Okay.. bila dah nama tak menjadi.. jangan harap la kan nak ada gambar. Itu dia.. intro yang menampakkan kekecewaan. Huhuu..

Anyway.. saya tengok resepi ni kat blog Hanis Zalikha. Yang tak tahu siapa Hanis Zalikha ni.. dia pengacara Mad Market kat TV9. And kalau korang tengok Entri Jameela kat Astro Oasis.. diorang ade interview dia as popular blogger. The rest.. go google!

Okay.. saya memang sangat bercita-cita nak buat benda ni. It means.. saya sangat tak sabar nak menjalankan operasi ni. Tapi selepas seminggu beli barang-barang, baru saya ada masa. Huh! Sungguh sibuk wanita berkerjaya nih.

Instead cerita pasal resepi dan cara membuat, saya nak cerita apa yang buat ia tak menjadi. *Stress*

First, masa saya nak tumis cili. Oh my oh my, kenapa lah kau telah menjadi masin pulak. Memula masam. Lepas saya tambah gula, tetiba telah menjadi masin. HAHAHA..πŸ˜€ Macam tak logik pulak. Ntah lah. Salah rasa kot. Pening kepala kejap pikir cemaner nak adjust sambal tumis tu. Tiba-tiba teringat orang ada cakap kalau masakan masin, masukkan kentang untuk kentang tu serap rasa masin tu. Okay cepat-cepat kupas kulit kentang, potong-potong dan masuk dlm cili. Ter-‘adjust’ la skit.

Second, kentang separuh masak. Dan disedari selepas saya dah masukkan mozarella dan baked for second time. Sebenarnya.. sedar masa dah dihidangkan pun. Adeh!

Demi nak menyelamatkan kentang yang tak masak rata tu, saya masukkan balik dalam over, atas cadangan cousin. Aiseh.. masa tu saya dah rasa tak best. Mozarella tu sepatutnya cair dan bertali-tali masa nak makan tu. Okay, takpelah.. kita put 10 minutes more. Sekali cousin saya pegi tambah 20 minutes lagi. Aarrrggghhh.. kecewa betul. Saya dapat rasa ia bakal mengganggu emosi saya. Heh!

Dan betullah seperti sangkaan. Malay Baked Chili Cheese Fries saya telah menjadi sedikit huru hara. Fries jadi keras. Mozarella dan cheese jadi crispy. Dan jadi warna oren. Dah la cili tu pedas pulak. Waaa… apsal tak jadi nih!😦

Okay.. sebenarnya macam ada bengang dengan cousin saya. Tapi takpelah. Sebenarnya, banyak salah saya jugak. Ending tu je cousin saya yang buat. Heh. Nasib baik ada lagi baki fries, cili n mozarella. Next time saya nak cuba lagi.. tanpa ada orang lain. HAHAH..πŸ˜€

Baiklah.. sekian dulu. Oleh sebab takde gambar, anda bayanglah hasil hidangan saya.

Regards,

~Ha~