Ditulis dari aplikasi adroid. Wow.. first time nk cuba ni. Perasaan? Rasa macam tengah sms. HAHA. ini pun dah berapa kali betulkan ejaan, sebab tertaip bahasa sms. Haih..

Raya pertama di Pangkor, raya ke 2 di Taiping. Itu cerita raya saya. In details,  ia sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau raya pertama itu di Pangkor, saya akan pulang sehari dua lebih awal untuk berpuasa bersama keluarga. Jadi, saya takkan pulang diminggu-minggu puasa sebelumnya. Dan saya akan locate 1 minggu puasa untuk pulang berbuka di Taiping. Begitulah sebaliknya. Haih.. itu belum berkahwin. Dah kahwin nanti, kene bahagi 3 lah nampaknya. Haha. Nasib baiklah Pangkor dan Taiping tu tak jauh.

Tapi, semalam waktu drive dari Lumut ke Taiping, rasa macam boring pulak drive sorang-sorang. Sampai bila agaknya nak drive sorang-sorang neh? Semua orang tanya bila? Bila? Jangan kan mereka.. saya pun tertanya-tanya sendiri, bila? Semua orang cakap saya banyak checklist lah, jual mahal lah, memilih lah. Percayalah.. ia tak sesusah itu. Hahah. Sebenarnya, saya ni boyfriend tak pernah ada. Jadi mana ada susah dan dilema sampai macam tu sekali. Kalau masalah pun, satu saja. Calon yang tak pernah ada. Huhu.

Haa.. kalau saya cakap macam tuh, mesti ramai suruh saya approach dulu. Yang itu susah skit. Saya tak reti nak approach-approach ni. Dan tak tahu nak approach siapa. Baiklah. Ini terlalu kompleks untuk difikirkan. Mari kita fikir pasal raya sajalah. Yang ini kita fikir kemudian.😉

So.. apa nak cerita pasal raya. Saya sudah ada 3 adik ipar. 2 lelaki, sorang perempuan. Jadi jenuh la juga nak pakai tudung sepanjang masa, sampai malam2 pun kene pakai tudung dalam rumah. Nasib baik ade geng pakai tudung jugak, iaitu adik2 ku yg 2 org tu. Anak sedara pulak 3 orang, semua lelaki. Hadoi.. pening. Bukan pening diorg ni yang buat bising, tapi bising budak2 kampung ni yang dok datang umah main dengan budak2 ni.

1 more anak sedara coming soon. Soon tak soon sangat la. 8 bulan lagi. Heh. Walaupun jumpa setahun sekali je dengan mak sedara diorg ni, nasib baik la bila jumpa sehari dah boleh mesra. Tiba-tiba senang je jatuh sayang dengan diorang. Mesti korang nak cakap naluri perempuan suka budak2 kan? Haha. Tak jugak sebenarnya. Geram je tengok budak2 degil. Tak suka kalau budak2 suka melawan cakap and over. Mula la fikir parents budak2 ni tak ajar hormat orang tua ke. Haha. Over tak saya? Tulah. Tapi takdelah pegi marah bebudak tu. Geram di kejauhan jelah. Hahah. :p

Okaylah. Rasa cukuplah kot. Layan gambar lah pulak kan. Walaupun takde lah banyak mana.

image

image

image

image

image

image

image

image

Regards,
-Ha-