Tags

, ,

Intro: Trip Korea and Trip Medan ni boleh dikatakan sebagai aktiviti yang tersalah plan. So moral of the story kawan-kawan, please make sure tengok betul-betul angka tarikh dan hari bulan, jangan pakai main commit je dengan anggaran, okay ni aktiviti bulan April ni aktiviti bulan May, last-last tengok rupanya satu end of April satu early May. Masa tu terketar-ketar la nak apply cuti. Hampir-hampir lah nak cancel Trip Medan ni.

Anyway, saya pergi juga. But with very very very minimum preparation, which after that I had to pay the price. A lot!! (T_T)

Let’s begin my story.

12 May 2012 (Saturday)

Eh. Nak start cerita dari malam 11 May lah. Malam tu, barulah nak packing baju. Walaupun cuma packing, tapi penuh dengan emosi. Sampai ke satu tahap, saya macam decide tak mahu pergi. Okay fine, sometime emotional is my middle name. Sebabnya, luggage cuma limit 5kg. Kalau saya bawak beg 55+10 little tu, ia dipercayai akan exceed to 10kg. Kalau bawak beg galas 20 little tu, huh sure la tak muat nak letak semua barang. Kalau tambah satu lagi beg, okay.. banyak betul beg nak bawak!

Anyway, last-last bawa juga dua beg. Tiga campur sling beg. I was mentally not prepared with this trip. Hati berterabur di sana sini. Kerja, cuti yg tak approve, curious bos sedar ke tak saya cuti, rumah, bilik, kereta, duit dan macam-macam. So basically, kurang dari separuh hati pergi.

Bergerak ke ERL Putrajaya pukul 3.30 pagi. Dah macam lari dari rumah. Menyelinap macam tu je. Even my cousin not aware I was out from home and off to Medan.

Flight pukul 8 pagi. I planned to doze off even before take off. Cuba melenyapkan diri dari dunia realiti. Kurang berjaya. But after take off, saya dapat juga tidur sekejap.

Sampai kat pintu keluar airport Medan lebih kurang pukul 10 pagi. Dengan 2 buah Inova, kami menuju ke Brastagi. Perjalanan maha jauh dan dasyat. Kalau 3 jam dengan lebuh raya di Malaysia, saya tak hairan langsung. Tapi dengan jalan yang tidak rata, banyak lubang, bengkak bengkuk dan sesak dan badan yang letih, ia boleh tahan memeritkan. Ditambah pula perut yang kosong sejak dari malam tadi, saya dah mula rasa angin dan sakit perut.

Ini bukan kereta yang kami sewa.. cuma ambil gambar sebab rasa ia sangat rare..

Jalan seperti ular kena palu..

Sampai di Brastagi, suasana agak sejuk. Mungkin kerana ini kawasan tanah tinggi. Aktiviti pertama untuk hari ini adalah mendaki Gunung Sibayak. Itu dia, hari pertama sudah extrem aktivitinya. Cuak juga nih, takut tak larat, sebab saya pun dah mula rasa sakit kepala.

bunga taik ayam yg kembang mekar depan hotel.. tanah yg subur!

After lunch, kitorang gerak ke kaki Gunung Sibayak dan mula mendaki. Sepanjang setengah jam (atau 1 jam?) yang pertama, kami mendaki laluan jalan tar. Sebenarnya bukanlah larat sangat, tapi saya gagahkan diri. Mood pun tak ada, so memang tak ambil banyak gambar. Disekeliling saya nampak ada 2-3 biji gunung. Saya asyik berdoa jangan gunung tu yang saya kena daki. Tinggi tuh!

di depan restoran yg kami makan tengahari..

Sibayak di kejauhan – pemandangan dari depan restoran..

waktu ini baru saja habis mendaki laluan jalan tar.. bila tengok jalan mendatar, terus rasa lega.. ingat dah habis daki ~padahal baru je 1 jam mendaki, memang taklah..

Bila sampai laluan tanah liat, suasana lebih redup dan sejuk, sebab banyak pokok. Dan memang gunung yang saya nampak tadi tulah nak kena daki. Tapi laluan kali ni adalah mendaki tangga. Tak sampai berapa lama lepas tu, laluan tangga dah mula terang sebab pokok dah tak ada.

