Salam Ramadhan.

Semalam, sepatutnya saya boleh sampai rumah sebelum berbuka. Tapi bila saya start saja engine kereta, simbol minyak tu pun berkelip-kelip pulak. Aiseh! I know I can manage to go back with those kelip-kelip. But I just decided that to just go to petrol station. Boleh terus beli air spare untuk berbuka dalm kereta.

Waktu saya tengah isi minyak dalam tangki, ada seorang lelaki tengok-tengok saya. I was just like.. cuak jugak. Tak lama lepas tu, saya tengok dia dah tak ada. Tiba-tiba, ada suara tanpa manusia menegur saya dari tangki minyak sebelah sana. Tapi maaflah, saya dah lupa apa soalan pertama yang ditanya.

Memula saya ignore saja. Bila dah pastikan soalan itu memang ditujukan kat saya, saya pun jadi cuak-cuak nak jawab ke tidak. Orang tu cuma cakap saja nak bersembang-sembang. Eh, it is not a normal circumstances untuk saya seorang perempuan pergi bersembang-sembang dengan orang yang tidak dikenali di stesen minyak. Tapi saya juga takut nak buat tak tahu. Apakah?? Tapi memang selalu berasa takut nak buat perkara yang boleh trigger orang marah kalau saya seorang diri.

Lalu saya jawab secara lebih kurang dan cepat-cepat pergi dari situ. Nasib baik tangki pun cepat saja penuh. Risau betul masa tu. Sebetulnya, saya sendiri susah nak predict lelaki tu berniat baik atau tak. Tak baik menuduh orang atau besikap judgemental. Tapi itulah, keselamatan diri juga harus saya fikirkan. Sudahlah saya asyik terfikir-fikir je kes jenayah dekat stesen minyak. Kes penjenayah menyorok dalam kereta waktu orang isi minyak la. Yang baru-baru ni saya tengok dalam you tube, penjenayah tu buka pintu depan dan selamba saja mencuri tanpa disedari pemandu yang tengah isi minyak. Menakutkan, bukan? Sebab tu sekarang saya selalu akan kunci kereta bila isi minyak.

Baiklah, sampai sini dulu.

Regards,

~Ha~