Salam Ramadhan..

Setelah 8 hari berpuasa, baru saya mengucapkan salam kepada semua. Alasan yang sangat klise, saya sangat busy. Padahal, kalau nak, ruang masa tu memang boleh dicari.

Sepanjang awal Ramadhan saya bekerja di Putrajaya. Dan saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Mak Lang di Kajang saja. Sebab kesesakan jalan raya Masya Allah maha dasyat. 2 hari sebelum puasa berturut-turut saya terlepas maghrib. Saya tak sanggup lagi. Padahal keluar office tak lah lambat sangat. Jadi, untuk menyelamatkan solat saya, dan juga emosi saya dari di ganggu marah, saya berkorban duduk di Kajang.

Hari ini pula, saudara mara saya berkumpul di Kajang. Ayahchik dan Maksu sekeluarga datang berbuka di sini. Saya pulak, asal mahu balik kampung, terus cancel plan. Atas sebab ziarah mereka, dan juga atas sebab kerja. Ya.. kerja yang tak habis-habis. Jadi tadi saya pergi kerja juga, walaupun hari Ahad.

Bercakap pasal kerja, saya haraplah sangat dapat rezeki di tempat lain. Cukuplah pengalaman saya di sini. Saya sudah letih. Mahu refresh pengalaman, tenaga dan emosi di tempat lain pula. Cukup-cukuplah bos bergantung harap pada orang yang sama saja. Sudah tiba masa bos rekrut orang baru!

Walaupun begitu, saya serahkan semuanya pada Yang Maha Kuasa. Boleh jadi dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya. Boleh jadi yang saya sukai itu bukan yang terbaik buat saya. Boleh jadi yang saya benci itu lebih baik buat saya.

Bercakap tentang yang saya sukai, sejak Ramadhan ni, saya jadi seorang yang sangat pemakan. Kadang risau tabiat makan ni disebabkan keperluan badan, atau atas sebab nafsu semata. Untungnya perut tak mampu menanggung kuantiti makanan yang terlalu banyak. Sebab nanti ia akan menjadi sangat sakit. Dan tidak selesa. Jadi saya terpaksa kawal pemakanan. Tapi masalah lainnya, saya akan lapar balik setelah beberapa jam. Uh!

Selain cuba kawal makan, saya juga mahu diet. Oh.. bukan diet yang tak makan tu. Saya mahu bersenam. Sebab saya ada misi gila tahun depan. Saya kan suka mencari masalah. Sudahlah, jangan nak merungut. Saya sendiri yang mencari pasal. Jadi mari cari jalan selesaikan masalah.

Okeylah. Hampir masuk wakti berbuka. Keluarga yang datang perlu dirai. Esok, mereka akan ke suatu destinasi, sebab nak hadir untuk rancangan Imam Muda akhir. Mahu lihat anak sulung mereka di pusingan akhir rancangan tersebut.

Regards,

~Ha~