Salam Ramadhan.

Dalam kesibukan dan kepenatan menjalani ibadah puasa dan tugas-tugas untuk new project, saya selalu saja berada dalam keadaan genting dan hilang sabar melayan kerenah manusia di sekeliling. Walaupun situasi ini buat sesuatu yang baru, tapi kadang-kadang saya selalu menjadi hairan dengan gelagat mereka yang semakin menjadi-jadi.

Pada mulanya, saya mengomel dan mengeluh dengan sikap mereka pada kawan-kawan. Saya terfikir-fikir kenapa puasa tidak membentuk hati mereka menjadi lebih baik. Kenapa mereka menjadi sangat tidak reasonable, rational dan bersyukur sebaliknya ada saja rungutan dan complain keluar dari mulut mereka. Itu belum lagi sikap meminta-minta yang boleh mengundang kepada sesuatu yang syubhah dan haram. Apakah mereka tidak takut? Atau mereka tidak tahu?

Namun tiba-tiba saja saya terkedu sendiri. Setelah direnungi kembali, kenapa saya juga tak berjaya mendidik hati saya. Kenapa saya sendiri kelihatan angkuh dengan ibadah puasa saya sampai tega mengumpat di bulan Ramadhan? Saya juga sama seperti mereka!!

Astaghfirullah.. Astghfirullah.. Ya Allah, ampunkanlah dosaku! Siapa saya nak menilai orang lain, padahal saya sendiri masih lagi berdiri jauh dilembah yang hina, sehingga tidak malu-malu mahu memakan daging saudara sendiri di bulan Ramadhan! Saya memang hamba yang tak tahu malu.

Lalu ada beberapa perkara saya mahu lakukan.

Pertama, memohon keampuanan dari Allah.

Kedua, memohon maaf dari orang yang saya umpat. Oh.. ini sesuatu yang susah. Apa yang saya nak cakap? “Saya mintak maaf kerana hari tu saya dah mengata puan” Macam tu? Oh my oh my..

Ketiga, saya nak sedarkan kawan-kawan saya juga yang perbuatan kami salah. Walaupun mereka salah, tapi kita juga salah. Kita mengumpat.. di bulan Ramadhan. 2 kesalahan di situ!

Keempat, berazam tak mahu melakukan lagi. Saya mungkin perlu belajar melupakan, beristighfar dan bersabar banyak-banyak.

Baiklah, habis satu bab. Sekarang saya ada kemusykilan pula.

Bagaimana mahu berhadapan dengan situasi ini?

Pertama, bila ada yang complain dan marah-marah. Mungkin saya perlu banyak bersabar!

Kedua, bagaimana mahu menjadikan suasana perbincangan menjadi tenang. Kalau kekurangan di mana-mana pihak, kita sama-sama perbetulkan. Bukan saling salah menyalah. Okay, kalau yang buat bising dalam discussion tu memang sah-sahlah bukan vendor. Vendor hanya diam-diam telan kepahitan sambil menyumpah-nyumpah dalam hati saja. Huhuhu.. Jadi yang itu pun kena diubah. Tapi nak educate orang yang tak mahu dengar dan berlagak pandai di bulan puasa ni, memang suatu cabaran.

Ketiga, bagaimana mahu beritahu apa yang mereka buat itu salah. Salah disisi agama, dan salah disisi undang-undang. Saya tak mampu. Siapa saya nak cakap perkara-perkara macam tu? Silap-silap, saya pulak kena kick dari project ni. Tapi, mendiamkan perkara macam ni juga salah. Dosanya jatuh diatas bahu saya juga.

Keempat, bagaimana mahu berdepan dengan orang bersifat kurang ajar dan melampaui batas? Baiklah, bersabar itu satu hal. Tapi tentu ada perkara lain yang boleh dibuat. Sampai bila mahu telan semuanya, dan biar orang itu berbuat keburukan dan menzalimi diri mereka sendiri.

Sesungguhnya, saya sangat berharap saya dapat bekerja di tempat lain. Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada rezeki yang halal dan lebih baik untukku di tempat lain, dan Kau berkatilah urusan dan perjalanan hidupku.

Ameen!

Regards,

~Ha~