Tags

Salam para sahabat..

Saya jumpa video ini dalam facebook, yang saya rasa nak share dengan semua. Saya tak bermaksud nak bercakap politik di sini, dan saya harap video ini kita lebih tumpukan bermuhasabah dalam menjalani kehidupan kita seharian.

Saya nak highlight beberapa perkara untuk diri saya:

1. Mengajak dulu kepada perkara kebaikkan – saya jarang ajak orang ke arah kebaikkan kalau saya tak suka orang tu. Saya akan terus ignore kehadiran dia. Tapi Ustaz Don cakap, di akhirat nanti, kita akan ditanya kenapa kita tak berbuat sesuatu kepada orang itu supaya  dia kembali kepada kebaikkan, sebaliknya terus memulaukan orang tu.

2. Menegah kepada perkara kemungkaran – yang ini betul tapi biarlah dilakukan dengan cara beradab. Jadi saya nak pergi minta maaf kat kawan-kawan saya kat opis tu. Saya selalu marah-marah mereka sesuka hati sebab mereka buat salah. Saya pun salah sebab saya pun mulut tak jaga!

Semoga kita menjadi lebih baik dari hari semalam. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ni akan dihisab di di akhirat nanti..

Regards,

~Ha~