Okay.. pada asalnya saya macam sangat berkobar-kobar nak buat entri. Pasal shopping lagi. Tapi, oh task memang belambak betul. Hari ni saya asyik buat module email je. Heh. It’s a joke in our team bila kitorang send too many emails to others. Macam akan cakap, ko amik module email jelah. Banyak betul email ko ari nih. Or like, huh email dia ni lagi, ape pulak kerja dia bagi nih. Heh. Kadang-kadang saya memang a bit pushy skit.

Anyway, dah lewat petang ni. Rasa macam nak balik, tapi kalau saya balik sekarang, nanti macam terkejar-kejar je nak sampai rumah cepat-cepat, nak kejar maghrib. So, balik lepas maghrib jelah, then pergi shopping sekejap. Shopping makanan! Dekat rumah tu, macam dah kehabisan makanan je. Saya asyik makan maggi je. Sungguh tak healthy.

Mungkin lain kali la saya cerita pasal shopping tu. Atau mungkin tidak. Tau jelah saya, berapa banyak dah tah janji palsu saya tabur kat sini. Nak publish gambar la. Nak update selalu la. Oh, by the way, camera saya tu macam dah hilang je. Mar n Pae, ganti balik! Mane korang letak camera aku tu lepas tengok Bukit Kutu ari tu?

Raya Haji saya raya kat KL. Makcik saya kat Taiping datang sini. Yey! Bagus tak anak-anak sekarang, bukannya balik kampung melawat orang tua, orang tua pulak datang melawat anak-anak. Okay, I wanna treat my Mak Ndak nicely, so kejap lagi nk shopping barang makanan to masak for her. Oh My English!! Sejak bila pulak la saya cakap macam ni. Mengada betul!

Okay, what else to say? Takde dah kot. Until then..

Regards,

~Ha~