Subhanallah, yang tersergam depan saya gunung-gunung yang diliputi kabus. Cantik!! Sangat cantik. Penat rasa hilang sekejap. Mood kucar kacir pada awalnya macam dah mula okay. Tiba-tiba saya teringat kat cousin saya. Dia pernah cakap, orang yang mempunyai darah cair ni, elok selalu pergi naik bukit & gunung, sebab boleh meneutralkan ion-ion negatif dan akan membuatkan kurang sakit kepala. Hokay, ntah betul ke tak cousin aku nih. Ape kena-mengena pulak darah cair dengan naik gunung? HAHA.😀 Tapi seriously waktu tu saya rasa macam betul je apa dia cakap.

Terus bersemangat panjat. Tapi takdelah terus laju. Jalan tetap macam siput jugak. Mana pulak tetiba tukar enjin turbo kan.😉

Bila dah dekat dengan kawasan gunung berapi (READ: G.Sibayak adalah gunung berapi) kitorang mula hidu bau sulfur. Okay, bau ni memang tak best. Saya sensitif bau, so bau-bau macam ni menyebabkan saya menjadi ninja dan mula pakai buff 24/7.

Gunung ni masih mengeluarkan asap sulfur dan berbunyi bising. Kalau pergi dalam keadaan asap tak banyak, pemandangannya agak cantik dan unik. Sah-sah la memang tak sama dengan gunung di Malaysia. Tapi makin lama kami di situ, asap makin tebal, sampai jarak penglihatan pun dah tak jauh. Gambar pun nampak kelabu asap je. Sampai ke satu tahap, saya pun hampir pitam. Saya syak sebab kurang oksigen. Mana taknya, asyik pakai buff tutup muka je.

tak faham macam mana budak ni boleh tahan dalam asap sulfur yg tebal tuh..

kelabu asap dgn asap sulfur dalam kawah gunung berapi

lepas turun kawah gunung berapi.. perlu daki balik. Memang takde keje btul..

Kami panjat beberapa puncak, ada yang siap buat fotografi hari raya, yang mana saya tak join, sebab.. tak de sebab tertentu, cuma saya tak suka idea recycle saja. HEHE.🙂 Lagipun, beg pun tak muat nak isi baju kurung.

Bila sampai di kaki gunung semula, hari dah mula gelap. Next activity, pergi kolam air panas. Hokay, air panas adalah benda yang saya tak pandai sekali nak guna. Kalau pegi hotel waktu pagi pun, saya tak guna air yang sangat panas. Macam tak tahan. Jadi kat sini pun saya cuma rendam kaki je. Tapi betullah macam diorang semua cakap, air ni memula rendam je rasa sakit, tapi bila dah lama-lama, rasa okay.

Cuma, cuba bayangkan kaki kita direndam air panas, tapi separuh bahagian atas badan kena tiup angin gunung yang sangat sejuk. Perasaan dia memang sungguh konpius dan.. uh speechless. Last-last saya kalah, terus angkat kaki. Bau sulfur air panas tu agak kuat juga, so terpaksala bilas pulak kaki tu, dengan air panas jugak. Adeh! Tapi kalau siapa yang berendam dalam kolam tu lagi haru, bilas dengan air sejuk. Hoi hoi.. rasa macam nak demam je bila fikir nak mandi air sejuk tuh.

Malam kami makan kat restoran nasi padang Umi.  Makanan agak murah compare tengahari, bersih dan sedap jugak.

Sampai hotel pukul 9 malam. Umangaih.. kaki gunung pun sejuk ya amat. Lepas mandi dan solat, kelam kabut tidur. Penat.. dan paling penting next activity cuma beberapa jam selepas tu!

13 May 2012 (Sunday)

Lebih kurang pukul 12.30 malam (or pagi?) Mari Chan kejut bangun tidur. Sebenarnya dari malam semalam hati dah berbelah bagi nak pergi atau tak. Ikutkan hati, memang lah rasa sayang terlepas tengok pemandangan cantik, tapi sangat risaukan stamina diri. Yang semalam pun dah kucar kacir. Sangat berharap Mar tak jadi pegi, barulah ada kawan (Kaki Mar injured skit masa naik Sibayak).

