Mari cerita tentang pengalaman Mulu.

21st March 2012 (Wednesday)

Check in dari LCCT pukul 7 lebih. Sebenarnya, kitorang dah berkampung dekat situ dari malam lagi, sebab risau takde transportation nak gerak pagi tu. Maka bergelandangan dan bergelimpangan lah kami di lantai airport tu malam tuh.

Sampai di Miri, kami jalan-jalan di bandar Miri dulu makan dan beli barang-barang. Lagipun flight ke Mulu pukul 2 petang.

makanan dia boleh tahan sedap..

bagi manusia-manusia ini, mereka tak pergi jalan-jalan, sebaliknya ditugaskan jaga beg kat airport, sambil main kad..

Pukul 2, gerak ke Mulu. Kepada yang pertama kali naik fokker.. bukan main gembira lagi dapat tiket Fokker tuh. Macam baru lepas menang motor. Pada yang pernah naik, eh macam dah besar skit dari dulu la kan?

Sampai Mulu kena naik van untuk pergi Gunung Mulu National Park.

eh macam mana boleh terambil gambar pilot plak nih.. sungguh bergaya macam model lah..šŸ˜‰

Tempat tinggal di sini macam boleh tahan selesa. Ada air cond, cafe dan macam-macam. Tapi price dia pun boleh tahan. Dia pakai international charges. Pengsan! Sekali makan je 1 pax dan air je boleh cecah RM20. Memang macam ada rasa nak menangis la jugak.

Enough about accommodation. Petang, lepas rehat-rehat, kami pergi tengok Bat Exodus. Tak memerlukan sebarang cost melainkan cost of energy sebab kena berjalan hampir 3 kilo. Oh kalau duduk di sini, purata perlu berjalan mungkin lebih dari 5km sehari. Jadi, bear in mind, anda tak boleh manja-manja di sini.

Bat Exodus

Inilah rupa manusia-manusia yang tengah tengok bat exodus..

Habis tengok kelawar pergi mencari makanan, manusia-manusia ni pun menjadi seperti kelawar juga, bertebaran ke cafe mencari makanan. Kena makan awal, sebab perlu tidur awal, sebab esok ada kena kerja lebih kuat. Ada aktiviti hebat.

22nd March 2012 (Thursday)

Hari dimulakan dengan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak cafe. Boleh pilih sarapan berdasarkan pilihan yang ada. Kalau jenis tekak Malaysia, pilihlah nasi lemak atau bihun goreng. Kalau tekak barat, boleh makan roti, red bean bake dan telur. Ataupun special dari Mulu, pan cake atau cereal. Eh, apa yang special-nya? Ntah la.. Sarapan tu disediakan bersama sepiring buah-buahan dan air kopi atau teh yang kena ambil sendiri.

Aktiviti pertama adalah.. menaiki bot. Nama pun Sarawak, negeri yang memiliki sungai terpanjang di Malaysia, dah sah-sah la memang akan naik banyak bot melalui sungai-sungai yang ada.

Hari ni kena asingkan beg. Kita bawa beg kecil je untuk pergi pinnacle, beg besar simpan kat national park.

Tempat pertama yang dikunjungi Perkampungan Penan. Dulu, masa datang 2-3 tahun lepas, kampung ni lagi cantik sebab ada rumah panjang, dan berlatar belakangkan Gunung Mulu. Tapi rumah tu dah terbakar, so kawasan rumah dia dah jadi rumah biasa je. Dah kurang asli.

Di perkampungan penan ni, ada jual barang souvenir.. pilih-pilih kalau berkenan..

Lepas tu, kitorang pergi Wind Cave dan Clear Water Cave. Every cave ada their own speciality dan reason kenapa nama-nama dia sebegitu. Dan oleh sebab ia adalah world heritage, gua-gua ni sangat dijaga, so ia masih dalam keadaan semula jadi. Tak mungkin jumpa grafiti ke apa. Nak sentuh pun tak boleh. Formation dia memang cantik dan mengkagumkan.. Subhanallah!

Akhirnya, kitorang bergerak menuju camp 5. Perlu naik bot lagi, hampir setengah jam mungkin. Saya pun dah lupa. Dan air sungai di sini pun bukan selalunya dalam, so kadang-kadang kami sampai terpaksa tolong tolak bot sekali, sebab air terlampau cetek.

Sampai di di darat, kena pulak berjalan 8.8km lagi. Nasib baik jalan secara santai, jadi boleh lah tahan lagi. Tapi nak dekat sampai tu, boleh tahan penat jugak la.

Sampai-sampai, kelam kabut nak pergi berebut bilik. Ingatkan kena main cop-cop dan kena campur-campur dengan group lain. Rupa-rupanya guide dah asingkan dengan group lain. Tapi yang kurang best, satu bilik tu kongsi lah lelaki perempuan. Jadi memang kena pakai tudung 24/7. Nasib baik tidur boleh sewa kelambu dan pangkin tempat tidur tu terbahagi sebelah kiri dan kanan bilik. Jadi kami asingkan lelaki di sebelah kanan, perempuan sebelah kiri. Dan keadaan tidur tu terlindung lah skit.

Makan pula kena masak sendiri. Dapur dan kelengkapan dah disediakan. Cuma kena bawak bahan mentah je. Cafe memang takdelah. Kalau ada jual pun, contohnya air tin, harga dia ya amat-amat lah mahal.

Depan Camp 5 tu ada air sungai. So sampai-sampai je, terus kitorang pergi mandi sungai. Dan boleh kata setiap kali habis aktiviti, kitorang pergi terjun sungai. Depan camp 5 tu pulak mengadap gunung dan jambatan gantung. Tempat duduk juga ada disediakan untuk lepak-lepak. Serius memang boleh release tension! Lupa KL kejap.

