Salam Aidilfitri..

Tahun ini saya bercuti panjang. Kebetulan pula raya pertama saya dapat beraya di Taiping. Jadi dapatlah saya beraya lama di Taiping sebelum beraya di Pulau Pangkor pula.

Konfius? Jangan. Saya masih lagi single. Cuma seperti tahun-tahun lepas, saya akan beraya di dua kampung. Taiping rumah ibu saudara saya. Pangkor rumah keluarga saya. Sudah lama saya mengamalkan sistem ni. Sebab kasih juga perlu dibahagi sama rata. Hehehe..😀

Saya rasa macam dah buat entry ni separuh.. tapi.. mana pulak perginya? Mungkin tak sempat save kot. Takpelah.. kita continue jelah apa yang saya tengah fikir sekarang.

Raya kali saya sempat beraya dengan kawan-kawan rapat. Nadia di Taiping. eh? Itu saja ke? HAHAH. Tapi Nadia ini memang susah betul nak jumpa. Kami ini orang sibuk. Atau takdirnya kami memang begini? Dari sekolah lagi. Walaupun satu sekolah dan kelas sebelah-menyebelah, tapi kami berkenalan di pusat tusyen. Lepas kenal, tak penah bertegur sapa di sekolah, tapi sibuk pulak berjumpa di simpang jalan dalam kawasan perumahan kami. Nasib baiklah satu taman, kalau duduk lain-lain taman? Bila kerja, walaupun dua-dua dan duduk KL, tak pernah sekali pun berjumpa. Asyik berjanji je. Last-last bila dia pindah Taiping balik, baru saya berpeluang jumpa. Mungkin sudah takdir kami kena duduk jauh-jauh baru boleh jumpa kot?

Tahun ni beraya sakan lah kan. Sampai seminggu. Jadi 3 hari raya pertama di Taiping, 4 hari lagi di Pangkor. Dapatlah berjumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa di Taiping. Bila sampai di Pangkor, kami adik-beradik sudah sibuk dengan persiapan adik saya nak bertunang.

Penutup raya, saya pun terkena ulcer di mulut sampai 4 biji. Huhu. Tuhan saja tahu bagaimana terseksanya saya! Di kiri kanan mulut, lidah dan tekak. (T_T)

Buka kerja hari Isnin, bos cakap nak suruh saya jadi Team Lead. Hoh.. buka kerja dengan berita tak best! Tapi saya tak ada daya mahu cakap apa. Biarlah. Saya buat yang mana terdaya. Saya target sampai hujung tahun ini saja. Lepas tu saya mahu move on. Ya Tuhan, berilah peluang dan kekuatan untuk itu!

Okey.. sampai sini dulu. Banyak gambar, tapi saya terlupa nak bawak camera pulak. Aiseh. Nanti-nanti lah eh.

Regards,

~Ha~