29 Disember 2012 (Saturday)

HAHA. Macam kelakar. Tempat lain kemain lagi beria pergi panjat. Tapi Broga kat Semenyih ni pun tak lepas! Huhu. Nanti.. saya ada penjelasan!

Broga5

Walaupun ini pertama kali sampai puncak, tapi trip ke-2 pergi ke Bukit Broga. Saya dah pernah sampai dah. Cuma tak sampai puncak yang kena panjat batu tu je. Gunung Tok Wan? Hmm.. yang tu lagi takyah cerita la. Memang tak pernah la. Cumanya masa tu, kalau tak silap saya tu adalah first work out untuk training ke Kinabalu, setelah stop berbulan-bulan. So, terus muntah-muntah. Huhuhu.. tu yang cuma sampai puncak yang ke-2 je tuh!

Broga2

Kali ni, Alhamdulillah.. saya sampai ke puncak! Lebih baik dari dulu, lebih baik dari Bukit Saga minggu sebelumnya. Mungkin ini lebih senang. Atau mungkin juga sebab saya dah warm up minggu lepas. Atau mungkin jugak sebab pergi dengan first timer, jadi kredibiliti harus dijaga. HAHAHA. ~Kredibiliti hape tah la. Aku pun sama lambat je dengan diorang! (-_-“)

Broga6

Ada satu sebab kenapa Broga Hill ni tak pernah jadi pilihan kitorang. Sebab ia terlalu ramai manusia. Ramai sampai rasa macam nak nangis! Untunglah saya pernah pergi 2-3 tahun lepas. Dulu lagi cantik dari sekarang. Lalang banyak dan penuh. Laluan mendaki pun kecil je. Lebih banyak hijau dari nampak tanah merah.

Broga3

Sekarang? Laluan nak mendaki pun dah ada sampai 3 paths. Lalang pun kurang. Itupun dulu dah start ramai orang. Dulu ada yang gunakan lalang sebagai laluan untuk menggelongsor bila nak turun. Sekarang lalang pun dah takde. Thanks to Sheikh Muzaffar’s wedding photoshot, dia punya glemer sampai cousin saya yang jogging jarang-jarang sekali tu pun teringin nak panjat Broga jugak. (*_*)

Broga4

Enough said. Kalau nak start work out, saya rasa Broga Hill memang bagus nak cuba. Walaupun tak cantik macam dulu, tapi sebenarnya, masih cantik la jugak.

Broga1

Thanks to kawan Mari Chan for the picture, siap edit-edit bagai!

Regards,

~Ha~