Salam..

Bila tengok-tengok balik entry lepas.. masya-Allah, panjang betul. Oleh sebab terlalu panjang, saya yakin mesti ada yang skip-skip je. Huhu.. kalau saya pun malas nak baca.

Let’s continue..

13 May 2012 (Sunday)

Turun dari Gunung Sinabung, balik hotel, mandi, solat, check out dan gerak ke Danau Toba. Oh sebelum tu, makan tengahari dulu ~pada pukul 4 petang (-_-“).

Perjalanan dari Brastagi ke Danau Toba sangat jauh. Lebih kurang 3 jam lagi. So malam baru sampai sana. Oleh sebab dah habis banyak tenaga mendaki 2 gunung, malam itu kami tidur awal.

14 May 2012 (Monday)

Activity pagi ini adalah sight seeing Danau Toba.

Lepas breakfast di hotel, kami sewa sebiji bot untuk pusing-pusing Danau Toba. Ada kejadian yang tak seronok di sini. Mungkin ramai yang pernah nasihat, berhati-hati bila datang sini. Sebenarnya kat mana-mana pun sama. Ramai je orang nak mengambil kesempatan. Cuma mungkin sini lebih dasyat sebab taraf hidup yang lebih rendah rendah.

Ceritanya macam ni. Bila kami sampai di pulau yang pertama dalam Tasik Toba tu, ramai penjual-penjual dah mula mengerumini kami, minta kami beli barang jualan mereka. Bila kami cakap mahu jalan ke depan dulu, jadi ada yang siap bersalam dengan kami, dan menganggap kami dah berjanji nak datang ke kedainya kembali. Masa ni, saya dah mula rasa tak sedap hati.

Semakin lama, saya semakin rimas. Mungkin sebab saya tak suka orang paksa-paksa saya. Desperately forcing people buy their thing. Semakin lama semakin tak terkawal. Itu belum lagi orang datang minta derma ikhlas untuk tempat-tempat yang kami lawati. Kalau satu dua tempat takpe juga. Ni dah hampir semua tempat. Bukan lagi derma ikhlas. Dah macam paksa rela. Kena bagi jugak!

Itu belum lagi ada kawan-kawan yang terpedaya dengan penjual di sana. Bila nak pulang baki, mereka taknak pulangkan baki dan suruh ambil barang dan tambah lagi duit. Ada juga yang tak boleh keluar kedai kalau tak beli apa-apa.

Saya pun terus dah tak boleh nak senyum lagi. Begitu garang muka yang saya buat, sampai ada penjual-penjual tu tak berani dah nak approach saya. HAHA. Bagus jugak begitu. Tapi kesian kawan-kawan saya yang lain.

Akhirnya ia telah meninggalkan trauma kepada semua orang. Bila sampai pulau yang kedua, semua dah ketakutan. Apa pun kami tak berani pegang dan sentuh. Jalan pun berpegangan tangan. Tak berani nak santai-santai sorang. Kalau ada yang ajak buat sesuatu pun (hatta ambil gambar pun), kami akan cepat-cepat tanya, kena bayar tak? Tapi sebenarnya, pulau kedua tu lebih okay dari pulau pertama. Pelancong lebih ramai, kedai lebih banyak, dan barang pun lebih variety. Mereka pun tak memaksa langsung kami beli barang. Cuma kami semua sudah kecuakan.

So, nasihat saya kepada yang nak pergi melawat sana, jangan singgah pulau yang pertama tu. Tak ada apa pun yang menarik kat pulau pertama tu. Pergi je terus ke pulau yang kedua.

Keluar dari Danau Toba, kami bergerak ke Brastagi. Eh sebelum tu kami pergi lunch kat area tu dulu. Dan solat juga. Oh masjid dia agak menyedihkan. Eh okay je sebenarnya. Bahagian solat dan bangunan okay. Cuma halaman tu je kurang bersih dah teratur. Tapi sebenarnya semua tempat kat sini pun memang macam tu. Tak macam masjid kita, selesa, bersih dan selalunya dari tempat ambil wuduk bersambung dengan tempat solat wanita.. jadi tak perlu nak pakai tudung.