Tapi oleh sebab semua jadi pergi, ada sorang yang tak pergi pun sebab dia bukan biasa aktiviti panjat gunung ni, saya pun pergi la jugak. Waktu di kaki gunung, saya cuba pujuk orang lain pula tak payah pergi. Pun tak berjaya. Memang dasarnya jenis taknak mengalah sorang-sorang. HUHU. Akhirnya saya ikut memanjat. Oh ya, kali ni, kitorang nak mendaki Gunung Sinabung.

Kami bergerak dalam pukul 2 pagi. Pada mulanya macam okay, tapi selepas setengah jam, saya dah mula rasa mengah dan tertinggal ke belakang. Saya cuba yakinkan diri, kalau saya duduk dan berehat sebentar, lepas tu bangun mesti okay. Malangnya lepas rehat berkali-kali pun, saya masih rasa betul-betul tak larat. Baru bangun dan melangkah 2-3 tapak pun saya dah rasa penat ya amat.

Sampai ke suatu tahap, saya dah mula rasa give up. Saya taknak naik sampai puncak. Perjalanan mendaki yang sepatutnya 4 jam, mungkin akan jadi berjam-jam kalau macam ni gaya saya mendaki. Oleh sebab guide bercadang mahu naik  dan turun menggunakan laluan yang berbeza, saya ingat nak tunggu di laluan persimpangan turun saja. So tak perlulah saya daki sampai puncak.

Tapi rupa-rupanya, memang tak bertembung laluan naik dan turun. Jadi, in order to go back, I must climb up. Damn! Suka atau tidak, larat atau tidak, saya perlu daki sampai puncak. Ia sesuatu yang sangat.. tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, geram, sedih, rasa bersalah, pasrah.. semuanya bercampur sekali. Marah dengan diri sendiri sebab tak pandai nak nilai badan sendiri. Sepatutnya dari awal saya dah boleh agak saya tak ada stamina nak mendaki. Geram sebab saya tahu saya boleh buat sebenarnya, tapi atas sebab not prepared, inilah akibatnya. Sedih sebab dah menyusahkan semua orang. Rasa bersalah sebab, saya yakin, tak mungkin saya akan sampai dalam masa 4 jam, dan akan ada orang terpaksa jadi peneman saya di belakang. Ia bukan sesuatu yang best kalau kita tahu orang tunggu kita dalam keadaan terpaksa. Pasrah.. sebab kalau saya nak balik, saya kena mendaki juga.

On the way up – gambar ini diambil ketika saya sedang melepaskan lelah di trek pacak dan berbatu..

Berhenti berpuluh ribu kali, muntah, sejuk, tertidur dalam keadaan tak sedar, paksa diri makan, paksa diri mendaki, semua tu saya cuba harungi dengan hati yang tabah. Saya buat-buat tabah sebenarnya, sebab saya bukanlah tabah sangat. Cuma saya cuba kosongkan fikiran, cuba tak fikir terlalu banyak dan cuba fikir untuk sampai beberapa tapak kehadapan saja. Mendaki dalam keadaan pasrah. Berkali-kali saya minta maaf orang di sekeliling saya. Ia perasaan yang tak ingin saya ulang. Perasaan ‘down’.

puncak..

Embun..

Bila lihat embun atas pokok dari kejauhan.. looks like diamond.

Akhirnya saya sampai di puncak dalam pukul 8 lebih. Semua orang kelihatan dah mengantuk tunggu saya. Saya cuba membuat muka selamba. Muka yang terlalu down pun boleh buat orang menyampah jugak kan? Huhu.

Lepas berehat dan makan nasi goreng Indonesia, kami mula buat sesi fotografi. Kali ni saya join sebab kali ni idea yang fresh dan senang je nak buat. Dalam pukul 10 kami turun. Oleh sebab ini pemandangan yang jarang kami tengok, perjalanan balik pun mengambil masa agak lama, terutama dekat puncak. Kejap-kejap berenti ambil gambar.

