It definitely the last minute plan. I have colleague who want to go back to hometown in Muar. There were a few times I asked her if I can go back to her hometown, since she talk much about it (actually, the pictures talk loudly, because she likes to insert instagram pic in FB).

So, last Friday she asked me during lunch if I wanna follow her to her ‘kampung halaman’ that night. Okay.. I know that I’m a spontaneous and nomad person, tapi agak-agak la kot kan. During lunch? That short time of period?? I didn’t prepare anything. Although most of the time, I always have my travel pack in my car, kebetulan hari tu tak ada la pulak, because I decided just to ulang-alik pergi kerja Danau Kota-Cyberjaya tu from my house je. Tak larat dah kot nak stay rumah orang.

But knowing me, and how spontaneous I am, yes, I would definitely say yes to her. HAHA.😀 Sebab saya pun dah tak larat nak spend weekend duduk dalam bilik je. Oh my oh my.. lately ni, saya asyik tengok drama korea je. Malasnya nak gerak ke mana-mana sorang. And I only choose to jalan-jalan on Sunday after 5pm. Hebat tak?

Anyway, back to Muar’s story, to cut it short, I manage to get go back to KL, get my things and back to Kajang to meet her there within 3 hours. Bear in mind, itu hari Jumaat eh. And school’s holiday already started. It was super jammed!!

Okay.. itu baru cerita ambil barang je boleh tak ambil sampai 4 perenggan. Kah kah kah. I’m such a lousy writer. Suka tulis benda tak penting. Anyway, tak kesah la. Ini bukan blog travelling kan. Ini blog personal, which I suka tulis pasal travelling.😉

Malam pertama di Muar

Sebenarnya, tajuk ni macam scary pulak. It just to tell, this is my first time entering Muar. Actually, Johor adalah negeri yang saya jarang pergi. Saya tak ada family members yang tinggal disini dan tak banyak orang yang saya kenal kat sini. Have a few friends, which tak close sangat pulak tu. So Johor and the places memang sangat alien to me. That’s why saya macam sangat excited nak explore Johor.

Travel waktu malam, so first time masuk Muar pun waktu malam lah kan. Kawan saya bawak saya pergi bus station (ke bus stand?) Muar, bersebelahan dengan sg. Muar. Kat sini ada tempat makan yang macam medan makan, dan ada banyak food stall kat situ. Menariknya, kita boleh order makanan dari mana-mana food stall’s waiters, regardless dia tu jaga stall mana. Nanti dia akan deliver your order to that particular stall. So diorang macam saling bekerjasama dan takde dengki-dengki. Good. I like that.

Saya rasa food dia okay. Nothing much to say, sebab dia bukan ada specialty apa-apa. Tapi kalau datang Muar, lapar and then you don’t know where to go, sini ada variety of food and rasa dia not bad. Saya order nasi goreng ayam dia pun okay. Kawan saya order bubur nasi ayam pun okay. Sini pun ada Mee Bandung dan mee-mee lain segala. Oh ya.. Air Jagung dia agak best. Bukan air kordial eh. Air tu memang ada jagung di dalamnya. Best! Oh.. ni memang biased sebab saya memang suka jagung. HEHEH.

First Day

Saya tak boleh nak tulis first day in Muar, sebab dah bejalan keluar dari Muar jugak.

We started our day with breakfast. HEH. Mestilah kan. Kawan saya bawak pergi makan kat mana tah, tapi yang menarik sebab kitorang order satay pagi-pagi. Kat Muar, orang dia breakfast makan satay hokay.. Sangat luxury kot sarapan dia. Ada banyak tempat yang sediakan sarapan satay ni, so tak susah sangat rasanya nak cari. Kawan saya pun pergi kat tempat yang tak glemer. Dia cakap malas nak pergi tempat glemer tu, ramai orang.

Anyway, satay tu satay lah.. tapi saya tetap order sarapan lain. Yang sebenarnya, saya bukan makan satay sangat. HAHA.😀 Tapi takkan nak cakap saya tak makan satay plak kat kawan and mak dia. Lagipun, bukannya sampai tak boleh nak telan. Cuma tak minat je. So saya order lontong. Mee rebus pun ada. Dan saya rasa mee-mee segala tu semua adalah. Perasan tak dah dua kali saya asyik cakap mee-mee segala. HEHE. Yelah, saya macam rasa kat sini orang suka makan mee bandung la, mee rebus la, mee.. erk mee apa lagi eh?

