Amaran: Inilah adalah bersifat duniawi dan bakal mendapat cercaan rakan-rakan mahupun masyarakat sebab nak tukar phone lagi.

Oh.. kalaulah saya berjaya membeli barangan idaman ini, maka ini merupakan rekod pecah kerana membeli jenama pertama yang bukan Norkiah. ~Saya loyal customer, Norkiah juga kaya kerana customer macam saya padahal punyalah dah ketinggalan zaman jenama ni. Sudah tiba masanya saya bertukar jenama!

Pada asalnya saya minat Galaxy Notes sebab saya boleh melukis-lukis di atasnya. Walaupun belum berjaya dibuktikan, tapi saya percaya saya mempunyai DNA seni, yang saya pun tak pasti saya kutip dari siapa. Tak nampak bayangan pun family saya mempunyai minat seperti saya. Tapi itulah, tiba-tiba saja mempunyai sebiji gitar, membeli lukisan yang belum berwarna dan mempunyai contengan lukisan pada buku-buku nota, tak kira masa zaman belajar mahupun pada zaman dah kerja nih. Huhuu..😐

galaxy notes

Okay.. berbalik pada cerita hp tadi, tiba-tiba saja ada seseorang telah mencadangkan saya pergi membeli Galaxy SIII, sebab masa tu saya tengah tengok dia guna Samsung Galaxy ape tah menonton movie. Uish.. macam best je saya tengok phone dia. Terus dia cakap, dari beli phone macam dia, baik beli Galaxy SIII.

Lalu, saya pun pergi membuat sedikit rujukan mengenai Galaxy SIII dan terasa macam sudah jatuh cinta. Oleh sebab kawangan telah menjadi goyah untuk beberapa ketika ini, saya tidak memupuk cinta ini secara mendalam. Jadi cinta yang terbiar tak dibajai, tak menjadi mekar mewangi. ~Kenapa rasa macam lagu nasyid nih?? Lagipun, apalah guna smart phone kalau tak mau pakai data plan. Sedangkan buat masa ini saya masih merasakan data plan adalah sangat membazir. ~Okay.. aku memang kedekut skit. Yang postpaid ni pun aku ada rasa nak tukar balik jadi prepaid. (-_-“)

Jadi demi keinginan yang masih ada, saya rasa nak mengumpul duit secara sedikit-sedikit setiap bulan untuk phone tuh. Selain dari saya dapat melengah-lengahkan masa saya membeli, ~nanti kalau beli ni, memang bercadang nak beli data plan skali! saya ingat boleh la saya guna duit yang ada ke arah yang betul. Takdelah menghabiskan duit ke benda-benda yang lagha je. ~Dah tau lagha pun.. tetap ada hati nak beli juga. huhuhu.. Saya janji akan gunakan data plan tu untuk perkara yang betul!

Sekian dulu impian saya. Impian yang saya tak tetapkan bila nak capai. Rileks2.. Galaxy SIII pun baru je sampai Malaysia. Harga tengah mahal lagi tuh. ~Walaupun aku sebenarnya tak pergi survey langsung market dia. Memang sedang cuba melupakan saja gadget impian tuh.

Ini ada 2 video tentang Galaxy SIII yang menarik untuk di tengok.

Regards,

~Ha~