Okay.. dah lama menyimpan impian nak buat review pasal camera ni. Actually, ini bukan review pun. It’s just an opinion based on my experience. Because, saya masih lagi tak master pakai hp ni. So memang tak layak nak buat review.

I decided to buy a camera early this year, because of I can’t bear having my phone rosak or masuk air lagi. As ‘everybody’ know (friends actually), saya memang selalu sangat tukar hp, due to my carelessness. It’s either saya terhilang/curi.. or it’s because of rosak. Salah satu penyebab rosak adalah masuk air. Because saya suka bawak hp tu pergi merata-rata and ambil gambar tak mengira keadaan. Like my N95, the best camera hp I have ever, saya dah bawak dia pergi sampai atas Gunung Kinabalu, and many outdoor spot. Banyak gambar cantik saya dapat capture dengan camera tu. Macam tu jugak camera hp.. eh takyah cerita lah semua camera hp saya ada, ni mcm review camera hp pulak. But ada antara hp tu memang rosak sebab masuk air, sebab saya bawak pergi masuk hutan dan tasik, dan kadang-kadang ambil gambar dalam hujan. Kalau tak masuk air pun, rosak sebab jatuh.

teringat-ingat lagi N95 yang yang kena culik kt stesen komuter ari tuh..

So I decided that saya tak nak rosakkan hp saya lagi. Jadi saya pun pergi buat review camera apa nak beli. Adalah a few camera jadi pilih. Setelah jenuh baca review, I pun pilih Nikon AW100.

The things that I like about it adalah ia adalah waterproof and shockproof. So dia dah menyelamatkan saya dari dua benda, masuk air dan rosak sebab terjatuh.

Satu lagi saya suka sebab saya boleh setting macam-macam jenis gambar. My favourite, closed up picture. Semua benda pun saya nak buat closed up setting.

Tapi itulah, memegang Nikon ni, kadang-kadang macam memerlukan skill. Saya? Skill tangan gigil adalah. Jadi agak susah juga kadang-kadang tu. Tangan saya dan orang yang saya nak ambil gambar mesti pegun. Kalau tidak, gambar selalu jadi blur.

Lagi satu, saya tak pandai nak padankan setting camera dengan keadaan sekeliling. Sebab tu kadang-kadang jadi too exposed atau terlalu gelap. Haish.. macam DSLR pulak kena setting-setting. Tapi sebenarnya, takdelah banyak mana pun kena setting. Saya je kot yang tak reti.

One more minus thing is that, because of ini adalah digital camera, saya jaranglah bawak ke hulu ke hilir. And kalau bawak pun, saya segan nak tangkap gambar kalau tak kena pada event-nya. Yelah, kalau family-family sendiri or ambil gambar sendiri tu takpelah. Tapi kalau macam terjumpa Imam Muda kat rumah sedara mara, takkan tiba-tiba nak keluar camera pulak. Saya rasa macam segan sangat lah kan. Eh? Ini contohnya lah kan..

Jadi banyak jugaklah moment-moment adhoc / on the spot yang tak dapat saya ambil. Tu yang rasa macam nak balik pakai camera hp je. Macam kalau tengah sembang-sembang lepas tu bawak keluar hp pun, takdelah orang pertikai sangat kan. HAHAHA.😀

Tapi bila saya pergi outdoor, this is the best camera. So far, gambar outdoor tak banyak yang mengecewakan. Okey ada skit kecewa gak, terutama part brightness gambar sangat bergantung pada keadaan sekeliling.

Saya pun tak sempat nak ber-experimentasi dengan camera nih. Takat mana aktiviti yang ada jelah. Jadi tak boleh nak comment lebih-lebih lagi.

So my advice, kalau rasa camera tu sekadar nak ambil gambar simple-simple, adhoc dan malas nak belajar lebih-lebih, this is not the camera for you. Beli je Sony ke apa, lagi puas hati.

Tapi kalau anda seorang yang lasak, sayang camera tapi lagi sayang kalau tak ambil gambar aktiviti outdoor, terutama yang suka diving, then this is camera for you. With little care, anda boleh bawak camera ni pergi masuk hutan, tasik, gunung, laut dan sebagainya.

Sekian.

Regards,

~Ha~