I’m still in the office. Nak balik dari tadi lagi, tapi just wait for the right moment. Bukan apa, bulan puasa ni, kalau nak balik awal, kena balik awal betul. Kalau tak, might as well balik je lambat terus. Kalau tak nanti, terperangkap dalam jem la.

Kerja banyak gila hari ni. In fact, bukan hari ni je but sebelum nak raya ni ada banyak sangat task nak kena complete. Masya Allah. Untuk project yang saya kena handle ni je dah ada 4 tasks. Lepas tu asyik growing je pulak tu. Hari-hari risau je dapat email, sebab selalunya akan bertambah 1 task baru. Dah la nak cuti Khamis ni. Macam mana tah nak buat ni.

Itu belum campur lagi kena balik office buat testing. Ntah kenapa tiba-tiba kitorang kena buat balik kerja testing ni. Dulu memang pun kerja kitorang. Tapi oleh sebab asyik outstation je, task tu macam tiba-tiba je dah tak ada. Development Team pun kalau nak release new version, tak tunggu kitorang dah. Agaknya tak sempat kot. Tapi tak kenapa tah, minggu ni dapat email suruh buat kerja testing tu balik. Huhu.. tak tahu la sempat ke tak semua orang nak pergi test.

Since banyak sangat kerja, saya rasa macam nak postpone balik kampung. Kalau ikut plan, nak balik dalam pukul 3 pagi macam tu. First time ni drive pagi-pagi macam tu. Nervous pun ada, sebab mata saya ada silau skit. Tapi excited pun ada. Nasib baik adik ada teman. Kalau okay, lain kali boleh balik pagi-pagi.

Tapi.. kalau dah banyak sangat kerja kena submit sebelum raya, mungkin terpaksa lah kot balik lewat skit. Atau.. buat kerja kat kampung jelah kot? Iskh.. susah jugak ni. Okay takpe, malam ni kita tengok macam mana work progress. Kalau tinggal skit lagi, boleh la proceed plan balik kampung macam biasa.

Eh.. dah nak pukul 7 lah. Okaylah, saya balik dulu. Sempat ke tak ni berbuka kat rumah ni. Alhamdulillah saya duduk Kajang. Tapi kalau kereta masih banyak di jalanraya, berbuka dalam kereta la nampaknya.

Selamat Berbuka kawan-kawan!!

Regards,

~Ha~