Masa kita sekolah dulu kita selalu dipaksa untuk berdisiplin. Seseorang akan memastikan kita berdisiplin. Di sekolah, guru dan pengawas. Di asrama warden dan mungkin badan kepimpinan pelajar. Di rumah ibu bapa dan mungkin kakak atau abang yang garang. Mungkin juga penjaga, bagi yang tinggal dengan orang lain.

Tapi bila dewasa, apa sudah jadi?

Ramai jadi hanyut. Duduk di rumah sendiri. Bilik sendiri. Tiada siapa nak kawal. Jadi? Tidurlah sesuka hati sampai lewat pagi. Hujung minggu, bangun sesuka hati sampai tengahari. Itupun nasib baik tempat kerja ada disiplin sendiri. Maka barulah kita bangun awal. Makan pun ikutlah sesuka hati. Lagi malas, lagi tak pergi makan. Sanggup berlapar. Tengok tv sesuka hati dari pagi sampai ke pagi. Main pun sesuka hati tak mengira pagi petang siang malam, berjam-jam lamanya.

Maka jadilah kehidupan kita huru hara! Tidak tahu malam siang.

Seronok kah kehidupan begitu? Mula-mula mungkin seronok. Tapi lama-lama, kehidupan kita menjadi seperti tidak bererti lagi. Disiplin membuatkan kita hidup teratur dan berkualiti. Walaupun ia bukan selalunya menarik dan seronok, malah kadang terasa susah dan terseksa, percayalah, kalau benda yang kita buat tu baik, ia akan membuahkan sesuatu yang baik juga.

~Apa yang kau membebel nih Ha?

Hehehee.. sebenarnya nak cakap, hidup lah secara teratur dan berdisiplin. Bangun awal solat subuh. Mulakan hari dengan sesuatu yang diberkati Allah. Cuba tak tidur lepas subuh. Jadilah pengemas dan pembersih. Jangan diikutkan sangat rasa malas tuh. Jangan banyak sangat tengok tv. Ia sesuatu yang sangat melalaikan. Bila dah buka tv tuh.. sah kalau ada 10 kerja, 1 je yang siap. Tidur awal. Banyak baca buku. Jangan asyik tengok cerita korea je.

Dan saya cakap ini pada diri saya sendiri. Sebab saya suka sangat memberi alasan itu ini. Padahal ia bermula dengan diri saya. Maka saya harus berubah!! Mengusun balik hidup saya. Biar sesibuk mana, saya boleh mencari masa sebenarnya. Kan?

Dan nasihat ini juga kepada sesiapa yang mempunyai kehidupan yang lebih kurang macam saya lsebutkan di atas. Berubahlah. Kalau saya boleh, anda juga boleh!😉

Regards,
~Ha~