Tags

Salam..

Banyak betul benda saya nak cerita sebenarnya.

Dari cerita benda yang ingin dibeli, ke benda yang dah dibeli, tempat yang ingin saya pergi, tempat yang saya dah pergi, my recent thought, pengajaran dari peristiwa sekeliling dan macam-macam sangatlah.

Tapi.. bila dah ada depan laptop nih, dah tak tahu mana satu saya mula dulu. Last-last, satu pun saya tak cerita. Adeh. Kadang-kadang ‘too many thoughts’ pun boleh menyebabkan kita langsung tak ‘bersuara’.

Jadi, macam mana ni? Makanya.. jadilah entri ini meaningless. Heh. Cakap-cakap kosong sajalah nampaknya. How boring… kan?

Macam kena buat jugak satu tajuk yang sedikit meaningful. Kita cerita pasal… Big Bad Wolf.

Ape tuh. Hokay.. tak payah nak teka teki sangat. Umumnya.. hampir orang kat KL semua tahu apa itu Big Bad Wolf. Ia adalah berupa Pesta Buku besar-besaran dengan harga runtuh yang melampau-lampau. Heh. Ayat.. cam takleh blah.

Tapi memang ada kebenaran. Buku-buku boleh didapati dalam harga RM1, RM3, RM8, RM10, RM12.. dan paling tinggi pun mungkin RM30. So far yang saya nampak RM30 lah paling mahal. Tak pasti kalau ada yang mahal lagi.

Tapi kalau anda suka baca bahan bacaan Melayu, ni macam berita tak berapa menarik. Sumber bahasa Melayu memang skit gila, dah tu publisher cuma dari Creative Enterprise kot. Macam itu publisher lama-lama dulu kot. Tapi takpelah. Itu lebih baik, sebab kalau tahun lepas, langsung takde buku bahasa Melayu. Mana la tau.. 2013 nanti, dia ada lebih banyak publisher untuk buku bahasa Melayu, then satu hari nanti buku agama pun ada jugak, kan?

Tapi.. kalau anda cinta buku dan ilmu pengetahuan yang bukan berbentuk keagamaan.. ini mungkin tempat anda. Saya tak pastilah ia merangkumi semua genre yang minati, tapi genre yang saya minati memang adalah kat sana.

Dalam murah-murah tu,hampir  RM150 jugak la saya habiskan. Saya pergi ahad lepas, selepas Subuh, terima kasih kepada idea bernas diorang membuat event tu 63hours non-stop, dari Jumaat pukul 9 pagi sampai hari Ahad 10 malam. Memang aman damai kot masa sampai pukul 7 pagi tu, tapi orang still ada dah hokay.. Orang KL ni memang takde time tidur yang betul kot! Kawan saya publish gambar kat FB, pukul 2 pagi pun orang ramai macam pukul 2 petang. Apakah???

Baiklah.. saya macam ada cita-cita nak buat review untuk setiap buku yang saya baca. So far saya dah berjaya habiskan 2 buah buku.. yang kecik. Heh. Kecik la mampu habiskan dlm masa 1-2 hari. Dan sekarang tengah baca 2 buah buku sekali gus. Agak tamak kan? Macam.. orang bacalah satu-satu. Ni sekali gus nak baca 2.

Tapi review tu.. saya macam tak berani nak janjikan sangat. Niat di hati memang nak cerita apa yang saya baca. Sebab ia memang sangat best! Tapi kita tengoklah macam mana.. saya ni kan busy mengalahkan makcik anak 10. Huhu.

wolf

MEMBACA JAMBATAN ILMU.😉

Regards,

~Ha~