Saya di Taiping sekarang ni. Balik kampung setelah berbulan-bulan duduk di KL.

Honestly, ini adalah percutian paling terbaik. Lebih baik dari Singapura yang saya pergi minggu lepas.

Rileks sungguh saya di kampung. Dan paling penting, saya boleh buat semua benda yang saya tak sempat nak buat semasa kerja.

Saya main what’s app, main fb, buat entri blog, baca buku, tidur, makan dengan kadar yang banyak dan melepak tak buat apa-apa. Ini barulah namanya bercuti!

Saya sampai tak keluar rumah pun. Okay, keluar sekejap, pergi sarapan di luar, pergi pasar dan pergi beli barang, dan semua saya lakukan bersama family. Kawan saya Nadia pun tak sempat saya melawat. Tak apa, lain kali, saya pergi melawat.

Saya fikir, lain kali kalau saya rasa kusut, saya nak balik kampung sajalah menenangkan jiwa.

Tapi masalahnya, saya macam tak rela nak balik KL pulak nih. Haihh..

Regards,

~Ha~