Tags

Sudah seminggu majlis adik saya berlalu, tapi saya masih tak sempat nak update. Cuma sekadar update gambar di fb. Material semua dah ada. Cuma masa saja yang tak ada.

Kebetulan sebaik saja habis cuti, saya perlu bagi UAT Training kepada user. Sungguh kelam kabut dan berdebar, langsung tak sempat nak hadap internet secara berlebihan. Alhamdulillah, training berlangsung dengan baik! Dengan tiada persediaan banyak, saya patut bersyukur kalau user semua tenang-tenang je.😉

Tapi sekarang sudah ada masa, saya update lah secara ‘lebih kurang’.

11 February 2013 (Jumaat)

Saya sudah mula bercuti. Saya mulakan perjalanan seawal 5.15 pagi. Saya sengaja gerak awal, sebab saya membawa ‘Rombongan Cik Kiah’ sekali. Huh.. kalau rombongan seramai 5 org, memang agak susah sebenarnya nak manage masa. Jadi lebih baik bersedia dari awal. Contohnya masa perjalanan. Boleh saja saya nak gerak selepas Subuh. Tapi nak tunggu kelima-lima orang siap selepas Subuh, ada kemungkinan perjalanan akan bermula pukul 7 lebih. Dah pastilah, saya bakal menempuh kesesakkan lalu lintas. Biar start awal, lepas tu kita singgah saja di RNR Rawang dan solat Subuh. Itu lebih baik.

20130111_070722(0)

RNR Rawang selepas Subuh

Alhamdulillah perjalanan juga baik. Saya sampai di Lumut dalam pukul 9.45 pagi. Naik bot dalam pukul 10 lebih.

20130111_090334

20130111_103954Tapi yang tak seronoknya, sebaik saja saya sampai di rumah, mak dan abah dah bersiap-siap nak keluar ke Lumut, sebab nak beli persiapan akhir barang kenduri! Apakah?? Habis saya nak buat apa di rumah. Saya ingat boleh la saya duduk di homestay untuk family, tapi kunci tak dapat lagi. Oh.. sungguh tension betul. Padahal saya plan petang tu saya nak siapkan kerja sampai habis, sebelum fokus pada kenduri. Iskh iskh iskh..

20130111_175431

Ini saja manusia yang ada masa abah dan mak pergi beli barang..

Akhirnya, lewat petang baru kami dapat masuk homestay tu. So malam tu saya tak menolong di rumah, cuma duduk di homestay menghabiskan kerja.

12 Februari 2013 (Sabtu)

Hari ni akad nikah adik. Berbanding majlis akad nikah Ayu dulu, saya tak pergi pun majlis akad nikah Nurul. Bila sampai rumah, pengantin dah balik dan sedang buat photoshoot. Selepas tu saya pun sibuk-sibuk dengan persiapan memasak. Sebenarnya bukanlah saya pergi memasak pun. Tapi oleh sebab kerja masak-memasak ni dibuat di rumah dan secara gotong royong, jadi barang-barang yang nak di masak perlu diuruskan oleh ahli keluarga.

20130112_11480820130112_114835Petangnya, saya menguruskan homestay untuk family yang datang dari luar. Masa banyak dihabiskan di luar. Jadi sekali lagi saya tak involve dengan acara masak memasak di waktu malam.

20130112_18552420130112_185602

The cousins

The cousins

13 Februari 2013 (Ahad)

Saya sempat bawa sedara mara yang datang pergi ke mandi laut. Kesian juga mereka, datang sekali sekala di Pangkor, tentulah nak mandi laut. Tapi kemudian saya balik awal, dan terus balik rumah mak.

20130113_084823

burung Enggang ni memang banyak kat Pangkor.. so nnt jgn heran sgt kalo nmpk burung ni..

suddenly I realise that I don’t have their pics in pelamin.. huhuhu..I’m too sibuk kat luar rupanya..

suddenly I realise that I don’t have their pics in pelamin.. huhuhu..I’m too sibuk kat luar rupanya..

Majlis berjalan lancar, walaupun lauk cepat habis! huhuh.. Mungkin gulai siput sepah adalah sesuatu yang sangat ‘rare’, jadi ia mendapat sambutan yang hebat kot.

20130113_170257

Malam tu saya decide nak tidur di chalet, sebab kesian kat Mak Lang. Katil di homestay tu bukanlah selesa sangat, lagi pulak, seharian dia di rumah kenduri, tak dapat rehat yang cukup.

14 Februari 2013 (Isnin)

Masa untuk pulang. Kalau ikut, saya mahu pulang awal. Tapi Keperluan ahli rombongan perlu juga diambil peduli. Akhirnya, pukul 4 petang baru betolak dari Lumut. HAHA.. Berjalan di sekitar Lumut saja pun mengambil masa sampai 4 jam. Beli barangan seafood, solat dan makan-makan di Jusco ~yeee.. Lumut sudah ada Jusco, Tesco dan Giant.. sampai aku pun tatau nak pilih pasaraya yang mana paling sejuk! Maklumla.. Lumut kan panas.. HAHAHA.. :D~

20130114_12085420130114_125126

Oleh sebab Mak Lang puasa sunat Isnin, kami singgah di Restoran Jejantas beli makanan. Lepas tu singgah merata-rata. Saya hantar dan ambil baju di laundry. ~okay.. aku tau hantar laundry sesuatu yang sangat tak rajin, tapi terpaksa kot. Tak sempat dowh nak basuh baju kat rumah time weekend, selain asyik kena berebut penyidai je dengan cousin (housemate). Dan tak boleh la nak bagi cousin (anak-anak Mak Lang) basuh baju sebab macam rasa tak appropriate la sangat. Dah la aku menumpang kat umah diorang. *Eh ayat defensive gila :P*~

Lepas tu pergi mana tah lagi. Solat Maghrib kot. Beli dinner. Akhirnya, betul-betul berada di rumah pukul 10 malam. Hoi hoi. Esoknya saya ade training. Preparation ape pun tak buat, so kenalah pergi kerja awal.

Tapi oleh sebab nervous, esok bangun pagi dengan lancar. Setelah berdoa dan bertawakkal, alhamdulillah, itu yang semuanya berjalan lancar.

Terima kasih Tuhan. Jazakallah!

P/S: Sebenarnya, ini adalah kenduri yang paling saya tak involve. Saya pun memang dah agak dah, sebaik saja mak cakap saya perlu stay di homestay. Apa nak buat. Susah jugak nak ulang alik, terutamanya bila takde kenderaan.

Regards,

~Ha~