Salam.

Yup, penyakit lama datang balik. Penyakit stress and emosi disebabkan kerja. Huh!

Frankly speaking, tadi memang stress dan hilang sabar sangat. Rasa macam nak berhenti je. Okay.. saya agak emosional hari ini. Emosi sampai rasa nak baling je hp ni.

Tapi bila saya ambil masa sebentar, untuk duduk bertenang, saya tahu saya boleh buat. Saya boleh hadapi semua ni. Saya masih boleh bertahan, untuk sekurang-kurang sampai akhir tahun ni. Saya boleh bertahan.. provided saya kena kuat. Dan sabar. Sabar.. sabar.. sabar..

Okay.. sebenarnya, yang tadi tu tak ada apa sangat pun. Bukan pergi berjumpa user pun. Cuma sekadar, saya tak tahu nak buat apa, tak tahu apa yang berlaku dan tak tahu what to expect, kemudia diasak banyak soalan pula oleh bos, jadi saya jadi tertekan.

Tapi saya kena tabahkan hati. Walaupun tak tahu, saya diam-diam bisik pada hati.. takpe Ha, susah macam mana pun, kita buat jugak. Kita buat perlahan-lahan. Kita buat yang mana kita tahu dulu. Yang kita tak tahu, kita tanya pada yang tahu. Walaupun itu bermakna cuba berbaik-baik dengan orang yang kita kurang senang. Tak apa. Tak ada salahnya. Walaupun esok meeting mungkin akan kena marah dengan bosses, tak apa. Lebih baik kena marah dulu dari kena marah dengan user hari Jumaat ni. Itu lebih menyakitkan hati sebab user selalunya berhati kering, dan akan mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati. Jadi lebih baik kena marah dengan bos dan dapat buat preparation, lepas tu lebih bersedia bila berhadapan dengan user.

Lalu saya tenang sebentar. Kesian hati saya. Sering saja rasa down. Apa bleh buat. Tuan dia memang tak pandai jaga hati. Sabarlah ye. Nanti kalau dapat offer tempat lain, kita pergi ye..

Regards,

~Ha~