Salam kawan-kawan..

Tak.. saya bukan dah pindah keje. Belum lagi. Saya cuma berpindah ke tempat kerja baru. Yang masih under construction. Banyak rules kena ikut. Tak boleh bawak makanan (tapi selalu je seludup masuk.. hehe), boleh masuk dalam pukul 9-6 ptg saja, pakaian kena proper, ade tempat tak boleh masuk, keluar masuk kena check, beg pun selalu kena check dan banyak pekerja construction aka foreigner aka pekerja bangladesh. Eh.. lately dah jarang nampak pekerja indonesia? Mungkin saya tak perati lebih. Huhu.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Tapi tengah amik mood. Takkan tak tahu saya. Hehe. 1 entry usually will lead to many more entries to come.😛 Jadi mari kita bermula dengan yang satu ni dulu.

Nak cerita pasal Trip Singapore. Nak cerita pasal training-training sebelum ke Rinjani. Dan akhir sekali nak cerita pasal Trip Rinjani. Saya dah balik dari Trip Rinjani, yeay!! Alhamdulillah.. lega rasa. Sebenarnya macam tak percaya. Tapi kalau nak kira tak percaya.. semua gunung pun saya tak percaya saya boleh naik. Terima kasih la kepada kawan-kawan yang bagi moral support macam nak gila. Walaupun kadang-kadang gurauan diorg kasar dan pedih juga nak mendengar, hati diorang memang baik (aku harap la.. HAHA. Ade perasaan doubt lagi tu!)

Balik Rinjani, diet agak huru-hara. Kejap tak breakfast, kejap tak lunch, kejap 1 meal cover dari pagi sampai malam, air kurang minum dan macam-macam benda saya buat. Baik, saya insaf. Jadi perlu kembali ke kehidupan yang lebih baik dan sihat. Perkara pertama adalah membaikkan kaki ni dulu! Ni dah macam orang cacat dah berjalan, terhencut-hencut!

Sekian dulu. Bila dah start ni, insya Allah, ade la entry follow up. Ameen..!!

Regards,

~Ha~