Update: Sorry lah kawan-kawan, dah lama tak update. Sibuk dengan kerja tu satu hal. Buat aktiviti pun satu hal. Nanti saya cerita my recent activity. But before we go into that, saya nak habiskan dulu cerita Mulu ni.

History:

First Part story

Second Part story

26th March 2012 (Monday)

Hari ni ada aktiviti Connection Cave. Oleh sebab aktiviti ni hanya boleh disertai 8 orang, jadi lagi 5 orang kena tinggal. Huhuhu..šŸ˜¦ Sayalah salah seorang yang kena tinggal. Memang pun asalnya saya volunteer tak mahu pergi sebab takut. Tapi bukan kamu semua tak kenal saya, saya kan suka mencabar diri sendiri. Jadi? Sedih jugaklah sebab tak berjaya mencabar diri sendiri.

Menghantar manusia-manusia yang akan ke Connection Cave

Anyway, yang pergi tetap pergi, yang tinggal perlu meneruskan kehidupan. ~Eh? phrase yg betul digunakan pada waktu yang salah ke? Kesedihan dan kebosanan bukanlah suatu pilihan. Jadi mari isi masa lapang.

Moonmilk Cave / Gua Bulan Susu

Kenapa nama gua ni macam ni? Ntah, oleh sebab tak ada guide maka jawapan adalah berbentuk tekaan. Saya rasa sebab permukaan dinding gua yang macam bulan, dan berwarna putih macam susu. Atau mungkin juga sebab ini anak gua.. eh kalau anak gua tentulah panggil baby cave.. okay saya kembali kepada jawapan saya yang pertama.

Untuk pergi ke gua ni, ia tak memerlukan kos pendaftaran mahukan guide. Nampak tak kami sudah jimat di situ. Pergi connection kena bayar RM180 kot ~eh dah lupa fees dia, ah tak kisah lah.. bukan bayar pun. Pergi Moonmilk cave pun dapat tengok gua juga, tapi tak payah bayar satu sen pun. ~okay.. ayat tengah pujuk hati.

Nak pergi ke sana pun taklah sesusah mana. Track semua dah lengkap, cume follow je laluan yang disediakan. Sepanjang perjalanan jumpa banyak binatang, saya paling suka rama-rama. Ada banyak jenis dan cantik-cantik. Terus macam dapat idea nak buat baju raya. Eh?šŸ˜› Tapi macam biasa, tak sempat nak ambil gambar, rama-rama tu terbang pantas sangat. HAHA. Okay, mari gelakkan diri sendiri.šŸ˜€

antara binatang yang dijumpai..

snail ni sangat besar.. masa jumpa tu mmg terkejut badak.. nyaris-nyaris tak pijak..

Boleh tahan menjerihkan jugak rupanya nak pergi Moonmilk Cave nih. Dah la jalan jauh, kena naik tangga pulak tuh. Siap jumpa pintu Racer Cave yang kami pergi sehari sebelum tu lagi.

tangga oh tangga..

perjalanan pun terhenti-henti..

sampai adegan-adegan rare macam ni pun boleh kelihatan..

Cantik jugak gua ni. Boleh dilihat texture gua dari jarak yang dekat, dan boleh dipegang jugak.

scene menyelit-nyelit pun ada..

Clear Water Cave

Eh Clear Water Cave? Bukan dah pernah pergi ke masa nak ke Camp 5 hari tu? Okay.. laluan denai yang kami lalu tu boleh terus sampai ke Wind Cave dan Clear Water Cave. Tapi memang sangat jauh hokay. Dah rasa tak larat nak jalan.

But to think again, kan saya dah pernah berjalan 8km lebih masa nak ke Camp 8. Apsal pulak kali rasa letih sangat? Rasanya yang ni takdelah sampai 8km kot. Hmm.. ntahlah. Anyway, kita abaikan part tuh. Tujuan kami selepas tu memang nak ke Clear Water Cave. Sebab? Bukan nak tengok sangat gua tuh. Nak mandi sungai lah sebenarnya! Ohh.. memang sungguh nyaman mandi di situ. Sampai terketar-ketar kesejukan.

iskh iskh iskh.. sungguh gembira! Siap bawak goggle!

Deer Cave & Lang Cave

Petang pulak, pergi melawat Deer Cave dan Lang Cave. Ini visit cave. Jadi tujuannya hanya nak melawat-lawat saja lah. Tiada tenaga yang banyak diperlukan. Bayaran saja perlu, sebab menggunakan khidmat Guide. Tapi dah lupa pulak berapa ringgit.

Kalau selama hari ni, main jalan je tak pandang-pandang. Sekali bila jalan dengan guide, barulah tahu park ni boleh tahan menakutkan. Tahu apa kami jumpa?

kat atas pokok..

kat tempat pemegang laluan pun ada..

Terus lepas tu jalan pun dah pandang atas bawah kiri kanan. Nak pegang apa-apa pun tengok dulu betul. Scary btul rasa. Tapi eloklah pun, dah hari terakhir dah. blergghhh..

Lang Cave tu sangat cantik. Nak pulak dia letak lampu-lampu semua. Kalau baru nak belajar pasal cave, elok pegi Lang Cave dulu, sebelum buat aktiviti cave lain.

formation yang sangat cantik. Subhanallah!

kelawar 2 ekor dari atas atas bumbung gua..

Deer Cave pulak sangat besar. The world’s largest cave passage. Memang besar betul. Okay.. malas nak cerita lebih, walaupun cerita dia sangat interesting, so apa kata korang pegi sendiri. Memang definitely amaze with God creation.

bentuk muka orang.. ade ke diorang kata Abraham Lincoln?

Habislah hari itu dengan aktiviti santai.

27th March 2012 (Tuesday)

Hari untuk pulang ke pangkuan Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa sangat lama. Sebab, Fokker hanya bergerak ke Miri pada pukul 2 petang. Dan flight Miri-KL pulak pada 8 malam, yang akhirnya membawa ke pukul 10 malam sebab delay.

Oleh sebab terlalu lama transit di Miri, semua pun sempat merayau-rayau dan membeli-belah di bandar Miri.

Makan-makan.. recommended!!

Sekian cerita Mulu!

Regards,

~Ha~