.. hutang memang sesuatu yang merunsingkan!

Kalau saya kaya, memang saya bayar lamsam saja PTPTN durjana itu. Tapi begitulah kehidupan. Duit tu adakala cukup bayar PTPTN, kadang-kadang tetiba saja short di sana sini. Sungguh men-sampah!

Jadi saya fikir nak menggunakan peluang offer 20% diskaun kalau buat bayaran penuh tahun ni. Tak lama lagi saja tawaran tu akan di tutup. Bulan September ni. Harap saya sempat lah!

PTPTNaa

2. Menguruskan Goodie Beg Reunion.

HAHA. Kerja yang bertangguh-tangguh memanglah sampai bila-bila tak siap. Baiklah. Esok saya MESTI pos barang-barang tu!

3. Minta kerja lain

Ini sebuah usaha. Tak pasti akan kejayaannya. Maksu cakap tempat dia nak pakai orang, jadi esok nak hantar resume. Harap-harap usaha saya akan membuat hasil.

job1

4. Baca Al-Quran

Saya memang teruk. HUHU. Baca Quran pun celup-celup. Sekali baca, sebulan lepas tu baru nak baca pulak. Asyik kejar duniawi saja. Kerja tu sampai bila-bila pun tak habis! Jadi, saya mahu lebih konsisten membaca Al-Quran. Saya akan cuba tinggalkan saja kerja bila sampai waktu saya mahu baca Al-Quran. Kalau dia datang juga, nyah kau kerja dari kehidupan aku. HAHA.πŸ˜€

Takdelah sampai macam tu. Kerja tu pun kan ibadah. Tapi saya tak mahu dia mengganggu cita-cita saya ini.

quran

5. Makan sayur dan buah.

HAHAH. Ni pun dikira azam kah?? Ntah lah. Boleh lah jugak. Sebab saya teringin nak masak sendiri sayur. Memakan sayur yang dimasak di kedai makan adalah tidak memenuhi citarasa saya. Balik-balik goreng. Goreng goreng goreng. Jadi saya mahu masak sendiri ikut macam mana saya nak makan!

Makan buah pula tak lah memerlukan effort memasak, tapi cuma memerlukan saya locate sedikit masa saja.

Tapi, cita-cita yang kecil ni memerlukan pengorbanan yang besar. Besar mana? Besar tak brapa nak besar lah, cuma saya perlu pulang kerja on time. HAHA. Mari gelak. Macam sesuatu yang sangat mustahil saja. Takpe. Kita cuba dulu. Mana lah tahu. Tuhan permudahkan urusan saya, kan?πŸ˜‰

vege1

6. Gitar

Saya mahu belajar sampai boleh main sebuah dua lagu kesukaan. Sekarang saya langsung tak ingat apa yang saya belajar 4 bulan sudah, sebab yang sangat klise, saya sibuk bekerja. Sibuk sampai saya langsung tak ingat di mana gitar saya. HAHA. Taklah, ada je kat tepi katil ni. Lalu ia terbiar macam melukut di tepi gantang. HAHA. Kesian sebuah gitar kesayangan. Tapi sayang saja, pandai gunanya tidak. Sebuah kerugian! Haih..

guitar girl 1

Okaylah. Sampai sini dulu. Nak pergi keluar buka puasa. Sebenarnya ada banyak lagi yang saya cita-citakan. Tapi biarlah dulu. Kita bermula dengan yang kecil ni dulu. Harap langkah yang kecil ni akan membawa kepada langkah yang lebih besar!

Regards,

~Ha~