Salam.

First of all, no.. I haven’t get the pictures yet, so no Mulu’s story. For Mulu’s friends, they aren’t excited with those story anymore, because pictures already uploaded into fb by somebody else. But to other friends, I promise I will tell you something.

Second, I’ve been and will be so busy this whole week. Saya sudah bekerja dari Ahad lepas dan akan straight bekerja sampai Sabtu ni, from 8am – 9pm. Itu yang dalam jadual lah. Tapi saya biasalah, tergelincir skit datang pagi. Pukul 8 lebih-lebih baru sampai. Tapi balik pun tergelincir-tergelincir jugak la. Paling awal pukul 10 malam, boleh membawak ke 11 malam jugak lah. Tu kalau ikutkan diorang nih, mau sampai pagi pun boleh nih. Tapi jangan diikutkan sangat diorang nih. Duniawi semua nih! Keh keh keh.. 😀

Anyway, projek latest nih memang paling koboi. Support dalam keadaan zero knowledge. Kalau projek-projek sebelum nih, duduk kat client site hampir setahun dulu sebelum LIVE, yang ni, 2 hari je saya datang, terus LIVE! Memang gila!! Tapi seperti biasa, hidup mesti diteruskan. Bak kata kawan saya, bersedia atau tidak, kita rempuh saja dinding itu! EH? 😀

Ini adalah client site paling terkaya. Ade Dome Cafe dan ade Starbuck. Juga ada cafe, kedai cenderamata dan salon yang macam mahu menitik air mata. Macam mahu solat taubat mahalnya. Tapi oleh sebab terpadaya dengan diskaun 20% staff price, saya boleh kata dah mencuba hampir semua kedai kat sini. ~Habis la duit gaji aku! Nasib baik la ade cafe staff. Harga plak murah gila. Okay.. mungkin bukan murah gila, tapi kalau nak compare cafe kat luar tu yang sepinggan boleh cecah RM20.. memang consider murah gila la. Lunch bayar RM3 boleh dapat nasi, lauk 2 jenis, sayur dan buah yg dihidang dalam tray. Tiada pilihan, makan saja apa cafe sedia. Huh, macam kat sekolah pulak rasa! Dinner pulak free untuk IT support. Jadi duit makan yang save tu kita buat belanja minum air kat Dome Cafe pulak. EHEHEHE.. 😀

Walaupun busy, no, saya takkan mungkin melupakan muka buku dan internet. Jadi setiap beberapa jam, saya akan cuba balik ke Project Room untuk main fb. Kekeke.. 😀 As usual, setiap project memang ada kusut dan masainya. Naik pening melayan kerenah user. Tapi rahsia kak long, korang buat-buatlah baik dengan user. Takde ruginya. Untung lagi adalah. Contohnya semalam, saya dapat coupon makan free. Kawan saya pulak user ajak belanja makan kek secret recipe. Pagi tadi pulak, user siap backing saya dari dihentam user lain. Huhuhu.. Kalau nasib tak baik tu, redha jelah.

Anyway.. ada satu cerita ni nak bagi tahu. Ahad lepas, ada staff tegur saya. Tiba-tiba je dia cakap saya ni seorang yang negatif. Konpius betul, saya tanya balik kenapa? Dia cakap, yelah.. apa yang keluar dari mulut saya ni semuanya negatif je. Huuuiii.. heran betul saya. Dia nih mamai ke apa tah? Tapi saya tak komen lebih. Saya senyum-senyum je. Tapi pastu dok fikir-fikir, apalah yang negatif sangat aku cakap tuh. Tak paham sungguh. Later, tetiba dia tanya pendapat saya tentang project nih. Haih.. if I’m so negative, why you borther to ask my opinion? Iskh iskh iskh.. lantak lah dia. Masa conversation pun, sekejap dia mengeluh penat, sekejap dia kata actually okay. Sekajap macam tu, sekejap macam ni.

Sebenarnya, saya tak kisah pun dia nak mengeluh ke apa. It’s normal for people to feel anything, because we are only human being. Tapi yang tak bleh blah tuh, awatnya hang pi bagi negative opinion kat orang lain secara face to face. Dah lama hidup ke?? Kekeke.. 😀 Tak tak. Kak long takde la marah sangat. Kalau kaklong marah dah pancit kot tayar keta dia. Nak langsi sangat kan. Keh keh keh.. 😛 Saya anggap sama ada dia salah sebut nama saya tuh.. takpun dia memang mamai lah tu. Dengarnya, dah 24 hours bekerja tak tidur. Paling-paling tak, jeles lah tuh dengan saya. Kekeke.. 😀

Biarlah kat dia. Saya syak, dia pun tak lama je lagi kat company nih. Bunyi macam nak cari keje lain je.

Saya plan nak ambil banyak-banyak gambar esok. Nanti saya upload!

Regards,

~Ha~