Semalam berlalu dengan sungguh huru hara. Ahhh.. usah dikenang kisah lalu. Eh. Kalau tak kenang, apa pulak nak cerita? Ehem.. baiklah. Mari mengenang kisah lalu.

Sabtu

Oleh sebab kadar kemiskinan semakin meningkat, kedudukan geografi penulis blog ini nampaknya setempat saja. Duduk diam-diam. Kerana setiap sepuluh meter bakal mengalirkan sepuluh sen duit tabungan. ~oh.. ini metafora saja. Dan kalau teringin juga nak keluar, haruslah mendapatkan belas ehsan kawan-kawan menumpangkan kereta.

Jadi dapat juga keluar setelah ada orang yang sudi menjemput di rumah. Pergi dengan separuh hati. Biasalah, poket kosong hati pun kosong. HAHAH.😀

Tapi, ukur jalan tetap ukur jalan. Dari hari cerah, sampailah nak masuk hari lain baru nampak rumah. Bermula dengan Jusco Maluri, usha sale outdoor, pastu melarat ke bahagian sport la, Watson la, Guardian la. Nasib baik saya tengah miskin. Kalau tak..

Sebenarnya, tengah bersabar nih. Dalam fasa nak berjimat secara bersungguh-sungguh nilah, banyak hal pulak jadi. Tiba-tiba charger laptop rosak la pulekkk..  Nak buat tak tahu, kang tak bekerja pulak saya nanti. ~kalau buat tahu, abih la budget Mulu aku nih! Akhirnya, terpaksa la buat-buat tahu. So menyinggah ke Low Yatt la kami lepas tu.

Lepas Low Yatt, Uptown Danau Kota pulak. Nasib baik lah satu hari cuma ada 24 jam. Pukul 12 lebih baru sampai umah.

Ahad

Niat di hati nak duduk di rumah mengemas barang. Barang dah cukup, tapi berterabur nak kena cari. Tapi cousin saya asyik mintak jadi model dia untuk assignment fotografi dia plak. Kesian dia mintak tolong, ditambah dengan janji shoot tu cuma sekejap, dalam 1-2 jam je, saya pun setuju.

Memang taklah kan. Nak menyesal pun tak guna. Sampai ke Shah Alam sana, nak balik pun jauh. Tapi nasib baik lah tak jadi model. Tau pukul brape habis? Pukul 8 malam!! Dengan menghantar manusia yang penuh satu kereta tu kat semua tempat, akhirnya pukul 11 malam baru sampai rumah.

Memang tak tunggu lama la. Lepas mandi, solat Isyak.. terus kelam kabut siap beg Mulu. Huh.. memang tak senang la. Barang banyak berterabur. Melilau la pulak mencari. Dengan nak basuh baju lagi. Nak pilih baju lagi, seluar lagi, tudung lagi, barang outdoor yang tak tahu kat mana letaknya lagi, adeh.. memang penat lah!

Pukul 4 baru tidur. Itu pun tertidur dalam timbunan barang-barang.

Isnin

Bangun pun dah Subuh gajah. Lepas solat and siap semua, baru dapat mengemas bilik. Beg Mulu yang sempat siap sebelum tertidur tu dah letak tepi. Ada sikit lagi barang nak kena masukkan. Harap tak terlupa la.

Gerak Temerloh pukul 8.30 pagi. Ingat macam nak memandu secara bertenang, tapi macam ada instinct yang bos akan sampai kat sana pagi ni juga. Jadi haruslah menekan pedal minyak kan. Hati memang berbelah bagi. Nak save minyak tapi kena marah dengan bos ke atau habis minyak tapi selamat tak kantoi datang lambat. Huhu.. Putus terpaksa, baik pilih sampai awal.

Tekan punya tekan.. 160 ade gak lah sampai kot. Boleh kata semua speed limit kena langgar lah. Dapat lah sampai temerloh dalam 1 jam. Sekali.. sebelum exit tu, sudah nampak kon-kon merah sama abang baju biru dan kereta putih. Waaaa.. muka cemas tak terkata! Hati kacau bilau. Mulut berkumat kamit baca doa tawakal. Hah.. baru kau teringat tuhan!

Barangkali ini hari bertuah saya, Alhamdulillah, tak kena tahan. Terus insaf sekejap.

Dan instinct saya benar, bos datang, setengah jam selepas saya tiba. Malah, saya sampai lebih dulu dari kawan-kawan saya yang bergerak pukul 8.30 juga. Huhu.

Di rumah, beg masih perlu dikemas kini skit lagi, terutama part menambah baju dan barang. Oh.. harap saya tak terlupa camera yang masih dalam dashboard kereta tuh! Dan bilik jugak perlu vacum sebelum berangkat ke Mulu malam esok. Ia sudah kelihatan sangat huru hara.

cuaca di Temerloh sangat terang hari ni..

Regards,

~Ha~