Salam..

Bila hujung bulan (aka gaji masuk), saya memang terasa super sibuk. Banyak perkara perlu diuruskan, sampai selalu rasa sangat penat secara mentally (oh my english!). Padahal saya bayar bil dan hutang-piutang adalah secara online saja pun. Tak sampai separuh hari dah siap..🙂 dan duit dalam bank pun dah hampir ‘kosong’!😦 Huhuhu.

Tapi saya rasa, kaedah saya ni pun tak bagus lagi. Sebab masa satu hari ni saja nampak saya begitu well plan dengan duit saya, padahal pada hari-hari yang lainnya, saya belanja ikut suka hati macam duit-tu-hari-hari-turun-dari-langit. Hewhewhew.

Jadi sempena dengan.. sempena dengan..

Okay takde sempena sebab yang istimewa pun cuma tiba-tiba dah dapat hidayah dari tuhan saja, saya rasa saya mahu ubah skit gaya mengurusan wang saya. Macam tak brapa nak consistent dan effective. Kita kena polish bagi jadi lagi efektif lagi.

My tools:

1. 6 Jars Management excel sheet

Terima kasih kepada kawan saya, Sara, sebab dia yang share pasal benda ni. Ia merupakan cara pengurusan wang supaya takdelah kau belanja belanja belanja, bila tengah bulan baru kau perasan hutang tak habis bayar tapi duit dah habis. Selain tu, ia juga boleh membantu kita nampak kemana duit kita banyak dihabiskan.

Kalau nak lebih berkesan, masukkanlah dalam excel, simple-simple pun takpe. Barulah nampak skit!

Sebenarnya, mungkin ada banyak lagi cara lain untuk pengurusan wang kita, tapi saya rasa yang ni pun dah okay.

Boleh google cari pasal 6 Jars Management System ni.

2. Daily Note Book

Ini pulak untuk saya rekod perbelanjaan harian saya. Ni tak semestinya pakai buku. Kalau nak rekod pakai hp atau komputer pun bleh. Tapi, oleh sebab saya ni suka menulis, dan saya pun sekarang dah takde banyak sebab nak guna pen dan kertas, saya amik peluang ni main tulis-tulis dan lukis-lukis. Heh! 😀

Sebenarnya dah lama saya bercita-cita nak buat benda ni tapi selalunya sekerat jalan je. Masuk hari ke-3 saya dah lupa nak buat. Jadi kali ni kena lagi betul-betul consistence.

Saya pernah dengar, kalau kita nak tengok berapa banyak kita spend dalam sebulan, kita sebenarnya kena tulis semua aktiviti duit kita hatta 5sen, dan kena monitor aktiviti tu dalam masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Barulah kita boleh nampak berapa banyak wang yang kita belanjakan sebenarnya! ~saya tak boleh nak komen lagi sebab saya baru buat 2 hari. HAHA.

3. 2013 Planner

Ni sebenarnya takdelah kena mengena dengan duit sangat pun, tapi lebih kepada saya boleh manage keadaan diri saya. HAHA. Bukan tak tahu yang saya ni hidup bergelandangan. Sekejap di sana, sekejap di sini. Itu belum lagi plan trip mahupun ad-hoc trip. Kawan-kawan rapat saya pun selalu tak bleh teka hari ni saya kat mana. Bak kata mereka semuanya mungkin.

Jadi bila ade planner, saya pun nampak jugaklah keadaan diri saya. Kalau dah nampak duit banyak sangat keluar bulan ni, mungkin saya patut tengok manalah saya pergi sampai duit banyak sangat keluar nih. Heh!

Banyak sebenarnya saya nak kena buat nih. Bulan ni ade lebih sibuk skit dari bulan yang lain-lain. Meh tengok apa major things saya kena buat:

1. Pay Bills

2. Submit claims

3. Submit e-Filling (income taxes)

Ade lagilah benda lain nak kena buat, tapi yang ni yang common skit la dengan semua orang. Kang saya pegi tulis nak close account bank, macam too details la sangat kan.

Tapi yang saya nak highlight tu yang No. 3 tu. Silalah pegi buat e-Filling anda. Macam company saya, dia terus tolak dari salary. Habis banyak duit gaji saya kena tolak dengan income taxes. Lagilah saya semangat nak claim. Banyak tu! Heh.

my note book, planner and bills on top of my laptop..

my note book, planner and bills on top of my laptop..

Regards,

~Ha~