Salam..

Saya senyap sajakan a few week ni? Hmm.. banyak kerja. Since I’m gonna be quite busy on work days, saya tabahkan hati update skit sekarang, walaupun dah nak masuk pukul 1 pagi.

Saya tak boleh cakap perkara random. Ia akan berakhir dengan saya akan menghasilkan karangan 10,000 patah perkataan, dan saya tidur pukul 5 pagi!

Saya pilih tajuk online shopping.

Oh my.. hari ni buat pertama kali saya bershopping online. Terasa diri sangat jakun. Macam, apa ni apa ni. Akhirnya pergi transfer duit sebelum perbincangan dengan penjual tamat. ??? Oh baru tahu, boleh bayar separuh harga je? Lepas dapat barang, baru bayar sampai habis? Oh.. saya terlupa nak bayar post charge? Baiklah.. saya budak baru belajar! (-_-“)

Saya beli dua benda secara online. Pertama melalui facebook. Kedua pakai shopping cart. Pertama kali beli pakai shopping cart! Wow. Rasa macam hebat sangat dah. (T_T) Orang dah ke planet mana dah.. saya baru nak naik bas menuju ke airport. Perumpamaannya lah. Sangat ketinggalan hokay!!

Tapi lepas tu terus menginsafi diri. Apa aku dah buat ni apa aku dah buat ni? Kenapa aku pegi berjoli-joli ni? Account perbelanjaan bulan ni pun tak setel lagi. Dah ada hati pergi menabur duit di sana sini.

Tak sempat pulak nak selesaikan semua bill malam ni. Kerja office dibawa ke rumah pulak dah. Esok Insya-Allah kita cuba selesaikan. Dah 4hb.. banyak bill tak selesai lagi. Apalah aku nih!!

Dan nervouse jugak ni. Harap-harap barangan sesuai di mata dan di badan saya! Huhu.

shop onlineRegards,

~Ha~