Sepatutnya saya berhutang satu lagi cerita weekend. Tapi waiting budak Jack tu send the picture of Angsi, which is sampai sekarang pun tak bagi-bagi lagi, saya dah rasa malas nak update dah. It is so yesterday.. Keh keh keh.πŸ˜€ Takpe. Kita ada latest activities yang lagi menarik nak cerita.

Aktiviti 1 – Mendaki Bukit Saga

10 March 2012 (Saturday)

Aktiviti ini memang kelihatan biasa saja sebenarnya. Cuma kali ni kami bercadang nak mendaki guna Trek C. Selalu kami lalu Trek A. Kata ramai manusia trek ini lebih susah dan panjang.

bukan main gembira lagi..

Saya sebenarnya berdebar jugaklah. Dah la stamina kurang. Tapi mengenangkan Mulu, tabahkan jugak hati. Naiklah kitorang empat orang perempuan, saya (pengalaman kali ke-3 naik saga), Mar & Jaiz (pengalaman ke-2) dan Zeli (first timer) . Kebetulan, orang pun tak ramai. Jadi orang yang nampak macam dah banyak kali datang haruslah jadi guide kan?

posing lagi..

Tapi belum apa-apa, jalan nak masuk ke Taman Saga pun dah lupa! HAHA.πŸ˜€ 2 kali pusing-pusing, dah siap berenti kat Surau buang segala-gala dah, tak jugak jumpa-jumpa. Give up, terus tanya makcik yang jual nasi lemak. Barulah..

~Apakah aku nih, padahal yang itu paling basic!!

Lepas tu naik dengan gembira. Panik sekejap sebab asyik nampak sign Trek A dan B je. Kenapa takde sign Trek C? Wah kemain kecoh lagi. Padahal sabar lah sekejap. Tak lama lepas daki, mungkin dalam 5-10 minit lepas tu, dah jumpa sign Trek C.

pendakian pun bermula..

Naik lagi. Kali ni, seperti biasa, saya dah semput. Mula nak berhenti di sana sini. Tu belum lagi macam-macam masalah. Sakit perut la. Nak muntah la. Tapi tak mengapa. Normal sebenarnya tuh. So lepas rehat sekejap, saya pun ok.

gambar orang semput tak ada.. gambar benda sekeliling orang semput adalah.. ini pun tak tahulah pokok apa, tapi sangat unik..

paku pakis.. oh.. sila abaikan objek kabur kt atas tumbuhan tu.. itu tanda tgn tak bedung masa kecik.. ehehe..

Beza Trek C dan lain-lain trek adalah kitorang akan berjumpa dengan beirut. Jadi target kami tak lain tak bukan mencari beirut. Mungkin momokan manusia-manusia lain asyik cakap Trek C ni susah, kitorang pun expect the worst. Tak expect la jumpa lebih cepat dari expected. Tapi kitorang pun rasa, Trek C ni takdelah banyak beza dengan Trek A. Sikit lebih kurang je.

the beirut..

kesian semut ni.. oleh sebab photographer sgt amatur.. last2 sampai hilang sebelah kaki dia.. ampunkan kami wahai sang semut..

Target seterusnya, Waterfall!! Kali ni, trek dah menjadi lebih mudah. Kalau tak landai, kitorang hanya perlu menuruni bukit. Memang tak sabar betul rasa.

on the way mencari waterfall..

laluan berhalangan pun banyak..

pokok tinggi-tinggi. eh. kat hutan mana-mana pun ada pokok tinggi.. iskh..

cendawan hitam..

meniti pohon tumbang..

saya suka tempat ni..

Lagi sekali saya macam suprised, takde orang! Okay tipu. Ada lah manusia. Rombongan sekolah. Tapi percayalah, ia tidak seramai macam selalu kitorang datang. Kalau tak, sampai tak muat nak duduk. Duduk pun dikalangan manusia-manusia lain. Tapi kali ni, banyak khemah dan buaian kita boleh pajak. Eh. Itu bukan tujuan asal. Jadi sampai-sampai, terus mandi!

air terjun yang ketiadaan manusia..

~this art need to be improved a lot..

Bila tak bawak makanan lah, tiba-tiba perut laparlah pulak. Padahal sebelum-sebelum ni datang, asyik tak lalu nak makan je. Rupanya rasa kebuluran tu terpancar jelas kat muka kitorang. Tak sampai berapa minit lepas tu, cikgu-cikgu sekolah tu sedekahkan kitorang nasi lemak lebihan diorang. Banyak bungkus lebih pulak tu!

Tak sempat nak habis makan, satu lagi rombongan manusia datang. Ramai la pulak! Nak sambung mandi pun macam dah tak best. So lepas mandi lebih kurang, terus balik. Kiranya ni berenti yang paling cepat la nih. Nasib baik sebelum makan tu dah mandi puas-puas.

Macam biasa, pergi jalan lain, balik jalan lain. Kononnya nak merasa semua jalan lah. Tapi rupanya kali ni ada tregedi nak jadi. Ntah macam mana seronok sangat berjalan, tanpa bersungguh-sungguh nak ingat jalan yang pernah diajar, sudahnya, kami terlajak sampai ke Bukit Putih. Patutnya kami akan jumpa Saga Hilltop balik.

jalan pulang juga harus perlu mendaki lagi..

cendawan putih pulak..

Walaupun dah jumpa sign board Bukit Putih, boleh tak perasan lagi dah sesat..

