Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Secara sangat huru-hara. Heheh..😀 Hari ni pun ada sedikit kesempatan menulis sebab sedang menunggu kereta di-servis. Kalau tak, blog ni pun terabai.

Burden kerja agak membebankan kebelakangan ini. Walaupun ada restructuring organization chart, tapi ia masih tidak menampakkan apa-apa kesan lagi. It doesn’t look smooth yet. Especially for our team.

Saya masih tak boleh nak hand over kerja kepada orang yang sepatutnya. Refusal from the other team, and unclear agreement between the bosses, make me stuck in the middle. Kerja yang sepatutnya memang perlu dilakukan. New project need to be started. Allahuakbar! Ia membuatkan saya terpaksa berada di mana-mana. PJ-Temerloh-Bangsar-Putrajaya. Saya boleh berada di semua tempat tu dalam masa satu minggu!

Baiklah. Itu sedikit cerita tentang kerja. Sekarang cerita tentang kehidupan sosial saya.

Dah lama saya tak join mana-mana outdoor activity. Usrah juga sudah 3 kali saya menghilangkan diri. Kalau ada pun, saya cuma berjaya attend satu conference last week. Itu sajalah pengisiannya.

Being Me Conference

This was my first time joining something like this. Ia bukan sesuatu yang sangat normal buat saya. Tapi kalau dikira-kira, saya mana pernah buat aktiviti yang normal dan rutin. Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru! Jadi ia kira sesuatu yang normal lah.

Sebenarnya, I was not really ready to go there. Bukan sebab saya tak bersedia menerima ilmu dan perubahan. Tapi sangat takut ia menjadi sesuatu yang sia-sia. Dan bukan conference tu yang sia-sia. Tapi ia menjadi sia-sia sebab kekhilafan saya sendiri.

First, kerana ia dalam Bahasa Inggeris. Walaupun saya ada juga bercakap dalam Bahasa Inggeris, tapi ia adalah dalam bentuk broken English. So saya sangat takut satu apa pun saya tak faham bila mereka cakap nanti.

Kedua, kerana ia berbentuk antarabangsa. Oh my.. ia bukan sesuatu yang dalam level saya. Even some of the volunteers were foreigners. Tapi tak tahulah either they are foreign student yang belajar kat sini, atau Mercy Mission people. Tapi ini bukan setakat masalah nak faham Talk, nak tanya direction pun saya jadi cuak.

Third, sebab level of knowledge. Okay, saya akui kehidupan saya hanya berkisar pasal kerja saja. Kalau kau tanya apa doktor buat kat hospital, apa nurse buat kat ward, apa polisi hospital, apa masalah kerja, berapa tol dari Gombak ke Temerloh, jalan mana paling tak jem nak pergi Bangsar yang sesak tu.. itu mungkin saya boleh jawab sambil pejam mata saja (mungkin sajalah, ntah2 itu pun knowledge yang tak update jugak). Tapi saya tak tahu nak expect apa yang diorang akan cakapkan di conference tu nanti. Buatnya dia cerita pasal hal-hal dunia? Tak mati saya ternganga kat sana. Kalau diorang bercerita sesuatu yang diluar pengetahuan saya dan sangat susah difahami.. harus saya tertidur je kat dalam hall tu.

Tapi saya tabahkan hati. Habis kalau tak pergi, saya nak buat apa? Tidur je sepanjang hari kat rumah? Baik saya cuba dulu.

Hasilnya.. masyaAllah! Sangat hebat! It started with Wardina. Wardina chaired the conference. Bagi sesiapa yang tak kenal Wardina, dan tak pernah tengok Wardina bercakap, either LIVE or in Youtube, she always start with a few verse of Al-Quran that touch hearts. Belum apa-apa dah sangat menyentuh hati. Dan Wardina memang petah berkata-kata.

Dan speakers dia pun sangat hebat-hebat. Kalau ada yang saya tertidur pun (eh? ehehe..😀) itu adalah kekhilafan saya sendiri. Sebab agak penat juga mendengar dari pagi sampai ke malam, so ada satu session tu memang saya mengantuk dan dah tertidur. Ada juga tu saya kurang faham because of the slang.

Ada satu speaker yang betul-betul saya suka, namanya Yasmin Mogahed. Hebat! She even have a website. Bukanlah speakers yang lain tu tak bagus, cuma apa yang dia cakap tu saya faham dan sampai ke hati. Tapi jangan suruh saya explain balik. Dengan knowledge yang saya ada, memang payah! But she was talking about love. Hmm.. interesting and trigger you kan?😉

Yasmin Mogahed

Okaylah, sampai sini dulu. Saya juga perlu bekerja. Saya pun dah sampai ke Putrajaya.

Regards,

~Ha~