Last preparation for Raya:

  1. Servis kereta
  2. Tukar duit raya
  3. Pos Laju barang-barang reunion
  4. Deliver barang reunion at Bukit Kiara
  5. Shopping a few barang keperluan
  6. Shopping tudung raya
  7. Ambil casing hp

Salam kawan-kawan. Kelihatan macam saya buat persiapan last minit kan. Huhu. Ye dan tidak. Ade yang tak disengajakan. Ade tu memang salah saya.

Servis Kereta

Hadoi cemaner la boleh tak perasan pulak millage dah 90k. Itu pun baru perasan Jumaat lepas. Nak tunggu lepas raya, memang tak sempat la. Mesti akan 1k lebih dari millage yang sepatutnya diservis. Lagipun, nak jalan jauh ni, eloklah juga buat servis. Tengok-tengok bateri kereta kena tukar. Bagus tu memang bagus. Tapi melayang la RM200. Hoi hoi..

IMG-20130805-WA0001

keretaku disebalik kancil, sedang diservis

Tukar Duit Raya

Sebenarnya, ni bukan lah last minute plan. Dua minggu lepas dah mintak cousin yang kerja bank tolong tukarkan duit. Tapi saya pun terlupa nak follow up, rupa-rupanya dah tak dapat tukar dah.

Tapi saya pergi tukar kat Maybank Setiawangsa, RM5 ke atas masih boleh di tukar. Tapi saya nak la jugak tukar RM1. Apahal pulak bagi budak-budak yang datang tu sampai RM5. Bengkok la macam tu. Lepas raya tu, ade lebih kurang 18 hari lagi kehidupan nak dilalui sebelum dapat gaji. Ade jugak yang makan pasir balik KL nanti. Hoho.

Pos Laju

Ini bukan persiapan raya. Tapi tugasan ni sepatutnya dah disiapkan berkurun-kurun dulu (Read: berkurun = 2 bulan). Jadi macam ingat nak settle kan semua barang-barang yang dah berumahtangga dalam bonet tu. Kemana-mana pun dok angkut la goodie beg reunion tuh.

Padahalnya, bukan banyak pun nk kene pos. Untuk 2 orang je pun. Tapi saya tak sempat juga poskan barang-barang tu. Nampaknya macam lepas raya jelah goodie beg tu berjaya di pos.

goodie beg

Deliver Goodie beg ke Bukit Kiara

Ni pun berkisar pasal perkara di atas tapi yang ni deliver by hand. Itu pun kalau tak kerana pakcik ni beria cakap nak pakai buat baju raya (ntah ye ke tak.. tak kisah la!) harus jugak urusan ni bertangguh lagi. Yelah. Macam berpusing KL dah tadi. Dari servis kereta kat keramat, singgah Bukit Kiara, padahal lepas tu nak pergi Putrajaya. Tak ke berpusing-pusing?

Shopping barang keperluan

Dah try nak beli semalam, tapi bapak la ramainya manusia di jalanan. Barang-barang pun habis kat Pharmacy’s Store tu. Boleh blah tak? Hari ni kira percubaan ke-2 nak beli barang. Kalau tak berjaya jugak, balik kampung la nanti baru beli.

Shopping Tudung Raya

Definitely last minute. Ntah macam mana bleh tak perasan baju takde tudung. Pun ade rasa doubt bleh beli tudung ni. Ke saya pakai tudung lama. Yang koyak kat sebelah dalam tuh. Hehe.😛

Ambil Casing hp

Ni saya yang semangat terlebih nak pakai casing baru. Boleh je nak tunggu-tunggu lepas raya. Tulah.. semalam tak pergi ambil. Tapi semalam dah letih sangat travel dari Ipoh. Duhh.. sendiri cari masalah, sendiri tanggung la kan. Heh.

Sekian update.

Regards,

~Ha~