Lepas lunch, kami pergi ke Sispiso-piso waterfall sebelum menuju ke Medan. Jauh juga perjalanan. On the way perjalanan, saya dapat call dari officemate. Eh, mesti urgent. Kalau tak takkan sampai sanggup call saya kat sini!

Rupa-rupanya, dia nak bagi tahu yang saya tersalah apply cuti. Saya pergi apply cuti 21st & 22nd May. Apakah?? Patutlah bos aku dok diam-diam tak call apapun. Dan di Malaysia, semua orang sedang kecoh mencari saya. Nasib baik saya ada informed a few colleagues sebelum tu. Tapi semua tolong cover keberadaan saya. So bos still tak tahu saya di mana. Huhuh..

Tak lama lepas tu, bos pun call. Hokay.. memang takda cara yang lebih selamat daripada terus je meminta maaf. Kau gila nak bagi alasan lagi. Memang kena sembur la lagi. Bos minta cancel cuti Selasa dan pergi Temerloh. HAHA. Kalau lah dia tahu aku kat mana. Terpaksa la cakap, saya di luar KL. HAHA.๐Ÿ˜€ Bukan saja luar KL je, luar Malaysia pun.

Setelah setengah jam perbualan, menggunakan skill 5 tahun mengenali bos, akhirnya bos pasrah saya tak boleh balik. ~Ye.. the price I have to pay is.. boleh kata setiap hari aku kena perli sekarang ni. Pantang ada peluang. Baiklah.. just bear with it!

Sipiso-piso waterfall ada sangat cantik dan tinggi. Tapi saya cuma tengok dari atas saja, tak turun sampai bawah. Tak kuasa lah. Jauh kebawah sangat. Penat naik Sibayak & Sinabung pun tak hilang lagi.

Sampai Medan malam. Sebelum tu kami singgah beli jagung bakar dan makan bakso.

15 May 2012 (Tuesday)

Shopping day. Okay, saya tak shopping pun. Sebab memang tak bercadang nak shopping di Medan ni. So saya membuat tawaf di kedai-kedai shopping tu sampai 3 kali. Last-last saya beli kerepek je. HAHA. Apakah pergi Medan membeli kerepek.๐Ÿ˜›

Lepas tu kami adalah melawat 2-3 tempat yang lain demi menghabiskan masa yang ada, contohnya pergi istana, masjid & shopping complex. Eh? Masjid tu nak solat sebenarnya. Dalam banyak-banyak, saya enjoy pegi shopping complex je. HAHA. okay.. kat Malaysia pun aku tak enjoy sangat pegi shopping complex kan? Anggap sajelah tempat-tempat yang lain tu telah menimbulkan sesak di dada. Rimas sungguh nak berhadapan dengan orang yang mengejar kau dan pujuk beli barang. Dan sedih melihat tempat yang kotor dan tak berjaga.

Akhirnya, kami pulang dengan flight pukul 8 malam. Ye ke? ke 9 malam. Tak kisah lah. Janji malam. Sampai rumah dah pagi. Esok terus bergegas pergi kerja. Tak sempat nak bermalas-malas. Maunya tak.. saya ada training hari tu.. satu setup apa pun tak buat. Cuak tu mengatasi rasa penat. Huhuh..

Penutup: Baiklah.. habis dah cerita Medan. Lega-lega! Maunya tak lega.. saya ambil masa sampai 2 minggu nak habiskan entri ni! Lately ni memang busy. Okay takpe, kemudian kita cerita pasal kehidupan sekarang.

~Saya ingat saya taknak publish gambar untuk entry ni. Kita buat satu entry khas untuk gambar saja.

Regards,

~Ha~