Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa kabar? Rasanya baru je lepas post satu entry beberapa hari yang lepas. Hari ini saya terpanggil lagi untuk menulis lagi. Sebenarnya, saya rindu pada kawan-kawan saya. Serasa macam dah 8 tahun tak jumpa (padahal baru beberapa bulan saja saya stop semua aktiviti).

Saya memang menepati janji yang saya buat pada bos masa di Medan bulan May lepas. Oleh sebab sudah tersalah apply cuti, saya sungguh cemas bercuti pada waktu tak sepatutnya, hingga terus membuat janji manis takkan ambil cuti lama-lama lagi dan akan lebih fokus pada kerja. Wow.. hebat betul! Langsung terus lost contact dengan kawan-kawan selama beberapa bulan ni.

Sekarang saya di serang stress di tempat kerja. Oh bila masanya yang saya ni tak stress kan? Hehehe..😀 Tapi itulah, memang begitulah saya, manusia yang lemah! Asyik stress je memanjang. Sampai bila malam, lepas fikir nak kena pergi kerja esok, terus rasa lemah badan.

As I always told you in this blog, saya ni memang seorang yang sangat transparent. Sedih ke, marah ke, terkejut ke, cuak ke.. memang senang betul tertengok dekat muka. Counsins and friends pun admit it. Cuma saya hairan skit user still tak boleh ‘baca’ saya lagi. Mereka siap cakap saya ni penyabar dan harap saya dapat kekalkan keceriaan. Huh? Tak tahulah nak cakap apa. Can I take it as a compliment?😉 Tapi rasa cam tak deserve je. Bila masa pulak la saya ni penyabar sangat. Oh mungkin kah usaha saya dah berjaya?

Anyway, despite that, ada suatu benda yang saya nak cuba lagi. Bermuka manis!

Tadi sewaktu jalan-jalan dengan cousins saya di pekan Kajang, tiba-tiba cousin tegur saya. Dia suruh saya buat muka manis skit. Kalau asyik buat muka ‘ketat’, nanti orang pun takut dengan kita dan muka pun cepat nampak tua.

Saya macam.. what? Padahal saya buat muka default je. Mana ada marah ke tension ke? Bila saya gelak-gelak, terus cousin saya gelak-gelak sound balik,

“Ko jangan la sengih-sengih tak memasal. Nanti orang ko gila la pulak. Maniskan muka je.. bukan senyum-senyum kat orang tau”

Okay, tutorial ni macam nampak susah skit. Mana nak fikir macam mana nak maniskan muka, pastu nak kena buat sepanjang masa pulak tu. Tapi saya nampak kebenarannya. Sedang Islam pun ada menyuruh pendakwah sentiasa memaniskan muka.

Seorang pendakwah perlu bermanis muka dan lemah lembut ketika berkata-kata. Dengan bersikap tersebut, maka kamu akan disenangi orang melebihi orang yang memberikan emas dan perak

-Solusi 46 ‘Titipan Buat Dai Muda’-

Baiklah, cukuplah sekadar itu. Lebih baik saya cuba satu persatu dan istiqamah dengan amalan itu.

Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan!

Regards,

~Ha~