BEEKS_COVER

No.

NO!!

I’m not PMS. Heh. Tolong lah, takkan lah mood swing je kene fikir PMS.😛 Woman kan memang macam tu. Mood selalu swing.😉 Tak perlu nak tunggu PMS baru mood menjadi huru hara. HAHA.😀

Anyway, semua itu tentulah bersebab. Sebabnya, saya kena assign balik untuk projek Temerloh. Oh my oh my. Fikir pun dah sakit otak!

The funny part is, sebab kerja pun, saya boleh ter-swing emosi dengan benda-benda lain. Contohnya gambar dan fb. Melampau sangat kan?

***

Lately ni, rasa macam dah susah nak cari entry yang ada ‘jiwa’. Kebanyakkannya semua blog sebab nak cari duit. Atau sebab ikut-ikutan. Jadi entry asyik nak promote barang je. Or plagiat orang lain. Ada jugak la yang memang blog sebab nak kongsi cerita, tapi cara penulisan kurang ‘masuk’ dengan saya.

Saya rindu orang-orang yang pandai menulis blog. Yang tulisannya bukan nak buat kelakar sangat, tapi boleh buat saya tersenyum sepanjang hari. Yang berkongsi cerita secara jujur, bukan sekadar nak lakukan produk. Yang boleh berkongsi gambar, tapi janganlah buat sekadar tangkap muat saja.

Baiklah, permintaan saya ni mungkin terlalu melampau! HAHA. Kau fikir semua orang sama taste macam kau ke Ha! Kalau kau tak suka, ramai lagi orang baca blog dia. Huhu. Beremosi sendiri. Memanglah..😛

Tapi bila dah jarang baca blog yang menarik, saya pun jadi tak ter- inspired nak buat entry. HAHA. Nampak tak tengah salahkan orang lain padahal sendiri yang pemalas nak tulis blog.😛

***

Tadi saya pergi interview. Huhu. Saya tak pasti nasib interview ni. Dari segi pengalaman bekerja, mungkin point saya banyak di situ. Tapi bila sebut pasal expectation salary, haih.. Takkan la banyak sangat gaji saya mintak? Tak sampai pun 20% pun dari gaji sekarang.

Tapi tadi takdelah diorang cakap apa-apa pun tadi. Tunggu jelah time negotiable tu nanti, Tu pun kalau saya masuk short listed la.

Regards,

~Ha~