Patutlah kami asyik turun bukit je. Tapi masa tu, tak tahu dah salah jalan. Masih dok fikir-fikir mungkin ini Trek B, yang akan tembus balik ke kaki Bukit Saga. Tapi bila makin lama kami mula turun dan masuk ke dalam hutan, saya dah mula cuak. Jauh yang amat pulak tu kami turun dan jalan. Guide pun dah macam tak tentu arah. HAHA.πŸ˜€ Tapi masih lagi lead di depan. Tapi series memang dah berasa sangat cuak.

Akhirnya dah tak tahan, bila jumpa seorangΒ  uncle yang tengah korek sungai kat kaki bukit, terus tanya arah. Dia pun kasik la direction. Masuk lagi dalam hutan, tapi jalan dah landai. Saya rasa macam nak berlari je, supaya cepat-cepat jumpa jalan keluar. Pacat lintah pun saya dah tak peduli dah.

budak-budak ni kan.. lepas tanya uncle tu direction, diorang boleh lagi nak posing sana sini.. aku je ke yang dah cuak gila?

Akhirnya? Ya.. sesungguh kami memang dah sesat larat kemana-mana ntah dah. Bila jumpa ramai manusia.. rupa-rupanya kami dah sampai kat Taman Awana, Cheras. Tapi nak buat macam mana kan. Dari kami terpaksa mendaki balik pergi ke Saga Hilltop yang tak tahulah berapa jauh lagi tuh.

Bila kami cerita dekat uncle-uncle yang kami jumpa kat kaki bukit tu, diorang semua pun memang terkejut habis. Macam mana lah kami naik kat Ampang, turun kat Cheras? Bukan main jauh lagi tuh!

HAHA. Kami pun pening fikir pasal benda nih. Sampai sekarang pun, kami semua masih lagi menggeleng-gelengkan kepala. Apakah? Apakah?? Apakah??? HAHA. Rezeki kami lah tu kot. HAHAHA.πŸ˜€

sengaja saya letak gambar yang huru hara ni, dalam keadaan dah sesat, penat dan tak tahu arah ni pun, diorang ni masih lagi dok pikir pasal nak posing berlatar-belakangkan bukit saga-bukit putih tu..

Jadi? Kereta di Ampang, kitorang di Cheras.. macam mana? Macamana lagi, naik teksi lah! Bila jalan keluar, saya nampak hostel Masterskill adik saya kat sebelah Econsave tu. HAHA. Saya memang gelak berkali-kali lagi.

Pengajarannya, datang 18 kali pun, jangan buat sambil lewa je.πŸ˜€

Aktiviti 2 – Kenduri Da’a

11 March 2012 (Sunday)

Ini adalah aktiviti short notice. Ia bermula minggu lepas, bila Da’a update status kat fb. Saya terkejut, terus bergosip dengan Junn. Esoknya, Junn terus pergi wish kat status. Tak lama lepas tu Da’a muncul jemput kitorang ke kenduri. Mula-mula saya tak ambil port. Macam malas pulak mahu pergi.

Tiba-tiba saya dengar Pae beria nak pergi. Tak lama lepas tu, dapat invitation event wedding ni. Haish.. dalam seminggu, semua ini terjadi. ~Keh keh keh.. macam tak hapa-hapa je ayat aku nih. Ia berakhir dengan keempat-empat kitorang pergi kenduri tu. HAHA.πŸ˜€

Sebenarnya sangat malu hokay nak pergi.. Bukan malu sebab orang tak jemput. Malu sebab rasa macam awkward sangat nak pergi jumpa member yang dah 4 tahun tak pernah jumpa, dan bila jumpa, terus jumpa kat kenduri kawin dia pulak tu. Apa nanti nak cakap ni? Apa nak tanya? Nanti balik-balik mesti tanya, “kau kerja kat tempat sama lagi ke?”, “kau duduk kat mana skarang ni?”.. oh okay memang itulah saja soalan saya tanya tadi. Rasanya itu saja conversation saya kot. Lepas tu pura-pura pegang camera dan ambil gambar. Wakakaka..πŸ˜€

Nasib baik lah sangat-sangat Si Abu dan Yah ada. Sudahlah pura-pura pegang anak Abu pulak tiba-tiba. Okay.. itu bukan pura-pura sebenarnya, tapi memang bersyukur juga anak Abu meragam. Jadi dapat lagi guna perisai untuk pura-pura sibuk. HAHA.πŸ˜€

Yang sebenarnya, mungkin keadaan akan jadi lain kalau kami pernah reunion dulu sebelum kenduri ni. Takda lah rasa macam tak kenal sangat. Kat fb pun, saya sebenarnya bukan berani sangat nak tegur. Takut salah tegur pun ada.

Okaylah, anyway, the wedding memang grand habis. Ntah kenapa saya asyik fikir berapa ribulah habis. HAHA.πŸ˜€ Mungkin sebab lately ni, saya asyik baca post orang pasal habis duit masa kawin. Terus macam ada idea nak kahwin secara simple-simple saja.

~Kau fikir pasal kahwin Ha? Kau ada fikir pasal calon tak? HAHA. Memang tak lah kan. Fikir secara tak serius, macam tulah! HAHA.

Okaylah, sampai sini dulu. Enjoy the picture? Saya ada gajet baru sebenarnya.. jeng jeng jeng.. Lain kali kita cerita pasal gajet itu pulak eh..

Regards,

~Ha~