Ingatkan bila turun saya boleh menarik nafas lega. Rupanya lebih dasyat.. dari segi perasaan. Semua tahu saya takut tinggi dan penggayat. Basically, high is a factor for me. Dan keadaan turun pulak adalah sangat curam. Curam yang tak sama macam naik. Macam mana nak cakap eh. Kalau masa naik, kami lalu tepi gaung. ~nasib baiklah tak nampak sebab masih gelap. Tapi keadaannya hampir sama dengan hutan-hutan Malaysia. Banyak pokok-pokok besar. Bila nak turun tu tak ada lah gaung yang curam di kiri dan kanan. Masalahnya pulak, keadaan gunung yang kami nak turun tu agak menegak, dan tak ada pokok yang keras nak berpaut. Pokok paling gah adalah pokok paku pakis, yang dah mula mereput sebab terkena letusan asap gunung berapi 2-3 tahun lepas. Jadi bayangkan kalaulah saya tersadung ke depan.. huiii terus saya sampai kaki gunung kot! Tak payah susah-susah nak turun.

kawah gunung berapi

Tu belum lagi keadaan tanah yang agak rapuh. So memang mudah nak tergelincir. Bagi yang injured, ini memang saat yang sangat mengharukan hati. Sakit dan ngilu tu, tuhan saja yang tahu ~sebab saya pun tak tahu jugak. Alhamdulillah saya tak injured.

Kawasan hutan gunung ni agak berperingkat-peringat. Mula-mula kawasan paku pakis yang dah mati. Saujana mata memandang. Lepas tu kawasan hutan tanah gambut. Lepas tu kawasan lalang. Masa hutan tu, ingat dah senang skit, rupanya ini bermula buat kaki saya sakit. Sebab saya asyik tergelincir berulang-ulang kali. Pesen jatuh jenis double pulak. Lepas letak sebelah kaki, jatuh, bangun, letak sebelah lagi kaki, dan jatuh lagi. Bukan sekali pulak tu. Berkali-kali jadi macam tu. Saya ni kira tak apa la juga, tak injured. Ada kawan-kawan kitorang yang injured tu.. memang lagi hazab la agaknya.

Ingat bila sampai kawasan lalang, perjalanan jadi senang skit la, bajet macam kat Broga. Tak ye kawan-kawan, tak!! Susah jugak sebenarnya, sebab kat sini pun asyik tergelincir, licin rumput lalang dan tak nampak ada lubang atau tanah tak rata. Dah la nak kena meredah semak lalang yang separas kepala tu. Yang sebenarnya, semua laluan yang kitorang lalu tu hampir tak pernah orang lalu. Jadi bayangkan betapa semak dan rimasnya laluan tuh.

Akhirnya sampai jugak kat kaki gunung. Kalau kat Malaysia, dah boleh mula naik kereta kan? Kat sini jangan harap. Kena pulak redah masuk ladang sayur. Ada ladang tomato dan macam-macam. Lepas tu terjumpa lembu, yang kami tersilap ingat dia nak kejar. HAHA. Sape suruh pakai baju merah, semua dah cuak-cuak sendiri.  Padahalnya lembu tu kena ikat je, nak kejar apanya.

Gunung Sinabung dari ladang tomato..

Lepas tu, redah masuk kampung orang pulak. Jumpa anjing macam jumpa kucing kat Malaysia. Bersepah dan muka toya je anjing-anjing ni. Tapi saya tak boleh belah bila fikir last-last anjing-anjing ni diorang buat makanan jugak. Maklumlah, kaum batak. Haisshhh…

Sampai bawah, dah pukul 2 petang. Tunggu kereta sewa, kitorang terus ke hotel. Sah-sah nak kena bayar denda sebab check out lewat. Kalau ikut, guide janji dengan driver nak jumpa pukul 10 pagi. Bayangkan berapa lama kitorang dah lewat dari schedule.

Okaylah, dah panjang sangat ni. Lain kali sambung.

Regards,

~Ha~