Salam..

Tadi saya buka facebook. Ada status yang menarik hati saya. Pasal Nutella tak halal. Heh! Mungkin ada yang tahu kot isu tu datang dari mana.

Saya bukan cakap pasal Nutella tu haram ke tak. Saya jugak taknak cakap isu tanda halal Jakimpada produk makanan. Bukan kepakaran saya nak cakap pasal benda tu. Dan masing-masing ada pendapat tentang itu.

Tapi saya nak cakap pasal term ‘Judging Malaysian’. Bila seorang Malaysia cakap kat seorang Malaysian lain.. ‘Judging Malaysian’! Eh. Jangan. Jangan judge dulu. Saya tak bercakap pasal orang lain. Saya bercakap TENTANG saya.

Okay.. sebelum saya cerita pendapat saya, saya nak cerita apa yang saya nampak.

Bila keluar status fb pasal nutella tu, saya jadi sangat curious, siapalah agaknya pencetus suasana ni. Jadi, ‘penyibuk‘ ni pergi la mencari siapa la insan malang tersebut. Rupa-rupanya ada satu komen tu cakap, powder dlm bahan makanan tu tak halal. And dia cuma cakap “kalau tak salah saya..”.

Tapi apa reaksi yang diberi? Hah.. macam-macam! Tu yang muncul judging Malaysia. Macam-macam kecaman dengan ayat yang memedihkan hati.

Uh uh.. sebenarnya saya pun pernah kata macam tu. Masa tu isu pasal maksud lagu ‘Oppa Gangnam Style’. Macam-macam spekulasi timbul. Lagu hina nabi Muhammad la. Lagu tu ejek nabi naik binatang buroq la. Which is totally wrong! Lalu saya pun cakap.. “Itulah orang Melayu”. Huhuh..😦

Bila jadi macam ni, saya terus terfikir macam-macam..

First, saya tak dapat bayang perasaan orang yang menjadi pencetus isu tu. Saya simpati dengan dia. Apatah lagi ia dicetuskan oleh orang yang dia admirer. Saya harap ‘dia’ seorang yang tabah. Dan take it in positive way.

Second, itu bukanlah bermaksud kita ambil saja apa dia cakap. Or tak boleh tegur. Tegurlah. Nasihatlah. Tapi biarlah dengan cara yang baik. Menegur untuk orang lain berubah. Bukan untuk melepaskan perasaan.

Third, kita kena selalu fikir kesan pada setiap apa yang kita cakap dan lakukan. Saya pernah bengang dengan orang yang tak buat research, lepas tu main share saja apa yang mereka jumpa di facebook. Kesannya, kita menyebarkan benda yang salah. Impact, orang akan tuduh orang Malaysia ni suka sebar dan percaya pada rumors. Nak lagi ‘best’, orang tuduh.. Melayu ni memang perangai macam ni. ‘Lagi best’.. orang Islam memang skeptikal dan suka mengharamkan. Kan dah membawa impact yang macam-macam. Itu satu.

Tapi ada satu lagi yang kita lupa, bila kita lihat keadaan di atas, kita pun komen marah-marah, kemudian mungkin mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan, kemudian membuat rumusan yang kejam terhadap orang lain. Rasanya apa pandangan orang pada kita? Walaupun kita berniat baik.. tapi baikkah kita buat macam tu? Saya insaf dengan diri saya. Saya pernah kecam orang-orang yang buat andaian yang bukan-bukan. Tak baik kan buat macam tu? Sepatutnya kita tegur baik-baik. Dan kalau orang tu tak nak dengar jugak, kita berdoalah semoga Allah bagi petunjuk, kan?

Last, pada orang-orang alim, saya berdoa semoga Allah beri petunjuk agar anda dapat cara yang terbaik untuk menegur orang-orang yang jahil (termasuk saya). Saya tahu anda sudah buat yang terbaik. Saya juga berdoa agar hasilnya menjadi lebih baik kepada semua. Kadang-kadang saya juga tak setuju dengan cara anda, tapi bukan hak saya menilai anda. Saya juga insan yang jahil dan memerlukan teguran.

Hakikatnya, menilai itu tidak salah. Menilai dapat memperbaiki cara hidup kita kan? Saya pun seorang yang judgmental. Cuma reaksi kita tu yang kita kena perhatikan.

MARI MENJADI SEORANG PENILAI YANG BAIK.

Reagrds,

~Ha~