Ni waktu dah nak balik dah ni.. tapi takpe, nak tunjuk ade meja dan kerusi depan camp..

Sampai ke malam untuk hari tu, aktiviti kitorang santai-santai je. Sebab nak simpan tenaga untuk esok. Dalam pukul 8 malam, guide bagi brief skit, kebanyakkannya tentang persediakan untuk esok.

23rd March 2012 (Friday)

Aktiviti dijadualkan bermula 6.30 pagi, tapi kenalah bangun teramat awal. Pertama, sebab Subuh di sini masuk awal. Pukul 5 kot dah masuk Subuh. Kedua, sebab nak kena masak untuk sarapan dan bekal lunch pax. So rasanya cam pukul 4.30 pagi dah bangun kot. Nasib baik semalam pukul 10 dah tido.

~Tiba-tiba saya teringat kuliah yang pernah saya dengar, sebaik-baiknya kita tidur antara pukul 10-12 malam. Itu adalah tidur yang paling baik. Sebab lepas tu kita di suruh bangun di sepertiga malam untuk tahajud. Dan ia memang sangat betul. Saya mendapat lena dan rehat yang cukup bila saya tidur awal. Patutlah kitab ada cakap macam tu. Walaupun bangun awal pagi, tapi saya macam tak rasa letih sangat.

Aktiviti hari ini adalah memanjat Gunung Api untuk tengok Pinnacles. Walaupun semua dah siap pukul 6.30 pagi, tapi panaskan badan lebih kurang, pukul 6.45 baru gerak. Baru 5 minit jalan mendatar, terus jumpa track mendaki. Daki dan terus mendaki. Langsung takda mendatar dah. Jadi sudah boleh faham bila orang cakap, walaupun rendah (dalam 2.4km je), memang boleh tahan mencabar.

Nak sampai ke Mini Pinnacles kena naik 900 meter. Yang ni je pun memang dah menjerihkan. Nak pulak naik dengan orang yang hebat. Saya asyik tertinggal di belakang. Tabahkan jugak hati. Usah dihirau orang lain, sebab kalau fikir orang lain, memang boleh buat down sendiri. Nasib baik ada yang sudi temankan biarpun lambat. Terima kasih! Terima kasih juga kepada guide, walaupun itu memang tugas dia.šŸ˜‰

Mini Pinnacles

dua orang yang sabar menunggu..

Ada syarat sebenarnya nak tengok pinnacles nih. Perlu sampai di first ladder section sebelum pukul 11 pagi. Sebab kalau nak ke section ni pun ambil masa, dipercayai nak turun nanti lagi ambil masa. So ada kemungkinan, malam kot baru sampai bawah. Yang itu memang sangat bahaya la.

first ladder.. gembiranya!!

Saya sampai kat di first ladder pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah! Tapi saya ni consider not so fit la. Saya baca kalau fit ambil masa 2-3 jam je climb. Saya baru nak sampai first ladder.

Sebenarnya, ini antara section yang paling saya cuak. Berdasarkan cerita, dekat sini macam menggayatkan skit. Dah lah tuh, banyak nak kena naik tangga dan panjat tali. Tapi ntah kenapa, bila dah cuba, eh takdelah tinggi sangat tangga dia. Lagipun, ia dikelilingi batu, jadi saya tak nampak gaung yang dalam. Jadi, saya tak memberi banyak masalah kepada orang yang meneman saya.

Cuma, saya dah mula kekurangan tenaga. Dalam kepala asyik fikir makanan je. Lapar memang tak boleh nak cakap dah.

So bila sampai, kita buat benda paling penting sekali, iaitu makan nasi. Huhuh.. gambar, pemandangan dan kawan-kawan, semua dah tak peduli. Jangan kacau, saya nak makan! Habis 1 pax nasi, baru boleh tersenyum. Keh keh keh..šŸ˜€

Lepas ambil gambar lebih kurang, saya pun turun. Terpaksa jadi orang yang awal turun, sebab saya kan orang yang paling lambat. Sebenarnya turun agak susah juga. Kalau naik susah sebab guna banyak tenaga, kalau turun susah sebab menahan sakit terkena batu tajam. Terutama kalau pakai kasut getah adidas kampung tu. Sebab bila tanya kawan-kawan yang pakai kasut mahal, diorang tak rasa pun tajam-tajam batu tu. Lagi satu, licin dan kaki tersangkut di celah batu. So memang tak boleh nak lari-lari turun macam selalu. Kena banyak berhati-hati.

adidas kampung..

singgah ke Mini Pinnacles skali lagi untuk bergambar..

Sampai bawah pukul 2 petang. Saya dah mula migraine sebab kena panas terik matahari masa kat pinnacles. Dah mula terbaring-baring tak tahan sakit kepala. Tapi lepas ada orang bagi nasihat suruh rendam kaki dalam sungai, barulah okay skit.

Lepas solat jamak zohor dan asar, pukul 3 lebih, kami sambung pergi tracking dalam hutan. Nak pergi head hunter trail macam jauh sangat, instead kami pergi tengok kubur mereka saja.

Balik tu, mandi sungai lagi. Seronok!!

Malam, masak dan main kad. Ingat nak tunggu guide ajak sembang-sembang, tapi tengok-tengok saya dah tertidur pun. Bila terjaga, guide dah nak habis cerita. Saya pulak yang dah tak boleh tidur lepas tu. Uh uh uh..

-Okaylah.. sambung entry kedua. Panjang sangat dah ni.

Regards,

~Ha~