Salam Ramadhan!

Dah masuk 7 Ramadhan.

R7

credit to Brotherhood Arts

Wow.. rasanya inilah antara jarak waktu yang sangat lama tak update blog ni. Ye ke? Jap nk g confirmkan. Eh. Takdelah lama sangat. Baru 3 minggu lebih je. HAHA. Dramatik btul! Macam lah dah berbulan-bulan tak tulis blog.

Macam mana puasa korang? Ramadhan saya bermula dengan sangat perlahan. Yang perlahan tu maksud saya penghayatan Ramadhan. Ntahlah. Nasib baik 1 Ramadhan makcik saya dari Taiping ada di KL. Maka selama 5 hari saya berjaya membuat solat terawih 8 rakaat. Mereka balik saja Taiping, dah 2 hari tak buat terawih. Apakah!! Niat di hati nak buat, tapi bila sampai ja waktu isyak, tetiba saja rasa tak larat. Nak salahkan syaitan pun tak bleh sebab diorang dah kene ikat. Nampaknya terpaksalah salahkan diri sendiri. Huhu.

Walaubagaimanapun.. ~wah ayat aku, dah macam karangan bahasa Melayu! start puasa neh, produktiviti kerja pulak bukan main hebat lagi. Ntah kenapa, 1 Ramadhan tulah saya kena buat simulation untuk hospital. Nak pulak bangunan ni 1 lif je berfungsi dan punya la lama tunggu dia amik kat setiap level, terus mengambil alternatif guna tangga je bila nak turun level. Turun naik turun naik hospital, memang boleh mebuahkan lelah. Hoho. Bila masuk Ramadhan kena buat extra exercise plak. Tapi takpelah, saya sabarkan diri sajalah.

What else nak cerita. Trafik! HOHO. Trafik kat KL ni memang boleh buat orang menangis. Masa makcik saya ada minggu lepas, saya terpaksa balik awal untuk berbuka dengan diorang. Tau pukul brape saya balik? Pukul 4 petang saya dah cabut. Bapaklah awal! Terpaksa la minta maaf kan kawan-kawan sebab balik awal. Itupun, saya still terperangkap kat traffic jammed 2 jam jugak. (T__T) Tapi saya ada teori pasal trafik nih. Saya rasa, kalau saya balik KL pukul 6.45 ke 7 petang, mesti jalan dah lengang sebab semua orang dah ready dah depan juadah berbuka puasa. Semalam saya balik Kajang pukul 6 petang pun jalan dah lengang. Tapi teori ni tak terbukti lagi sebab saya tak cuba lagi. Tengok la dalam esok lusa saya akan cuba buat. Provided saya kena beli makanan awal-awal lah sebelum balik. Sebab kalau saya sampai rumah on time pun mesti dah masuk waktu. Dan ada kemungkinan juga saya terpaksa berbuka dalam kereta je. Huhu.

Okaylah. Kerja banyak ni. Macam-macam nak buat. Ade satu ketika dulu, momentum keje menurun, banyak keje pun saya macam tak larat nak buat. Sekarang ni dah okay, jadi kene guna la peluang ni siapkan semua keje. Whatsapp pun tak sempat check dah. Lama-lama esok, ada jugak saya leave je group-group yang ada tuh. HAHAH.😀

Salam Ramadhan sekali lagi. Semoga kita dapat memperbanyakkan dan menpertingkatkan kualiti ibadah!😉

ramadan-daily-checklist-wallpaper-1280x720

Regards,

~Ha~