Salam..

Saya di Kajang sekarang ni, di rumah ibu saudara. Ia bersifat serampang 2 mata. Selain dari saya ingin menziarah ibu saudara dan sepupu-sepupu saya, ia juga dekat dengan Putrajaya, di mana saya sedang bertugas sekarang.

Entry Mulu nampaknya masih belum dapat di buat, walaupun gambar dah dapat. Entah di mana silapnya, 2 folder gambar dari camera saya telah kosong. Walaupun saya masih ada gambar dari camera orang lain, ia sebenarnya dah menawarkan hati saya. Ye.. hati saya memang mudah sentimental dan sedih pada hal-hal sekecil ini. Maafkan saya..😦

Sementara saya cuba cari kembali gambar tersebut, mungkin masih selamat di tangan orang lain, saya akan cuba terus memuhasabah diri. Itulah antara tujuan blog nih, medium menasihati dan mengingatkan diri saya.

Ingat tak saya pernah berazam mahu mengawal marah? Ia masih lagi menjadi proses yang berterusan. Kadang-kadang saya rasa cool, kadang-kadang saya boleh jadi stone cold juga.😛

Kenapa agaknya saya begitu gigih mengubah diri sendiri?

Kerana saya mahu mencontohi idola saya, Rasulullah SAW. Saya mahu santun baginda menjadi pakaian saya. Walaupun ternyata saya masih jauh dari itu. Sebenarnya, terlalu banyak yang saya perlu mulakan untuk mendapat perilaku Rasulullah yang satu tu. Terlalu banyak.😦 Terkadang rasa terlalu susah saya ingin menjadi ‘baik’ dan solehah.

Saya perlu kekuatan untuk itu. Saya perlu sokongan agar terus kuat. Saya harap, ‘bulatan gembira’ yang saya baru ikuti ni, dapat membantu saya. Dan juga bantuan para sahabat.. Kita sama-sama jadi ‘baik’ boleh kan? Saya sayang kamu semua..!

Regards,

~Ha~