Lepas tu kitorang singgah kedai yang jual paste mee rebus, soto dll. Haa.. tengok! That food tu lagi. I think food ni semua memang datang dari Johor kot. Tapi kedai yang saya pergi tu memang dasyat. Semua paste pun ada. Kawan saya rekemen beli paste jenama ADAMI. Korang google lah eh tengok paste apa yang ADAMI tu jual. Tapi bila saya tengok paste-paste dan barang-barang yang ada kat kedai tu, terus macam fikir, okay.. you have no excuse anymore nak cakap tak reti masak! It’s not just paste, siap cara penyediaan pun dia bagi tau. And kedai tu pulak macam one stop center nak cari barang kenduri. Macam-macam ada. Tapi saya.. satu apa pun tak beli. HAHA.😀

Balik rumah, saya sakit perut. HAHA. Tu pun nak cerita. Tak tak. Mari move on ke aktiviti seterusnya.

Tengahari tu, kitorang gerak ke Tangkak untuk.. shopping!! HAHAH.😀 Perempuan.. datang dengan agenda bershopping lah kan?😉 Takdelah. Tak semestinya. Tapi ingat tak saya cakap saya nak buat entri pasal shopping? Saya sebenarnya nak cakap, saya nak kena beli baju kurung lebih sebab banyak baju kurung saya dah tak boleh pakai dan saya dah bagi orang. Tapi saya tak tahu bila saya nak bershoppingnya.

So, ke Tangkak lah kami dengan agenda mengempiskan dompet. Uh uh uh. Berdebar betul saya. Banyak saya beli. 6 pasang kain untuk dibuat baju kurung. Nasib baik ada kain tu harganya sepasang RM9-10 je. HEH. Tapi ada jugak yang sampai RM25 sepasang. Tapi kira okaylah kot kan? Murah sangat kot!!

Oleh sebab susah sangat nak cari tailor kat KL, nak balik kampung buat baju pun tatau bila tahun, so saya terus je buat kat Muar nih.  Pergi lah kami ke rumah tailor cina nak buat baju kurung. Dia buat baju kurung RM30 kot sepasang. (Sebenarnya saya terlupa nak tanya harga dia.. boleh tak? :O).

Balik dari Tangkak, sebenarnya kami pergi beli kerepek dulu, baru pergi rumah tailor tu. Memborong kerepek lah pulak kami. Memang agenda mengempiskan dompet ni sangat berjaya la. :O Saya pun terus estimate belanja RM30 je. Nasib baiklah kerepek dia boleh tahan murah. Jadi dapatlah saya 5-6 bungkus kerepek yang pelbagai dan ada yang sangat rare dijumpai. Macam keropok Malinja, kerepek tempe (penah makan tak?) dan mee siput (ni bukan mee.. ni memang kerepek). Ha tengok tengok.. mesti yang tak pernah dengar tu teruja nak tau benda apa yang saya cakap kan? Saya ada satu berita baik. Pernah dengar nama google kan? HAHAH.😀 Okay.. saya gurau je.

Malamnya, kami pergi minum coffee. Wah.. macam sangat luxury je gaya hidup nih. Takdelah. Johor ni memang terkenal dengan kopi-kopinya. Jadi dah datang jauh-jauh ni, takkan taknak cuba pulak. Kami pergi Coffee Bean dekat shopping complex The Store Muar. Saya rasa anda boleh cari tu. Saya order white coffee cold dan roti bakar. Sedap!! Saya bukan penggemar coffee tegar, jadi saya cuba avoid minum coffee yang keras. White Coffee dia adalah terbaik untuk saya. Tapi kalau anda suka kopi, mungkin anda boleh try coffee 434. Setiap kopi ada rasa yang tersendiri. Jadi it’s up to you either you like it or not. Ewah.. ni kawan saya yang cakap sebenarnya.😉 Anyway, roti pun sedap. Sangat ringan!

Lepas minum coffee, kitorang merayap di sekitar bandar Muar. Oh.. tak lama lagi Muar akan diistiharkan Bandar Di Raja. Ada beberapa construction tengah buat. Kawan saya cakap, nak jumpa Sultan Johor pun senang kat sini. Sultan Johor suka datang Muar time weekend. Kadang-kadang boleh tengok dia konvoi dengan motor besar. Kadang-kadang tu, dia jalan sorang-sorang je pakai motor guard dia.

Balik dari merayap, kami singgah pulak makan burger. HAHA. Seriously. HAHA.😀 Okay.. mesti tak paham kan kenapa saya gelak-gelak. Sebabnya banyak betul makanan yang saya tak makan untuk trip kali ni. Ni salah satunya. Saya tak makan sangat burger. Adeh. Tapi, macam saya cakap tadi, dah alang-alang datang jauh-jauh, saya cuba jugak. Dan terus cuba yang sangat rare. Burger arnab! Huhuhu. Dan seboleh-boleh saya tak fikir pasal arnab yang comel. Uh uh uh Bahaya bahaya.

Hari ini.. baru pagi, jadi tak ada aktiviti lagi. Tunggu lah kalau ada kita buat next entry.😉 Dan maaflah.. saya tak ada gambar. Jadi bacalah bebelan saya tanpa bukti.

Regards,

~Ha~