For First part story.

Sebelum saya proceed cerita hari berikutnya, saya nak tunjuk skit benda-benda yang saya jumpa sepanjang perjalanan ke pinnacles. Skit ke? uh uh uh.. tengoklah banyak mana larat.

ulat atau serangga?

heart..

di pertengahan jalan, tiba-tiba suasana bergabus macam nak hujan.. alhamdulillah cuaca tiba-tiba elok balik..

‘something’ on the rock.. kulat ke? tapi cantik!!

ceri maybankkard..

cendawan..

another cendawan.. uiks.. yang ni lagi pelik..

siput ni memang pelik.. badan dia dah meliputi sampai ke kulit cengkerang.. euwww..

banyak btul jenis cendawan..

Thanks to Aini, kebanyakkan gambar ni dia yang ambil. Maklumlah, time tu saya sedang kepenatan memanjat. Saya pass je camera kat dia.

24th March 2012 (Saturday)

Hari ni nak pulang ke National Park. Tapi masih perlu bangun awal sebab kenalah masak-masak untuk sarapan, kan?

pagi di Camp 5

huru hara masing-masing nak bersiap pulang..

tapi perlu bergambar dulu.. untuk mengabadikan kenangan..

kami dan guide..

Bila nak pulang pun perlu jalan 8.8km lagi. Lepas tu naik bot lagi.

antara contoh bot perlu di tolak.. tapi kami tak turun pun dari bot.. biar je pembantu pemandu bot yang tolak.. kejam kan?

Bila sampai, kami rehat-rehat sambil otak masih fikir-fikir mahu pergi mana lepas ni. Dalam jadual, takde aktiviti yang disediakan. Petang tu, kami decide nak pergi Paku Waterfall. Oh perlu jalan 3km lagi. Sepanjang jalan, kalau mata tajam boleh nampak banyak serangga dan binatang. Tapi kalau hati asyik fikir nak cepat sampai, memang cepat sampai sajalah dapat. Hehehe..😀

setelah separuh perjalanan laluan berkayu dan elok.. 1.3km perlu lalu laluan denai dan berlecak..

sampai dah..

cantik.. tapi saya kurang selera mandi di sini..

25th March 2012 (Sunday)

Hari ni adalah aktiviti gua. Oleh sebab kami group yang ramai, terpaksa pecah dua group untuk buat aktiviti yang sama. Satu di sebelah pagi, dan satu sebelah petang.

Group saya sebelah petang. Jadi sepagi tu memang boring betul. Semua aktiviti lain yang menarik di sini adalah sebelah petang. So, kitorang just jalan-jalan exploring the jungle. Okay.. banyak jugak benda menarik yang kami jumpa.

Mencari aktiviti yang tak menggunakan kos.. melawat Tree Top Tower.. 3 orang yang kebosanan..

Cuba meninjau-ninjau kalau terlihat sesuatu.. tapi memang takde rezeki..

macam-macam jenis cendawan.. u will see a few more of them after this..

pokok yg unik..

learning about jungle..

periuk kera.. dulu macam jakun je tengok.. lately nih.. mcm dah selalu sgt jumpa pulak..

sebenarnya jumpa banyak serangga.. especially rama-rama yg cantik.. tp oleh sebab tak tangkas.. binatang tu pun dah ke mana-mana dah.. even semut pun saya ak berjaya nak amik.. adeh!

Aktiviti hari ni adalah exploring Racer Cave. Ini intermediate level cave, nak kata senang sangat pun tidak, susah pun tak langsung. Uh? belagak betul bunyinya. Tak tak, sebenarnya tak lah susah, cuma kalau anda ada Nyctophobia atau Claustrophobia mungkin ada masalah skit. Saya yang ada Acrophobia skit ni pun, mula-mula macam cuak jugak. Nak pulak dengar first group cerita yang bukan-bukan, saya memang cepat cuak. Padahal diorang sengaja je nak takut-takut kan orang. Oh ya.. kalau anda bersaiz besar pun, ada masalah juga, sebab ada laluan tu agak sempit. Kena mengelit-nyelit.

selisih dengan group first, dgn guide2 melambai hantar kami pergi.. siap cerita perkara yg mencuakkan.. cis..

persiapan masuk gua.. mesti ada head lamp.. sbb gua itu sangat gelap..

dah nak masuk gua.. mula cuak..

gua adalah sangat gelap.. tapi gambar2 lepas ni terang benderang sebab ada flash camera..

celahan yg sempit..

Anyway, Racer Cave is named after racer snake. Saya ingatkan nama Racer Cave sebab orang nak berlumba masuk dalam gua nih. Memang ada jumpa 2 ekor ular pun masa masuk ni. Saya yang memang takut ular ni memang cuak betul. Berkali-kali saya tanya guide, “Is this safe? Don’t show us something not safe” Hehehe.. saya memang suka cuak yang bukan-bukan, kan? Sebenarnya tak bahaya, sebab ular ni makan kelawar je. Ni ada link video saya jumpa macam mana ular ni cari makan.

Mula-mula saja saya cuak. Bila saya dah aware dengan keadaan gua yang sebenarnya sangat luas, wah terus saya berlari menjadi photograper untuk mereka nih. Sekejap ke depan, sekejap di belakang. Baiklah, saya memang aktif. (-_-“)

serangga dalam gua..

labah-labah gua..

hairan tengok gambar nih.. sape guide sebenarnya.. semua termasuk guide baju hijau tu fokus pada seseorang..

tadi nampak cam ada perbincangan series kan? sekejap je.. skrg tgklah.. dah lain mcm dah..

tengok tu..

memanjat pun kena ada gaya..

cengkerang di dalam gua? erm.. kita kan tahu dulu gua ni ditenggelami air laut..

gaya penutup dalam gua..

sebelum balik.. pose berangan atas bot dulu..

Malam, kami buat tayangan gambar-gambar yang di ambil. Lepas tu gelak-gelak. Maklumlah, tv tak ada. Huhuhu..

Sampai sini dulu..

Regards,

~Ha~