Salam ukhwah..

Sejak Jumaat lepas.. saya ditimpa emosi yang pelbagai. Dari satu berita ke berita yang lain, membuatkan saya jadi tak tenteram. Hati jadi berdebar-debar. Allah datang memberi pelajaran kepada saya, melalui berita orang lain. Semoga saya sentiasa diberi hidayah dan keinsafan.

Cerita Bos

Bos saya ditimpa musibah. Walaupun tidak dapat dipastikan kebenarannya, tapi ramai yang kenal rapat dengan bos sudah mengakui kebenarannya.

Mula-mula terima berita tu, saya jadi tak percaya langsung. Malah begitu defensive terhadap terhadap berita tersebut. Saya percaya berita itu tidak benar.

Bila ramai bercakap, hati saya jadi berbelah bagi. Saya berdoa sangat berita itu tidak benar. Saya tak mahu bos ditimpa sesuatu yang buruk. Dan mula fikir macam-macam.

Tiba-tiba saya baru tersedar, kami anak-anak buahnya memang mengalami masalah ‘love hate relationship’ dengan bos. Kalau ikutkan, kami ni memang tak boleh ‘tahan’ dengan bos. Sampai ke tahap, kami cukup tertutup nak berkongsi cerita dengan dia kecuali hal-hal kerja. Tapi bila sesuatu terjadi pada bos, kami turut gelisah sekali. Kami selalu je mengutuk bos, tapi bila orang lain kenakan bos kami, tiba-tiba kami pun jadi tak senang hati.

Mungkin sebab kami kenal dia. Sebanyak mana dia ‘kejam’ terhadap kami, kami tahu itu cuma tentang hal kerja. Tiada niat jahat lain.

Berita Palestin dan Ghaza

The truth is, saya tak pernah ambil tahu sangat pasal Palestin dan Ghaza. Saya tahu cerita mereka sikit-sikit. Saya simpati dengan mereka. Tapi saya tak pernah participate dengan sebarang aktiviti yang melibatkan yang melibatkan mereka secara langsung. Kalau ada pun sekadar join event begitu-begitu dan boikot Mc Donald.

Sebenarnya, isu Palestin kurang dekat di hati saya. Maafkan saya. Khilaf saya tidak peka pada isu dan nasib saudara se-Islam saya. Mungkin sebab saya kurang membaca. Dan saya juga tak berapa faham apa related dan kesannya membuat demostrasi di Kuala Lumpur, dengan peperangan mereka di Palestin. Minda saya yang cetek selalu fikir, bukannya kalau saya join demostrasi tu, Israel ambil peduli pun. Hanya orang Malaysia di kawasan demostrasi tu saja yang tahu kot.

Natijahnya, saya pun tak pernah join kempen tentang Palestin. Saya boikot Mc Donald pun on off on off. Saya tak pernah betul-betul tahu apa yang jadi dekat Palestin dan di Semenanjung Ghaza. Kalau suruh saya cerita pasal mereka, mungkin ia hanya akan melibatkan 2-3 baris ayat saja.

Jadi bila saya tengok fb dan tweet pasal ni, saya jadi suspicious. Betulkah mereka ni betul-betul ikhlas, atau sekadar RT dan share di fb je? Kalau ikhlas, apa lagi tindakan mereka? Cukupkah sekadar itu?

Sehingga kini, fikiran dan emosi saya masih lagi bercelaru. Saya tak mampu memberi konklusi pada entri ini. Saya masih befikir hikmah di sebalik musibah yang menimpa bos. Saya masih lagi mencongak apa yang mampu saya lakukan buat saudara-saudara saya di Palestin. Hati saya sarat dengan pelbagai perkara.

Regards,

~Ha~